LAST MEMORIES
V kini dalam perjalanan menuju ke pantai. Pantai ialah tempat kegemaran V apabila dia sedih. Tidak disangka Shaera memilih tempat itu untuk bertemu dengannya. Adakah Shaera bersedih ? Penat V memikirkan wanita yang dicintainya itu. Kereta dipandu V meluncur laju menuju ke destinasi.
Dalam masa yg sama, Suga yang baru menerima panggilan tersebut berasa lega mendengar berita dari V.
Suga: V kata dia dah jumpa Shaera. Sekarang dia otw pergi jumpa Shaera. Aku harap diorang akan selesaikan masalah diaorang tu secepat mungkin. Jangan lah sampai tak jadi kahwin. Kesian keluarga diorang.
Leeya dan Isha hanya berdiam diri. Mereka berdua rasa bersalah dan dalam pada masa yang sama lega kerana V telah menjumpai Shaera. Mereka berdua sendiri pon sebenarnya tidak tahu kemana destinasi Shaera setelah melarikan diri.
JK: Yeobu, you ada sembunyikan sesuatu ke dari I ?
JK mula bertanya pada Isha. Isha tersentak. Isha mengangkat mukanya dan memandang JK. Riak wajah JK seolah-olah dia sedang menahan marah. Isha takut dimarahi JK kerana sejak berkahwin tak pernah sekalipon JK memarahinya.
Isha: Aniya. Takda. I takda sorok apa-apa pon dari you.
Leeya: JK, Suga. Maafkan kitorang.
Isha terkejut apabila Leeya tiba-tiba bersuara dan ingin memberi tahu perkara sebenar. Isha cepat-cepat menyepak kaki Leeya. Suga yang ketika itu sedang memandu terus memberhentikan kereta di tepi jalan. Suga memusingkan badannya kearah belakang dan melihat isterinya, Leeya.
Suga: Kenapa Jagiya ? Ada apa-apa yang you tahu ke ?
Leeya: Saya mintak maaf sangat-sangat. Tadi kitorang yang tolong Shaera lari. Mianhe.
Isha dan Leeya hanya menunduk. Takut dimarahi suami mereka. JK hanya mengeluh panjang dan cuba menahan amarahnya. JK takut sekiranya dia memarahi Isha, akan timbul kesan kepada anak mereka nanti.
JK: Korang tak patut buat macam tu. Tak kesian ke pada keluarga Shaera dengan keluarga V ? Kalau diorang tahu mesti diorang marah.
Isha: Ye kitorang tahu. Tapi kitorang tak sanggup tengok Shaera mcm tu.
JK: Apa maksud awak yeobu ? Tak sanggup kenapa ? Diorang nak kahwin bukan nak pergi berperang.
Suga: Leeya, sebenarnya awak tolong Shaera larikan diri sebab taknak tengok Shaera kawin dgn V ? Awk masih simpan perasaan dekat V kan ?!
Suga melempiaskan marahnya pada Leeya. Suga panas hati. Leeya terkejut dan hampir menangis mendengar tuduhan tak berasas suaminya itu. Isha yang mendengar turut terkejut.
JK: Suga. Sabar. Jangan marah macam ni. Kesian Leeya.
JK menepuk-nepuk bahu Suga. Dia cuba untuk menenangkan Suga. Dada Suga kelihatan turub dan naik menahan marah. Lebih tepatnya menahan cemburu.
Leeya: Apa ? Apa awk ni ! Saya takda niat macam tu pon. Saya dah lupakan V lah ! Kenapa awak tetap nak tuduh saya macam tu ? Saya cintakan awak !
Ucap Leeya sambil menangis. Leeya berlari keluar dari kereta. Leeya marah, sedih dan kecewa dengan ucapan Suga. Suga yang sedar bahawa kata-katanya telah menyakitkan hati Leeya cepat-cepat keluar dari kereta untuk mengejar isterinya itu.
Suga: JK, kau bawa kereta ni dulu. Kau bawa balik isteri kau.
Suga pun keluar dan berlari mengejar Leeya yang sudah jauh dihadapan. Isha hanya diam menyaksikan adegan tadi. Dia berharap Leeya akan memaafkan Suga. Semoga semuanya akan baik-baik saja. Dia tahu Leeya memang sensitif bila ditengking begitu.
JK keluar dari kereta dan berpindah ke tempat pemandu. Dia kemudian berpusing menghadap isterinya yang masih kaku dan bisu di tempat duduk belakang.
JK: Yeobu. Meh pindah depan. Duduk sebelah I.
Isha menuruti kemahuan JK dan berpindah ke tempat duduk hadapan bersebelahan dengannya. JK memandang Isha yang kini berada disebelahnya. Isha hanya memandang ke hadapan tanpa berkelip. JK memegang tangan isterinya dan mengusapnya lembut.
JK: Jom kita pergi rumah Shaera dulu. Mana la tahu ada yang kita boleh tolong.
Isha hanya berdiam diri. Tidak memberi respon dengan kata-kata JK.
JK: Alaa, you jangan la risaukan Leeya dengan Suga. Gaduh-gaduh manja je tu. Nanti diorang okay lah. Jangan risau eh. Suga tu sweet tau. Macam nama dia. HAHAHAHA.
Isha: You jangan tuduh I macam Suga tuduh Leeya tau. I sayang you. I tolong Leeya sebab I kesian kan dia. Dia merayu pada I. Dia cakap nak tenangkan diri sekejap. I tak sangka kucar-kacir macam ni sekali keadaannya.
JK: Yeobu, I minta maaf okey. I hampir nak marah you tadi. Jangan buat lagi macam ni. I taknak nanti you kena marah dengan keluarga Shaera atau V. I sayang you.
Isha hanya tersenyum manis. Dia sebenarnya lega kerana JK tidak memarahinya walaupon tadi dia baru saja menipu JK.
Isha: Hurm okay tapi sebelum pergi sana, boleh tak singgah supermarket. I rasa macam nak makan aiskrim lah.
JK: Aik sempat eh you nak makan aiskrim dalam keadaan genting macam ni.
JK berkata sambil mencubit pipi gebu isha. Terhibur dia dengan perubahan mood isterinya itu. Sekejap tadi isterinya sedih, lepastu tersenyum dan sekarang mahukan aiskrim.
Isha: Aloo. Bukan I yang nak makan lah. Anak you yang nak makan.
JK: alololo. Anak daddy nak makan aiskrim eh. Okay kita singgah ye. You cari lah aiskrim apa yang you nak.
Isha: Yeahhhh.
JK hanya tersenyum melihat telatah isterinya itu. Sungguh dia mencintai isterinya dan menyayangi anaknya yang berada dalam kandungan Isha. Perut kecil Isha diusap lembut. Bulat !
- ditepi pantai -
V akhirnya sampai ke destinasi. Matanya liar mencari kelibat bakal isterinya itu. V berlari ke arah Shaera yang bergaun putih yang ketika itu sedang memandang laut. Shaera kelihatan sangat cantik. V terpana melihat Shaera. Jantungnya berdegup kencang. V melangkah perlahan ke tempat Shaera.
V: Yeobu.
Shaera tersentak. Mungkin tersedar dari lamunan yang jauh. Shaera memandang V.
Shaera: Mianhe. Saya susahkan awak.
V: Gwencana. Kenapa ni? Awak kata awak cintakan saya tapi kenapa awak lari dari majlis kita ? Lepastu kenapa awak pergi pantai ni ? Apa salah saya ? Awak kenapa buat saya macam ni ? Tak kesian kat saya ke ? Puas saya cari awak. Isha, JK, Leeya n Suga pon sama cari awak.
Shaera: V. Pada mulanya saya nak kata yang saya memang sukakan awk. Cara awk layan saya. Cara awak sayang saya. Bila saya sakit, cepat-cepat awak datang rumah tengok keadaan saya. Awk memang lelaki terbaik. Cuma saya takut. Nanti bila saya dah jadi isteri awak, saya takut nanti awak pandang perempuan lain. Lepastu nanti awak tinggalkan saya. Saya takut bila saya dah tak cantik nanti, awak gantikan saya dengan perempuan lain.
Tersenyum V mendengar kata-kata Shaera. Hanya kerana hal sekecil itu, sanggup Shaera lari dari majlis mereka dan duduk ditepi pantai. Perempuan !
V: Itu je ke yang awak risaukan ?
Shaera: Haah.
V tergelak mendengar kata-kata Shaera itu. Urat ketawanya seperti digeletek.
V: Yeobu, awak ingat senang ke saya nak pandang perempuan lain. Awak ni bukan senang tau saya nak dapat. Susah ! Dah lah degil. Tapi tu lah, perangai degil tu lah yang buat saya sayang awak.
Shaera: Eeeeeee dia ni ! Tak suka tau. Suka sangat sweet talker. Menyampah lah awak ni !
V hanya tersenyum lalu Shaera dipeluk. Pancingnya mengena. Shaera cair.
V: Saya ingat tadi awak nak cancel majlis kita ni. Rupanya awak risau pasal benda ni je. Takut sangat saya tinggalkan awak. Apalah awak ni.
Shaera terkejut apabila tiba-tiba saja dirinya dipeluk. Dia segera ingin melepaskan diri. No way ! Mereka belum berkahwin dan Shaera takkan membenarkan V menyentuhnya selagi mereka belum sah menjadi suami isteri.
Shaera: Eeee mana bole peluk-peluk. Awak belum jadi suami saya lagi tauu. No no no !
V: Kalau mcm tu. Jom kita kahwin ! Awak buat jantung saya tercabut tahu tak ! Saya ingat awak lari sebab tak nak kahwin dengan saya. Aduhai nasib saya sayang awak tau. Dah jom balik, kita teruskan apa yang tertunda. Gaja.
V mengendong bakal isterinya itu. Shaera sedikit meronta-ronta minta dilepaskan.
Shaera: Yahhhhh nanti org tgk. Maluu lahhh.
V: Tu lah siapa suruh lari. Ni saya dah dukung awak bawak masuk dalam kereta. Biar awak tak lari lagi.
Shaera hanya ketawa melihat kelakuan gila V. Yeahh kawen ! Tiada yang mereka berdua harapkan selain dari kejujuran dan kesetiaan dalam perkahwinan mereka.
- Di atas jalan raya -
Leeya berlari sekuat hati dan selaju yang mungkin. Merajuk katanya. Merajuk dengan suami. Suga yang berada dibelakang masih mengejar. *Ooo. Nak main kejar-kejar eh. Ingat laju sangat lah tu lari* Kata Suga dalam hati.
Leeya mula kepenatan setelah agak lama berlari. Lariannya mula perlahan dan akhirnya dia berhenti. Tiba-tiba Leeya dipeluk dari belakang. Leeya tahu itu Suga, suaminya.
Leeya: Lepas lah ! Main peluk-peluk pulak. Tadi kan awak tuduh cakap saya tergila-gilakan V.
Suga: Aloo. Mianhe. Saya tak patut cakap macam tu. Saya rasa marah tadi bila awak tolong Shaera lari. Saya ingat awak masih cintakan V. Rupanya awak dah cintakan saya.
Suga tersenyum sehingga menampakkan gummy smilenya. Dia memeluk Leeya dengan lebih erat.
Leeya: Eeeee mana ada ! Perasan ! Lepas lah.
Suga: Habis tadi tu ? Awak dah cakap yang awak cintakan saya masa dalam kereta sambil menangis-nangis macam budak kecik.
Leeya terdiam. Mukanya merah padam. Aduh dia malu diejek begitu dengan suami sendiri.
Leeya: Eeee dah la ! Taknak kawan awak. Pegi sana jauh-jauh.
Suga memeluk dgn Leeya dengan lebih erat lagi tanpa mempedulikan perasaannya. Lalu dia membisikkan kata-kata cinta kepada Leeya. Leeya akhirnya pun tersenyum.
Tiba-tiba telefon milik Suga berdering. *Ishhh sibuk lah call org time ni. Tak tahu ke org tengah sweet-sweet ni* Kata suga sambil menyeluk tangannya ke dalam poket dan mengambil telefonnya .
Suga melihat skrin phonenya. Panggilan tersebut dari V. Dia segera menjawabnya.
Suga: Hello V. Hah mcm mana ? Okay ke ?
V: Pergi rumah Shaera balik. Aku nak kawin ni. Cepat tau. HAHAHAHA.
Suga: Okay V. Cun lah. Nanti aku datang.
Panggilan dimatikan. Suga dan Leeya berpandangan antara satu sama lain.
Leeya: Macam mana ?
Suga: Jom. Kita makan makanan dekat wedding orang.
Leeya memahami perkara itu. Leeya cepat-cepat mengangguk tanda setuju. Tangan Leeya dipimpin untuk pergi ke rumah Shaera. Tapi tiba-tiba Suga teringatkan sesuatu.
Suga: Eh kejap. Macam mana nak pergi ek ? Saya dah suruh JK bawak balik kereta tadi.
Leeya: Yahhhh ! Awak ni dah kenapa ? Kenapa pandai sangat ni ? Habis kita ni nak pergi macam mana ? Takkan nak jalan kaki ?
Suga: Relaks Jagiya. Saya call JK kejap. Dia mesti tak jauh dari sini.
- Supermarket -
Isha sedang sibuk memilih aiskrim yang ingin dia makan. Semuanya nampak sedap dimata Isha. JK berdiri disebelah Isha dan melihat saja isterinya itu memilih aiskrim. Kemudian JK mendapat satu panggilan telefon. Dengan segera dia menjawabnya.
JK: Ye. Boek lah. Okay Suga. Araso. Kejap lagi sampai.
Panggilan telefon kemudian dimatikan. Isha masih leka memilih aiskrim. Dihadapan Isha sudah ada 5 jenis aiskrim tapi Isha masih lagi memilih aiskrim yang diinginkannya.
JK: Yeobu dah ke belum pilih aiskrim tu ? Buat apa beli banyak-banyak ? Habis ke nanti ?
Isha: Kejap. I tengah confius nak yang coklat ke strawberry. Hurmm ha ok dah. Kenapa tadi ? Siapa call ?
Usai memilih aiskrim, mereka terus ke kaunter pembayaran. JK yang sedang mengeluarkan duit untuk membayar aiskrim yang dipilih Isha mula menjawab soalan isterinya itu.
JK: Kita ambik Suga kat tempat tadi. Pastu kita pegi makan lauk dekat wedding orang.
Isha: Aikkk wedding ? Siapa yang kahwin sayang ?
Jk: Kawan you lah. Shaera. Takkan I pulak. HAHAHAHA.
Isha: Kahwin la kalau berani. I lari bawak anak kita duduk planet lain nanti. Ohh jadi eh diorang kahwin ? Jom pergi makan. I dah lama tak makan dekat wedding orang.
JK: Habis aiskrim ni siapa yang nak makan ?
Isha: Aloo nanti dalam kereta lah I makan. Otw nak pergi rumah Shaera tu. Sempat rasanya habis. You tolong lah makan sekali. Tau.
JK hanya tersenyum melihat telatah isterinya itu. Haih asyik makan je. Mesti anak daddy ikut daddy ni. Jenis kuat makan ! Nyum nyum !
Akhirnya mereka semua balik semula kerumah Shaera dan meneruskan majlis tersebut.
Dengan dua kali lafaz, kini Shaera telah sah menjadi milik mutlak V. Syukur semua telah selesai. Sekarang mereka berenam sudah pon berkahwin dan akan datang akan mempunyai anak. Siapa sangka kan. Kehendak TUHAN menguasai segalanya.
Majlis resepsi Shaera berlangsung dengan sangat meriah. Shaera kelihatan sangat anggun berpakaian gaun kembang pengantin berwarna merah yang sememangnya menjadi warna kegemarannya. V juga kelihatan tampan memakai kemeja merah yang dipadankan dengan suit hitam. Tampak mewah !
V: Lepasni jangan lari lagi tau. Penat saya nak kejar. Kalau nak main lari-lari sangat, ajak saya sekali eh.
Shaera hanya tersenyum. Dia betul-betul rasa gembira kerana telah menjadi isteri V. Lelaki yang baru dia cintai itu. Sungguh bahagia !
Majlis resepsi V dan Shaera akhirnya sampai kepenghujung. Mereka berenam sempat mengambil gambar yang tak lama lagi akan menjadi kenangan yang sangat bermakna bagi mereka. Sangat dirindui.
Ya ! Tak lama lagi !
Share this novel