FOREVER GOODBYE
Sebulan telah berlalu sejak Isha meninggalkan dunia, keluarga, JK dan sahabatnya. JK bangun perlahan-perlahan dan turun dari katil. Dia takut anaknya itu akan terjaga dari tidur. JK menepuk-nepuk lembut paha Jungwoon. JK menamakan anaknya itu Jungwoon. Jeon Jungwoon.
Selama sebulan itu juga, keluarganya, keluarga Isha dan sahabat-sahabatnya lah yang bergilir-gilir menjaga Jungwoon. JK seronok melihat anaknya itu dilimpahi kasih sayang dari orang sekeliling meskipun dia tidak berpeluang merasai kasih sayang dari seorang ibu.
Adakalanya perasaan rindu pada Isha datang bertandang. Benar. Dia mengharapkan Isha ada disampingnya untuk menjaga anak mereka bersama-sama. Isha pernah berjanji tidak akan meninggalkannya tapi kini dia telah pergi. Airmata diusap lembut. Dia sedih setiap kali teringatkan kenangan bersama dan telatah Isha. Rindu !
JK: Yeobu. I rindu. Rumah kita sunyi tanpa you. I tak dapat dengar dah suara you ketawa, bercerita. Kalau you ada mesti rumah kita riuh dengan suara you and baby kita. I rindu.
Petang itu, JK dikejutkan dengan kedatangan Leeya, Suga, Shaera dan V kerumahnya. Mereka berempat berkunjung ke rumah JK untuk melihat keadaan JK dan Jungwoon. Jam menunjukkan tepat pukul 5 petang ketika mereka berempat sampai di kediaman JK dan Isha.
Suga dan V terus bersalaman dan berpeluk sambil mengusap lembut bahu JK ketika sampai didepan pintu rumah. Mereka berdua merasai kesepian yang dialami JK. JK kemudian menjemput mereka berempat masuk dan duduk di sofa.
Leeya: Korang duduk lah dulu. Biar kitorang buatkan air.
JK: Eh, takkan lah tetamu yang buat air. Biar aku lah yang buat. Korang duduk je.
JK berkata sambil tersenyum pahit. Selalunya jika ada tetamu yang datang, Isha lah yang akan membuat air dan menghidangkannya kepada tetamu. Perasaan sebak datang berkunjung lagi.
Shaera: Takpe lah. Korang duduk je borak-borak.
Leeya dan Shaera berjalan mengatur langkah menuju ke dapur untuk membuat air. Selok belok rumah JK dan Isha sudah dihafal lantaran kerana sejak dulu lagi mereka sering bertandang kesitu.
Suga: Jagiya. Hati-hati jalan tu. Awak tu tengah preggy.
Pesan Suga kepada isterinya, Leeya. Leeya telah disahkan mengandung. Kandungan itu baru berusia 2 minggu. Leeya hanya tersenyum dan mengangguk. Suga, JK dan V memerhati langkah mereka berdua sehingga hilang dibalik dapur.
JK tersenyum mendengar pesanan Suga. Suga nampak teruja. Begitulah dirinya dulu. Dia begitu teruja ketika Isha disahkan mengandung. Tapi sekarang. Keadaan senyap untuk seketika sebelum V memulakan bicara.
V: Kau macam mana sekarang ? Okay tak ? Anak kau ?
JK: Aku sihat. Jungwoon pon sihat. Cuma kadang-kadang tu kelam kabut sikit nak jaga Jungwoon. Biasalah kan first time lagipon Isha takda nak tolong aku jaga anak kitorang tu.
Nada JK kedengaran mendatar saat mengucapkan kata-kata itu. Pilu hatinya jika berbicara tentang Isha. Dia masih belum menerima kenyataan bahawa Isha telah pergi meninggalkannya.
Suasana senyap lagi. Suga dan V faham benar dengan perasaan JK. Kehilangan orang tersayang boleh membuatkan jiwa yang ceria bertukar menjadi murung.
Suga: Kau taknak kahwin lagi ke JK ?
JK dan V terus memandang Suga secara serentak. Mereka berdua terkejut mendengar soalan panas dari Suga. JK mengeluh perlahan. Dia meraup wajah. Kusut dan serabut. Itu lah yang dia rasakan kini.
V: Agak-agak lah Suga. Isha baru pergi sebulan lah. Kau ni pon.
JK: Hurmm. Entah lah korang. Dalam hati aku ni cuma ada Isha dan anak aku je. Hati aku dah tertutup nak bercinta lagi. Aku pon tak tahu boleh terima perempuan lain ke tak.
Leeya dan Shaera datang semula ke ruang tamu sambil menghidangkan air. Perbincangan mereka bertiga terhenti seketika.
JK: Sorry. Susahkan korang je kena buat air.
Leeya: Eh takde lah susah mana. Buat air je pon.
Shaera: JK. Mana Jungwoon ? Tak nampak pon.
JK: Ada kat atas. Tengah tidur. Kalau nak tengok, naik lah atas.
Shaera teruja. Dia cepat-cepat mengajak Leeya naik keatas untuk melihat Jungwoon. JK, V dan Suga memerhati langkah mereka berdua sehingga kelibat mereka menghilang keatas. Mereka kembali ke perbincangan yang terhenti tadi.
Suga: Habis takkan kau nak macam ni je ? Kau sorang-sorang jaga Jungwoon. Jungwoon perlukan kasih sayang seorang ibu.
V berdiam diri sambil berfikir. Mungkin ada betulnya kata-kata yang terluah dari mulut Suga itu. Ada baik dan ada buruknya juga.
JK: Dah la. Malas. Biarlah aku terus macamni. Takkan ada ganti untuk diri Isha. Biar aku kekal setia pada Isha sampai mati. Hah lagi satu aku nak bagitahu korang ni.
V: Apa dia ?
JK: Nanti aku akan bawa Jungwoon pergi Paris. Mungkin kami berdua akan menetap kat sana. Aku nak tenangkan diri aku. Lagipon, Paris tu tempat kesukaan Isha. Boleh lah aku lepaskan rindu aku pada Isha kat sana nanti.
Suga: Apa ? Kau nak duduk sana terus ? Habis kitorang ? Kau nak tinggal kitorang ? Kau nak lupakan kitorang ?
JK: Eh mana ada. Korang kan sahabat aku. Mana boleh aku lupakan korang.
V: Suka hati kau lah JK. Kau buat lah yang kau rasa terbaik untuk kau dan Jungwoon. Mana lah tahu nanti kau duduk sana, dapat jodoh org puteh pulak kan. HAHAHAHA.
Suga dan JK memandang V dengan pandangan yang tajam secara serentak. V terdiam. Takut dengan renungan tajam milik Suga dan JK itu. V hanya ingin menceriakan suasana yang suram dan kelam itu. Niatnya hanya ingin bergurau tapi pandangan tajam yang dia dapat.
- Di bilik JK dan Isha -
Shaera mendukung Jungwoon. Wajah bayi comel itu ditatap lama. Ya ! muka Jungwoon seiras dgn muka isha. Shaera menangis. Sungguh dia rindu pada Isha. Dia teringat kenangan bersama Isha. Semua kenangan bagai terulang tayang dikepalanya.
Shaers teringat tentang Isha yang sanggup menolongnya lari ketika hari perkahwinannya dengan V dulu. Dia sanggup mengambil risiko dimarahi JK. Airmatanya mengalir untuk kesekian kali.
Leeya hanya memerhatikan Shaera. Dia hanya menahan tangisan. Risau nanti kandungannya akan turut merasa sedih. Maklumlah, orang mengandung tak boleh bersedih. Kena bahagia selalu.
Leeya juga teringatkan kenangan bersama Isha ketika mereka masih bujang dulu. Ketawa dan bersuka ria. Tanpa sedar, airmata mengalir membasahi pipinya.
Shaera: Leeya. Cuba tengok Jungwoon ni. Ada iras-iras muka Isha kan ? Pipi Jungwoon ni sama macam pipi Isha. Gebu je.
Leeya menitiskan airmata. Tak mampu lagi menahan airmata yang sudah sekian lama ditahan. Shaera turut sama menitiskan airmata.
Leeya: Sama. Muka dia memang sama dengan Isha.
Leeya dan Shaera menangis lagi. Mereka benar-benar rindukan Isha. Kelibat Isha masih ternampak-nampak rasanya didalam rumah itu. Suara Isha ketawa juga terngiang-ngiang ditelinga mereka berdua. Rindu kau Isha !
- Seminggu berlalu -
JK memaklumkan kepada Shaera, V, Suga dan Leeya bahawa dia dan Jungwoon akan berangkat ke Paris pada malam esok. Sengaja JK memilih hari tersebut kerana ia merupakan hari dimana dia berjumpa dengan arwah Isha buat kali yang pertama dan pada ketika itu juga dia sudah pon jatuh hati pada arwah isterinya itu.
Terus terang, Suga, Leeya, V dan Shaera sangat sedih untuk merelakan JK pergi bersama Jungwoon namun demi kebaikan JK, apa pon keputusan yang dibuat akan selalu mereka sokong. Itulah sahabat dalam erti kata sebenar !
Selepas semua barang siap dikemas, JK berjumpa dengan ibu bapanya dan keluarga mertuanya untuk meminta diri. Manakala V, Shaera, Leeya dan Suga sudah pon menunggu mereka di airport.
Ayah Isha: JK. Ayah berat hati nak lepaskan JK dan Jungwoon. Ayah sedih sangat. Ayah tak kuat sebenarnya. Ayah rindu Isha. Apa pon yang terjadi, JK tetap menantu kami. Ingat tu.
JK memeluk erat ayah mertuanya. Perasaan mereka sama. Dia juga berat untuk meninggalkan mereka semua tapi apakan daya. Kenangan bersama Isha terlalu banyak dan dia tidak kuat untuk terus hidup dalam kenangan itu.
Jungwoon dikucup oleh datuk dan neneknya. Mereka sedih dan berat hati kerana terpaksa berpisah dengan cucu pertama mereka tapi mereka percaya bahawa JK kuat untuk berdepan dengan dugaan ini seorang diri dalam membesarkan Jungwoon, satu-satunya anak hasil dari
perkahwinan JK dengan Isha.
- Di airport -
Suga, V, Leeya dan Shaera menunggu JK dan Jungwoon di airport. JK menyuruh mereka menunggunya disana. JK mengatakan bahwa dia akan singgah sebentar berjumpa dengan keluarganya dan keluarga mertuanya sebelum ke Paris.
Leeya: Awak tunggu jap eh saya belikan air.
Suga: No ! No ! Biar saya yang beli. Awak tu kena rehat. Duduk sini diam-diam.
Suga berkata sambil menolak perlahan bahu isterinya itu supaya duduk semula. Dia risau dengan Leeya. Leeya seorang yang lasak dan terkadang lupa yang dirinya sedang mengandung.
Leeya: Hmm ye lah. V ? Shaera ? Nak air sekali tak ? Suga boleh tolong belikan.
Leeya berkata sambil mengangkat keningnya kearah Suga. Suga hanya tersenyum.
V: Suga, aku nak air strawberi. Cepat sikit eh aku haus ni. Yeobu, awak nak air apa ?
Shaera: Nak air mineral je la.
Suga mengangguk dan segera menghayunkan kakinya ke kedai berdekatan untuk membeli air yang dipesan.
JK masih dalam perjalanan menuju ke airport. Fikirannya tak henti-henti memikirkan tentang Isha. Setiap telatah dan rengekan manja Isha bermain di mindanya. Sungguh dia rindu. Rindu pada yang tiada memang menyesakkan.
Perjalanan ke airport mengambil masa hampir 15 minit untuk sampai. Ketika JK sampai di airport, lehernya dipanjangkan menjenguk mencari kelibat sahabatnya.
Shaera: JK !
Shaera menjerit ketika ternampak kelibat JK. V hanya melihat dan memerhati. Cemburu barangkali. JK segera berjalan menuju ke arah mereka berempat dan ketika itu Suga kebetulan sampai selepas membeli air.
Leeya pantas mendukung Jungwoon yang baru saja bangun dari tidur. Jungwoon dikucupnya beberapa kali di pipi. Tiba-tiba air mata Leeya bertakung bila dia menatap wajah Jungwoon. Mukanya memang saling tidak tumpah seperti arwah sahabatnya, Isha. Shaera yang ada di sebelah turut bersedih. Dia segera memeluk Leeya. Kenangan bersama terimbas lagi dibenak masing-masing.
JK: Aku nak ucapkan terima kasih banyak-banyak pada korang. Time susah, time senang korang ada dengan aku sampailah akhirnya isha pergi tinggalkan aku.
Suga: Kau sahabat kami JK. Aku tak pernah rasa susah pon selama jadi kawan kau. Sekali pon tak pernah.
V: Betul tu. Walau macam mana sekalipon, kitaorang akan sentiasa ada untuk kau. Kau kena kuat untuk Jungwoon.
JK hanya mengangguk mendengar kata-kata nasihat dari sahabatnya itu. Kini sudah tiba waktunya untuk kapal terbang yang akan dinaiki JK berlepas ke destinasi. Mereka berempat melangkah mengiringi JK sampai kebalai berlepas.
Suga mengambil Jungwoon yang berada diatas dukungan JK. Pipi Jungwoon dikucup lembut buat kali yang terakhir sebelum mereka berdua berlepas ke Paris. V turut sama mengucup pipi bayi kecil yang baru berusia sebulan lebih itu. Jungwoon kemudian dikembalikan semula kepangkuan daddynya, JK.
Shaera: JK, bila dah sampai nanti bagitahu dekat kitorang tau. Aku harap kau tak lupakan kami, sahabat-sahabat kau ni. Aku tahu bukan senang untuk besarkan seorang anak tanpa kasih sayang seorang isteri & ibu. Aku harap kau kuat hadap semua ni. Jaga Jungwoon baik-baik ye. Jungwoon ah, jangan nakal-nakal ye sayang. Aunty Shaera doakan Jungwoon membesar dengan sihat. Jaga daddy baik-baik ye.
Shaera hampir menitiskan airmata ketika mengucapkan kata-kata itu pada JK. V cuba mengawal emosi isterinya itu. Bahu Shaera ditepuk lembut. Cuba untuk menyalurkan kekuatan pada isterinya.
Leeya mendekati Jungwoon. Dia kemudian mengucup dahi Jungwoon. Airmatanya mula bertakung. Tapi dia perlu bertahan. Dia perlu menguatkan diri dihadapan JK.
Leeya: JK, kau jangan sedih-sedih. Kau kena tumpukan sepenuh perhatian pada Jungwoon. Jaga dia baik-baik.
JK kemudian memeluk V dan Suga. Dia cuba mengutip sisa-sisa kekuatan yang ada dalam dirinya dan terus bertahan demi membesarkan Jungwoon tanpa wanita yang dicintai disisi.
Suga: Jaga diri. Jaga kesihatan. Kalau kau tak kuat, Isha akan sedih. Ingat tu. Dia sentiasa perhatikan kau dan anak korang dari atas sana. Percayalah. Semangat kami ada dengan kau. Sentiasa.
V: Ada masa nanti, kitorang datang melawat kau kat sana. Kau jaga diri elok-elok. Jaga Jungwoon dengan sepenuh hati kau. Ini amanah Isha untuk kau.
JK menyeka airmatanya yang sudah jatuh di pipi. Dia sebak untuk meninggalkan sahabatnya. Dia sudah masuk ke pintu untuk menuju kekapal terbang. Dia sempat menoleh dan melambaikan tangan tanda selamat tinggal. Wajah sahabatnya ditatap satu persatu. Sungguh dia akan merindui wajah-wajah itu nanti. TERIMA KASIH KAWAN. JUMPA LAGI.
Suga, Leeya, V dan Shaera memerhati kelibat JK dan Jungwoon sehingga mereka hilang dari pandangan. Setelah kelibat mereka berdua hilang, Suga, Leeya, V dan Shaera menghayunkan kaki keluar dari kawasan airport untuk pulang kerumah.
Shaera: Yeobu. Betul ke nanti kita nak datang melawat JK kat Paris ?
Shaera bertanya pada V dengan nada excited yang teramat sangat. Tak sabar rasanya untuk kesana dan menggomol Jungwoon yang bulat seperti ulat gendon itu.
V: Amboi tadi bukan main melalak macam budak-budak. Tiba-tiba je happy ni kenapa ?
Shaera: Ala saya tanya je. Mesti bestkan dekat sana. Lepastu kita boleh dating dekat Eiffel Tower kan ?
V: Bukan setakat dating je yeobu. Kita panjat sekali pon boleh HAHAHAHA.
Shaera sempat mencuit lengan V. Geram ! Mereka berdua bahagia. Sangat bahagia. V ikhlas mencintai dia apa adanya.
Shaera: Nanti singgah kedai kek eh. Rasa nak makan kek la.
Entah kenapa sejak akhir-akhir ini, dia rasa teringin sangat hendak makan kek. Tempoh hari dia teringin hendak makan tteopokki dan untunglah V rajin melayan kehendaknya. Craving satisfied.
V hanya memandang Shaera dan tersenyum. Sepertinya isterinya itu sudah menunjukkan tanda-tanda berbadan dua. Yes ! Jadi papa !
Suga dan Leeya pula sedang dalam perjalanan menuju ke kereta. Leeya mendiamkan diri. Mungkin masih bersedih. Suga cuba membuka topik apabila melihat isterinya masih diam tidak bersuara.
Suga: Awak okay tak ?
Leeya: Saya okay tapi ada satu saya tak okay.
Suga: Ha apa dia ? Kenapa ? Awak demam ke ?
Suga segera menghentikan langkahnya dan dia menunggu kata-kata dari mulut Leeya. Dia risau jika Leeya bertindak aneh dengan mengatakan bahwa dia teringin dan mengidam hendak naik ufo. Haru !
Leeya: Emm saya sebenarnya.. saya.. saya.. saya lapar. Nak makan.
Suga hanya diam dan kembali meneruskan langkahnya. Leeya pelik dan turut meneruskan langkahnya mengejar Suga. Tapi tiba-tiba, Suga melencong ke tempat lain dan menyasar jauh dari tempat mereka parking kereta.
Leeya: Nak pergi mana ?
Suga: Saya pon lapar. Saya nak makan jugak !
Leeya: Eee apalah dia ni memain tau ! Ingatkan kenapa tadi.
Suga segera menarik tangan isterinya itu. Bahu isterinya dipeluk. Suga dan Leeya juga sudah hidup bahagia dan kini Leeya sedang menikmati detik-detik indah sebelum bergelar seorang ibu.
- Di dalam kapal terbang -
JK menatap wajah bulat anaknya. Jungwoon sedang nyenyak tidur diatas pangkuannya. JK mengalihkan pandangan keluar tingkap. Gelap. Gelap seperti apa yang dirasakan kini tanpa Isha disisi.
JK melihat kearah langit yang sudah gelap dan hanya diterangi bintang-bintang kecil. Untuk seketika, JK hanyut dalam kenangan bersama arwah isterinya. JK teringatkan setiap momen-momen terindah bersama dengan Isha. Walaupon hanya sekejap waktu yang dipinjamkan kepadanya, itu sudah cukup membuat dia bahagia. Tanpa sedar, senyuman mula terukir dibibir JK.
Setelah melewati hampir 8 jam perjalanan, akhirnya JK sampai di Paris. JK segera memaklumkan kepada keluarga dan sahabatnya bahawa dia telah sampai dengan selamat. JK tenang selama berada di kota Paris. Dia terasa begitu dekat dengan Isha ketika berada disana.
Setiap petang, JK akan membawa Jungwoon ke Eiffel Tower kerana itulah tempat kesukaan arwah Isha. Setiap kali dia berada di situ, dia akan terbayang wajah Isha dan mengharapkan wanita itu berada disampingnya dan sedang bersandar dibahunya sambil tersenyum.
Petang itu, JK membawa Jungwoon ke Eiffel Tower. Tempat yang wajib dia pergi setiap petang dan setiap hari. JK memandang Jungwoon yang sedang menghisap ibu jari kecilnya. Jungwoon sedang memandang kesatu sudut menara itu tanpa berkelip. Entah apa yang dilihatnya. Kadang-kadang bayi kecil itu tersenyum. Kadang-kadang mencemik. Kadang-kadang ketawa seperti diagah. Pelik !
Jungwoon kini sudahpun berusia 3 bulan. Dia sudah montel. Comel ! JK memejamkan mata dan mengucup lama dahi anaknya. Kerinduan pada Isha semakin menebal.
JK: Yeobu. You tengok Jungwoon ni. Dia membesar dengan jayanya. Dia dah montel sekarang. Isha, I harap you tenang dekat sana. I ikhlaskan you pergi yeobu. Terima kasih sebab you dah bagi kasih sayang you dekat I dan Jungwoon walaupon hanya untuk seketika. I janji dengan you I akan jaga anak kita sebaik yang mungkin sampai nafas I yang terakhir. Tiada ganti untuk diri you. You satu-satunya isteri I dunia dan akhirat. Kita jumpa dekat sana nanti yeobu. Saranghaeyo.
Dari jauh kelihatan bayang-bayang Isha sedang melambai kearah JK dan Jungwoon sambil tersenyum sebelum bayang-bayang tersebut hilang ditiup angin. Kita jumpa lagi nanti dekat sana !
Share this novel