BAB 3

Romance Completed 3880

BEGGING

3 minggu telah berlalu sejak kejadian di rumah Isha. Hari ini merupakan hari penting untuk Leeya dan Suga. Hari ini ialah hari dimana Suga dan Leeya akan disatukan sebagai pasangan suami isteri.
 
   Semua persiapan telahpun siap sebelum tibanya majlis perkahwinan mereka. JK, Isha, V dan Shaera turut sama menghadiri majlis tersebut. Untuk majlis nikah, tetamu yang hadir hanya terdiri dari keluarga, saudara mara dan sahabat handai manakala untuk majlis resepsi nanti kira-kira 1000 orang telah diundang.

Ibu dan sanak saudara Leeya duduk mengelilinginya. Tangan Leeya sedikit menggigil menunggu saat ijab kabul dijalankan. Hal ini memang akan dirasakan oleh setiap pengantin yang akan bergelar suami isteri.
 
   'Sah'. Dengan sekali lafaz, Leeya kini telah bergelar isteri Suga. Suga kelihatan sangat gembira dengan perkahwinan tersebut. Suga tersenyum sehingga nampak gummy smilenya. Isha yang terpandang Suga saat itu terus berdebar. Dia teringatkan kenangan lalu. Kerana senyuman itulah Isha jatuh cinta pada Suga.

Isha cepat-cepat menghalau kasar perasaan itu pergi. *No. Aku isteri JK. Aku tengah mengandungkan anak dia sekarang ! *

   Isha dan Shaera memeluk Leeya dengan erat saat dia telah sah bergelar isteri Suga. Leeya mengalirkan airmata saat memeluk kedua-dua sahabat baiknya. Dia rasa bersyukur kerana semuanya telah selamat. Biarpun dia tidak mencintai Suga tapi dia akan cuba untuk menjadi isteri yang baik untuk Suga.

Selesai akad nikah, semua tetamu diarahkan ke khemah untuk menikmati sedikit makanan yang telah disediakan dari pihak tuan rumah. Semua tetamu mula beransur pulang setelah menjamu selera. Kini hanya tinggal JK, Isha, V dan Shaera dibawah khemah.
 
   Entah kemana Suga menghilang setelah selesai akad nikah tadi. Leeya berdiri disatu sudut khemah sambil memerhatikan JK, Isha, V dan Shaera. Kelihatan JK sedang mencedokkan lauk untuk isteri tercintanya. V dan Shaera duduk semeja dan sedang bergurau senda. Leeya memerhatikan V. V kelihatan sangat bahagia berada disamping Shaera. Sangat bahagia !
 
   Sedang leka memerhatikan V, tiba-tiba pinggang Leeya terasa geli. Dia betul-betul sensitif bila ada yang menyentuh pinggangnya. Leeya mencari gerangan yang memegang pinggangnya tadi. Saat menoleh, rupanya Suga yang memegang pinggangnya. Suga yang segak berbaju melayu putih itu kini berada disisi Leeya.
 
Suga: Tembus ! Tengok apa tu ? Jauh termenung ? Saya ada kat sini lah.
 
Leeya: Tak ada apa-apa. Saya tak tengok sesiapa pon.
 
   Suga tahu Leeya sedang menipunya. Suga tahu siapa yang sedang dipandang Leeya. Suga tahu isteri yang baru dinikahinya tadi masih tidak boleh melupakan V. Suga tahu isterinya itu tidak mencintai dirinya !

Suga: Awak boleh ikut saya sekarang ? Saya ada benda nak cakap tapi saya rasa kat sini macam kurang sesuai.
 
   Leeya hanya mengangguk. Tangannya dipegang dan dia dibawa kedapur. Riak wajah Suga nampak biasa saja. Tapi kenapa perlu bawa sampai kedapur jika ingin mengatakan sesuatu ? Penting sangat ke ?
 
   Sesampainya mereka didapur, tangan Leeya dipegang dan diusap perlahan. Suga kemudian membawa tangan Leeya ke bibirnya. Tangan isterinya dicium. Dia menatap muka isterinya.
 
Suga: Jagiya. Boleh tak lepasni awak lupakan V ? Ini semua demi kebaikan masa depan rumahtangga kita nanti. Jebal.

Leeya: Awak sendiri pon tahu kan, soal hati tak boleh dipaksa. Awak sendiri pon tak mampu nak paksa diri awak untuk cintakan Isha.

Suga: Betul. Saya tak memaksa. Mendesak apatah lagi. Saya tahu memang susah. Saya ada ego sebagai lelaki Leeya. Saya takut suatu hari nanti, saya hilang sabar. Saya taknak isteri saya cintakan orang lain. Cuba untuk cintakan saya. Saya merayu sangat.
 
   Leeya tertunduk dan mengangguk lagi. Tiada kata yang mampu diungkapkannya. Dia masih cuba untuk mencintai Suga dan melupakan V, cinta pertamanya. Itu bukan lah satu hal yang mudah.

   Leeya kemudian memegang tangan Suga dan berjalan beriringan kekhemah. Masih kelihatan kelibat empat sahabat baik mereka. Semua yang berada disitu mengusik Suga dan Leeya.
 
JK: Wow pengantin baru datang. Pewitttt. Siap pegang tangan lagi.
 
Isha: Yahhh sayang ! Hajima. Jangan la kacau diorang. Kan diorang baru jadi suami isteri tadi. Mesti la kena manja-manja kan.
 
   Suga dan Leeya cuma ketawa dan berlalu untuk mengambil makanan. Lapar ! Perut mereka sudah berbunyi sejak tadi lagi tapi ditahan kerana ingin melayan tetamu yang hadir.
 
   Shaera memerhatikan JK menyuapkan makanan ke mulut Isha. Sejak Isha mengandung, JK menjaganya dengan sangat baik. Semua kerja-kerja rumah JK yang buat. JK benar-benar ikhlas mencintai Isha. Hati Shaera sedikit terusik. Cemburu ! Dulu dia berharap dia lah yang akan menghabiskan sisa hidupnya bersama JK tapi kini dia cuma mampu memerhati dari jauh.
 
   Shaera kemudian mula tersedar. Shaera cepat-cepat mengalihkan pandangan ke tempat lain. *Apa aku buat ni ? Lagi sebulan aku nak kahwin ! Hati, tolong jangan macam ni. Aku tak cintakan JK ! Aku dah tak cintakan JK !* Shaera berkata-kata dalam hati dan mengulangi setiap bait-bait ayat itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience