INTRO
Dua bulan telah berlalu sejak majlis perkahwinan dan malam pertama Isha dan JK. Kini Isha bahagia menjalani kehidupan barunya sebagai isteri JK meskipun terkadang kenangan bersama Suga terlintas difikiran.
JK seorang suami dan menantu yang cukup sempurna bagi Isha. Dia suami yang penyayang, rajin, dan sangat caring. Dia juga seorang menantu yang baik, peramah dan pandai menghormati keluarga mertuanya. Isha benar-benar terasa dihargai ketika berada disamping JK.
Shaera dan Leeya pula kini menghitung hari untuk bergelar isteri orang. Riak kegembiraan terpancar diwajah mereka. Namun dihati siapa lah yang tahu kan. Isha dan JK seronok melihat sahabat-sahabat mereka itu. Suga dan V juga sudah tidak sabar lagi untuk bergelar suami kepada wanita yang mereka cintai.
Segala persiapan untuk majlis perkahwinan Leeya dan Suga sudahpon siap sepenuhnya memandangkan tempoh majlis perkahwinan mereka tinggal tiga minggu saja lagi.
Majlis perkahwinan Shaera dan V masih berbaki sebulan lagi tapi persiapan majlis mereka hampir siap 100%. Tak mahu kelam kabut nanti bila tarikh hampir menjelma kata Shaera dan V bila ditanya kenapa terlalu cepat menyiapkan persiapan majlis mereka.
Share this novel