FALL FOR
Sesuai dengan janji, mereka berenam pon berjumpa di cafe kegemaran mereka. Pasangan yang belum berkahwin iaitu V dan Shaera tiba lebih awal. 5 minit kemudian, kelibat pasangan pengantin baru mula kelihatan. V terus bangun dan memeluk Suga tanpa segan silu. Rindu katakan. Manakala Leeya dan Shaera berpelukan.
Leeya: Mana JK dengan Isha ?
Shaera: Diorang lambat kot. Kejap lagi diorang sampai lah tu.
Sementara menunggu JK dan Isha, mereka berempat hanya memesan air sahaja lantaran kerana tekak terasa haus dan ingin menunggu JK dan Isha sampai baru hendak memesan makanan. Hampir 15 minit menunggu, akhirnya JK dan Isha sampai.
JK: Mianhe lambat. Wife kesayangan aku ni lambat. Lama sikit bersiapnya.
Isha hanya tersenyum malu kerana tiba-tiba dia menjadi tumpuan mereka berlima.
Leeya: Memang la lambat. Tengok perut tu. Macam buah tembikai susu. Comel je.
Leeya langsung ketawa dengan kata-katanya sendiri. Semua yang berada disitu tersenyum mendengar bicara Leeya. *Anak JK* Shaera bermonolog didalam hati. Perut kecil Isha dipandang sepi.
Mereka makan bersama dengan berselera malam itu. Mereka berbual tentang banyak perkara. Mereka berbualkan tentang honeymoon Suga dan Leeya, persiapan perkahwinan V dan Shaera dan tentang kandungan Isha.
Selesai makan, Shaera memerhati kelakuan Isha. Isha mengusap lembut perutnya yang kecil itu. JK pula leka berbual bersama V dan Suga tapi tangannya di bawah meja sedang mengusap perut kecil Isha. Cemburu ! *Dah la Shaera. Diorang dah nak ada anak dah tu. Cuba cintakan V. Sampai bila nak macamni ? Diorang dah bahagia* Shaera bermonolog lagi dalam hati.
Sebelum pulang, Suga dan Leeya menyerahkan buah tangan yang dijanjikannya kepada JK, Isha, V dan Shaera. Usai mengucapkan terima kasih, JK dan Isha terus pulang kerumah manakala V perlu menghantar Shaera balik kerumah.
- Di depan rumah Shaera -
Sebaik tiba didepan rumah, Shaera ingin cepat-cepat keluar tapi dihalang oleh V. Katanya ada yang hal ingin dibincangkan.
V: Kenapa awak nampak macam sedih ? Dari dekat cafe tadi lagi saya perasan tapi saya diamkan je. Awak sedih sebab nampak JK dengan Isha kan ? Awak masih simpan perasaan pada JK ?
Shaera memandang V yang berada disebelahnya. Sukar untuk dia menjawab soalan V itu. Dia menundukkan wajahnya.
Shaera: Saya sebenarnya pon tak tahu. Saya tak tahu sama ada saya masih cintakan dia yg dah jadi suami kawan baik saya ataupon sebenarnya saya cintakan awak. Saya tak tahu V. Saya betul-betul tak tau.
V: Awak tahu kan dye suami orang ? Suami kawan baik awak. Diorang dah kahwin dua bulan. Isha dah mengandung dah pon. Diorang dah bahagia. Jadi kenapa awak seksa diri awak tunggu dia ?
Shaera: Awak tak paham V. Awak tak paham. Dia cinta pertama saya. Bukan senang saya nak lupakan dia. Saya dah cuba ! Tapi tak boleh. Awak tak paham.
V: Habistu sekarang macam mana ? Awak nak cancel wedding kita ? Lagi sebulan je. Jebal. Jangan buat saya macam ni.
Shaera: Saya tak pernah ada niat pon nak cancel wedding kita. Saya cuma keliru. Sangat keliru. Saya dah lupakan JK masa hari diorang kahwin tapi bila JK bagitahu Isha pregnant, saya sakit hati. Saya tak boleh terima.
V: Macam ni lah, awak masuk rumah. Lepastu awak mandi. Tenangkan perasaan awak tu. Saya dah buat bermacam cara untuk awak terima saya. Saya harap awak boleh cintakan saya lepas kita jadi suami isteri nanti. Jangan simpan perasaan pada suami orang. Tak baik. Saya nak nanti isteri saya cuma cintakan saya je. Bukan lelaki lain ! Bukan suami orang ! Bukan suami kawan baik awak ! Bukan JK !
Shaera mula diserang rasa bersalah. Dye tak sepatutnya kecewakan V. Dia tak sepatutnya masih cintakan JK. Timbul rasa bersalah dan simpati yang teramat sangat dalam diri Shaera. Dia bersalah kerana masih mengharapkan JK.
Shaera: Saya minta maaf V. Kali ni, saya cuba cintakan awak sepenuh hati saya. Saya janji. Saya janji saya akan lupakan JK. Saya janji saya akan berhenti berharap pada JK. Saya minta maaf sekali lagi V.
Ya. Dia perlu melupakan JK demi kebaikan rumahtangganya bersama V nanti !
- 2 minggu berlalu -
V dan Shaera ke butik pengantin dan mengambil baju pengantin untuk majlis mereka yang tinggal dua minggu saja lagi.
V: Okey tak bajunya ? Cantik tak ?
Shaera: Cantik. Saya suka sangat. Tq awak. Lepasni saya kena jaga badan sebab takut badan naik, nanti baju tak muat.
V: No way ! Tak payah lah jaga badan. Awak dah cantik dah macam ni. Tak gemuk pon. Kurus je. Kalau awak hilang berat walaupon sekilo, awak siap eh. Saya taknak bagi baby comel nanti !
Terbuntang mata Shaera mendengar kata-kata V. Mukanya merah menahan perasan malu yang datang berkunjung. Sungguh doa malu. Tak sangka yang V akan berkata begitu.
Shaera: Yahhh ! Awak ni gatal la. Saya nak jaga badan sebab kita dah nak kahwin. Awak nak ke nanti orang cakap wife awak gemuk ? Nak ? Mesti awak taknak kan ?
V: Eleyhh saya tak kisah. Awak gemuk ke kurus ke, saya tetap sayang awak. Trust me. Awak tetap cantik. Lepasni kita pergi makan eh. Biar badan awak tambah comel. Baru lah best nak peluk nanti.
Shaera tersenyum mendengar kata-kata V. V memang pandai bermain kata. Shaera kini bahagia berada disamping V. Dia jatuh cinta dengan kesungguhan V menyatakan cinta pada dirinya dan kesungguhan V yang tulus menginginkan hatinya. Dia telah pon mula mencintai V. Sejak bila ? Entah la. Yang pasti dia mencintai V !
Share this novel