HONEYMOON
Setelah hampir seminggu berkahwin, Suga dan Leeya telah merancang untuk berbulan madu di Pulau Jeju. Mereka kesana dalam tempoh seminggu lantaran kerana masing-masing sedang cuti dari kerja dan ingin menikmati saat manis bergelar suami isteri serta belajar hidup berdua bersama.
Sebelum mereka berangkat, mereka telah berjumpa dengan keempat sahabat mereka di airport untuk mengucapkan selamat tinggal dan bertanya jika mereka hendak mengirim apa-apa. Leeya menghampiri Isha dan Shaera yang sedang duduk di kerusi.
Leeya: Nak apa-apa tak dari Jeju ?
Isha: Taknak lah. Aku belum lalu nak makan sangat. Kalau makan rasa nak muntah.
Leeya: Tak. Aku tak tanya kau. Aku tanya baby kau. Mana tahu baby kau nak makan apa-apa ke. Coklat ke gula-gula ke ?
Isha: Haih kau ni. Sepak kang. Beli je la apa-apa. Apa aku makan, anak aku makan jugak nanti. Cuma nanti bawak balik baby tau. Jadikan kawan anak aku. Sian dia takda kawan lagi. HAHAHAHA.
Shaera: Nanti belikan kitorang buah tangan sikit eh. Pastu nanti bawak la balik baby. Tak sabar nak jadi aunty. Balik cepat sikit eh. Majlis aku dah tak lama ni.
Leeya: Eyy korang ni ! Malu aku. Malas la layan korang. Aku tak belikan apa-apa baru padan muka korang. Yelah. Aku pergi seminggu je, lepastu aku balik la. Kalau aku tak datang, siapa nak habiskan makanan kat majlis kau tu. HAHAHAHA.
Isha dan Shaera memukul bahu Leeya dengan kuat sebaik mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Leeya itu. Haih makan je !
Isha dan Leeya berjalan ke tempat suami-suami mereka yang sudah pon menunggu di depan pintu balai berlepas. Kapal terbang yang akan membawa mereka berdua ke Pulau Jeju akan berlepas dalam masa 20 minit lagi.
JK, V, Shaera, dan Isha melambai kearah Suga dan Leeya yang sedang berjalan ke balai berlepas. Isha berharap percutian bulan madu ini akan memberi sinar baru dalam hidup Suga dan Leeya.
Setelah kelibat Suga dan Leeya menghilang dibalai berlepas, JK dan Isha pulang ke rumah manakala V dan Shaera menghilang entah kemana.
- Di pulau Jeju -
Setelah mengemaskan barang-barang kedalam almari, Leeya berbaring sebentar. Penat dan bosan. Leeya melirik pada Suga yang sedang duduk melihat pemandangan pantai yang terbentang luas.
Leeya: Suga. Jom keluar jalan-jalan. Saya bosan la duduk dalam bilik je.
Suga mengerling pada Leeya sebelum berjalan kearah isterinya sambil membuat muka menggoda dan mengenyitkan matanya.
Suga: Kenapa nak keluar ? Kan best duduk dalam bilik. Ada aircond. Ada selimut. Ada bantal and ada saya.
Leeya mengundur beberapa langkah ke belakang dan bersedia membuka langkah seribu sekiranya Suga nekad ingin menyentuhnya.
Leeya: Suga. Apa awak nak buat ni ? Saya ajak awak keluar je. Saya bosan duduk dalam bilik. Awak ni kenapa ? Menakutkan lah.
Suga: Tadi awak kata nak keluar kan? Jomlah. Tepi sikit, saya nak ambik jaket dengan barang-barang saya kat belakang awak tu.
Leeya kemudian berganjak ketepi untuk memberi laluan kepada Suga mengambil barang-barang dan jaketnya. Suga menyarungkan jaket sambil tersenyum kepada Leeya. Fuhh selamat !
Suga: Saya pon sebenarnya bosan terperap dalam bilik ni. Tak tahu nak buat apa. Nasib baik awak ajak keluar kalau tak, mereput la kita berdua dalam bilik ni. Jom.
Suga memimpin tangan Leeya sepanjang mereka berjalan-jalan di sekitar Pulau Jeju. Mereka juga sempat singgah di beberapa buah kedai untuk membelikan sedikit buah tangan untuk keluarga dan sahabat mereka.
Leeya dan Suga membelikan barang-barang berupa keychain untuk keluarga mereka. Untuk sahabat mereka pula, mereka membelikan V sebuah beg tangan berjenama untuk dijadikan sebagai hantaran untuk Shaera nanti. Untuk Isha pula, mereka membelikan sepasang gaun untuk wanita mengandung.
Suga dan Leeya menikmati bulan madu tersebut layaknya seperti pasangan suami isteri yang lain. Mereka bergurau senda, ketawa dan mengusik antara satu sama lain. Cukup bahagia !
Leeya nampaknya sudah mula menerima Suga dan akan terus mencintai Suga sepenuh hati sehingga nafasnya yang terakhir.
Setelah seminggu, mereka pon pulang semula ke tanah air. Tak sabar rasanya untuk berjumpa dengan keluarga dan sahabat tercinta. Rindu !
Sesampainya ditanah air, Suga dan Leeya menghantar chat dan mengajak JK, Isha, V dan Shaera berjumpa di cafe untuk memberikan buah tangan yang dibeli kepada mereka.
Share this novel