LOST
2 minggu berlalu. Kini tibanya masa untuk V dan Shaera disatukan sebagai pasangan suami isteri. Keadaan di rumah Shaera sangat meriah dengan suara sanak saudaranya yang datang dari Singapura semata-mata untuk menghadiri majlis perkahwinannya.
Semuanya sudah berkumpul diruang tamu kerana sebentar saja lagi majlis akan dimulakan. Leeya dan Isha sudah pon berada dirumah Shaera untuk menemaninya. Manakal JK dan Suga menemani V dihotel dan akan mengikuti rombongan pihak V.
Riak wajah V kelihatan sedikit kusut dan gelisah. V kelihatan risau. JK dan Suga yang sudah berpengalaman memberikan kata-kata semangat dan nasihat kepada V untuk menghilangkan rasa gemuruh didadanya sambil menggosok-gosok perlahan bahunya. Dia kelihatan sangat segak dengan baju melayu berona putih bersih. Handsome !
JK: Kau rilek V. Aku dulu pon nervous mcm kau jugak. Bawak bertenang.
V: Fuhh. Aku rasa tak sedap hati lah. Kenapa eh ?
Suga dan JK serentak berpandangan anatara satu sama lain. Mereka berasa pelik mendengar kata-kata V. Rasa pelik mereka bertambah apabila melihat V mundar mandir seperti kucing ingin beranak. Suga yang melihat perlakuan V segera bangun dan mengambil minuman untuk V.
Suga: Kau jangan la cakap macam tu. Kau nak kahwin tau bukan nak pergi berperang. Rilek. Yang nak berperang tu, malam pertama nanti. Chill.
V lantas mencapai gelas dari tangan Suga dan segera meneguk air tersebut. Tangan V sedikit menggigil ketika mencapai gelas itu. Macam baru nampak hantu !
Tiba-tiba telefon JK berbunyi. JK tersenyum memandang skrin telefonnya dan segera menjawab. V dan Suga hanya senyap memerhati kelakuan JK dari jauh.
JK: Hello yeobu. Wae ? Rindu I ke ?
Rupa-rupanya panggilan tersebut dari Isha. JK meraup wajah berkali-kalu saat bercakap dengan Isha di talian. Entah apa yang diberitahu Isha sampai JK berkelakuan sedemikian. JK seakan tidak percaya dengan apa yang dikatakan isterinya itu.
JK: Okay yeobu. You tunggu I kat sana. Kejap lagi I sampai. You take care okay.
JK pantas mematikan panggilan telefon. Suga dan V yang memerhati dari jauh segera mendekatinya. Masing-masing berdebar menanti apa yang akan dikatakan JK.
V: Kenapa ? Apa Isha cakap ?
Suga: Ha kenapa ? Kita dah boleh gerak ke ? Semua dah sampai ke ?
Bertalu- talu soalan yang ditujukan kepada JK. Dia mengeluh berat sebelum menjawab pertanyaan dari kedua sahabatnya.
JK: Shaera dah lari !
Songkok yang berada ditangan V terlepas jatuh ke lantai. Jelas terpancar riak kecewa di muka V. Suga yang mendengar berita tersebut terus terbuntang matanya. Suga menepuk dahi berkali-kali. Pening tiba-tiba. *Tapi kenapa ? Kenapa jadi macam ni ? So perasaan aku yang tak sedap tadi sebab ni ke ?* V bermonolog dalam hati. Dia meraup wajah berkali-kali sambil mendengus kasar. Sakit hatinya !
V: Dia kata dia cintakan aku. Tapi kenapa lari pulak ? Aduh !
Suga: Kau rilek V. Jangan macam ni. Sabar dulu.
V lantas berlari dan mencapai kunci kereta yang berada di atas meja dan segera keluar dari bilik menuju ke keretanya. JK dan Suga mengejar sahabatnya itu dari dari belakang dan terus masuk kedalam perut kereta milik V. V ingin ke rumah Shaera untuk mengetahui apa punca semua ini terjadi.
- 2-3 jam sebelum -
Shaera duduk didalam bilik dan menghadap cermin sambil termenung. Entah kenapa perasaannya jadi begitu. Berbolak balik. Keliru dengan apa yang dilakukan saat ini. Leeya kemudian bersuara memecah kesunyian dalam bilik itu.
Leeya: Cantik la kawan aku ni. Berseri-seri jer.
Shaera: Leeya, Isha. Betul ke apa yang aku buat ni ?
Airmata Shaera mula bertakung saat mengucapkan kata-kata itu. Tangan kedua-dua sahabatnya itu digenggam erat. Isha dan Leeya terkejut mendengar ucapan Shaera.
Isha: Apa kau cakap ni Shaera ? Kau kejap lagi dah nak jadi isteri V tau. Semua dah siap kat luar tu. Dah lah jangan la nangis, nanti cair makeup kau. Nanti kang nak kena touch up balik.
Shaera: Aku tak ready lagi. Korang kena tolong aku.
Airmata Shaera menitis jatuh ke pipi. Leeya dan Isha menggosok lembut bahu Shaera. Cuba untuk menyalurkan kekuatan kepada sahabat mereka itu. Isha mula bersuara setelah agak lama berdiam diri.
Isha: Shaera please. Jangan la buat hal. Kau tak kesiankan keluarga kau ke ? Kau tak kesiankan V ? Kesian diorang. Malu diorang nanti.
Leeya: Shaera, kau kena ready. V sayang kau. Aku yakin dia akan jadi suami yang terbaik untuk kau.
Isha dan Leeya menenangkan Shaera dari berbuat sesuatu yang boleh memalukan keluarganya dan keluarga V.
Shaera: Leeya, Isha. Kali ni korang kena tolong aku. Please ! Aku bukan nak lari cuma nak tenangkan diri sekejap. Tolong aku !
Leeya dan Isha hanya diam membisu. Tak sanggup mereka mengecewakan Shaera. Tapi mereka juga tak sanggup untuk membantu Shaera lari dari majlis sendiri ! Mereka takut akan dimarahi suami masing-masing, V dan keluarga Shaera. Buntu !
Jam menunjukkan tepat pukul 11 pagi ketika V sampai di rumah Shaera. Kelihatan semua ahli keluarga berkumpul dihadapan rumah. V lantas keluar dari perut kereta dan meluru kearah keluarga shaera. Isha dan Leeya turut kelihatan di sebelah keluarga Shaera. V bersalam dan kemudian memeluk ayah Shaera.
V: Pakcik, Makcik. Saya mintak maaf. Kalau saya tahu Shaera akan lari macam ni, saya takkan suruh Shaera terima saya sebagai suami.
Air mata V mengalir perlahan saat berbicara dengan keluarga Shaera. Nada suaranya mendatar. Leeya hanya memerhatikan V. *Tak V, Shaera cintakan kau dan dia dah mula sayangkan kau* Leeya hanya bermonolog sendiri dalam hati.
Ayah Shaera: Itu lah. Kenapa agaknya lari macam ni. Semua dah siap. Tinggal nak dilangsungkan je majlisnya ni.
V: Saya akan cuba cari Shaera. Saya akan cuba pujuk dye teruskan majlis ni.
JK dan Suga segera meluru ke arah isteri masing-masing. Leeya dan Isha diserang rasa bersalah melihat keadaan semua orang. Rasa bersalah makin membuak buak dalam diri mereka. V kemudian memandang Isha dan Leeya.
V: Leeya, Isha macam mana Shaera boleh lari ? Bukan korang berdua ada dengan dia ke ? Korang kan yang teman dia ? Korang yang tolong dia lari ?
Leeya dan Isha tersentak mendengar pertanyaan V. Mereka berdua saling berpandangan. Isha menjeling ke arah Leeya dan kepalanya menggeleng laju seolah olah mengingatkan Leeya tentang janji yang telah mereka buat.
Leeya: V. Kitorang tak tahu. Tadi kitorang keluar bilik sekejap je tapi bila kitorang masuk balik tengok Shaera dah takda.
Isha: Kitorang dah cuba call dia tapi dia tak angkat.
V meraup wajah lagi. Pening kepalanya. Sukar rasanya untuk mempercayai kata-kata yang keluar dari mulut Isha dan Leeya.
Suga: V, cuba kau call dia ? Mana tahu dia angkat.
V mengeluarkan telefon dari poket bajunya dan cuba mendail nombor Shaera berkali-kali namun tidak ada satu pon yang diangkat. V mengeluh lagi.
JK: Jom kita cari dia. Aku rasa dia tak lari jauh lagi ni. Jom cepat !
Isha agak tersentak mendengar kata-kata JK. Isha terkejut. Macam mana JK tahu yang Shaera tak lari jauh dari sini.
Dengan segera mereka masuk ke dalam kereta untuk mencari Shaera. V hanya memandu seorang diri menaiki keretanya manakala JK, Suga, Isha dan Leeya menaiki satu kereta.
- Di dalam kereta Suga -
Leeya dan Isha duduk di bahagian penumpang belakang dan mereka hanya diam sejak masuk dalam kereta tadi. JK dan Suga pelik kerana biasa kalau mereka sudah berjumpa memang riuh tapi mereka kini hanya membisu. Mereka mencari Shaera selama hampir dua jam namun Shaera masih tidak dijumpai.
Tidak lama kemudian, satu panggilan masuk ke telefon Suga. Rupanya ia dari V. Dengan pantas dia menjawabnya.
V: Aku dah jumpa Shaera. Nanti apa-apa aku bagitahu.
Lantas panggilan telefon dimatikan. Lega !
Share this novel