BAB 4

Romance Completed 3880

SINCERITY

Jam menunjukkan pukul 2 petang ketika majlis resepsi Suga dan Leeya bermula. Para tetamu yang berada didalam dewan diminta untuk bangun dan memberikan tepukan untuk pengantin. JK, Isha, V dan Shaera duduk disatu meja dan berdiri memberi tepukan kepada Suga dan Leeya.
 
  Suga dan Leeya diarak masuk ke dewan, diikuti dengan keluarga kedua-dua belah pihak dibelakang dan mereka akan berjalan menuju kearah pelamin. Leeya kelihatan cantik dengan gaun pengantin kembang berwarna gold dan dihiaskan crown di atas kepalanya. Suga pula sangat segak berbaju kemeja gold yang dipadankan dengan suit hitam.
 
Majlis resepsi Suga dan Leeya berlangsung dengan meriah sekali. Tetamu yang datang tidak putus-putus mengucapkan tahniah kepada mereka berdua. Tetamu yang datang juga mengatakan bahawa Suga dan Leeya pasangan yang sangat sepadan. Bagai pinang dibelah sepuluh !
   
JK: Cantik kan Leeya. Tak pernah nampak dia secantik tu. Biasa dia biasa-biasa je kan. Harini nampak luar biasa pulak.
 
   Isha yang mendengar kata-kata JK terus mencubit paha suaminya itu sambil menjeling tajam. Dia memuncungkan mulutnya dan berpeluk tubuh.
 
Isha: Ye. I tahu dia lawa. Cantik. Luar biasa segala lah. Tapi jangan la puji lelebih. Wife you ada kat sebelah kot. Wae ? Sejak I pregnant I dah tak lawa eh ?

JK yang tiba-tiba sahaja dicubit itu terkejut dan terkulat-kulat. Dia diserang rasa bersalah kerana mengatakan hal seperti itu. Emosi wanita mengandung memang berbeza.
 
JK: Aniya. I puji biasa-biasa la tu. Mana ada I puji lelebih. Yeobu, you pregnant ke tak pregnant ke, you tetap lawa. No worry ! I takkan cari lain punya.
 
   JK menjawab dengan tenang. JK menggosok perlahan tempat yang dicubit Isha. Pahanya terasa berbisa. Sakit ! Sejak Isha mengandung, perasaannya sedikit sensitif. Mungkin kerana perubahan hormon. Jadi JK perlu bijak mengawal perasaan isterinya itu. Siapa tak sayang bini oi !
 
   Shaera dan V yang mendengar perbualan JK dan Isha tersenyum. V jadi tidak sabar untuk menunggu tarikh perkahwinannya yang tinggal sebulan sahaja lagi. Dia ingin melayani Shaera selayaknya seorang isteri. Dia ingin memanjakan Shaera seperti JK memanjakan Isha.
 
   Jam menunjukkan pukul 5 petang. Akhirnya, majlis resepsi tersebut tamat. JK dan Isha meminta diri untuk pulang ke rumah lantaran kerana sudah seharian berada di majlis tersebut. V dan Shaera turut meminta diri untuk pulang lantara kerana esok perlu bekerja. Sebelum balik, mereka berempat berjumpa dengan Suga dan Leeya untuk meminta diri.
 
Suga: Korang dah nak balik ke ? Tunggu la dulu. Takpon ikut kitorang pergi ambik gambar untuk outdoor.

JK: Eh takpelah. Isha tak larat ni. Penat dia kata. Biasa la orang pregnant kan. Malam nanti, kau slow and rilek tau. Jangan gelabah sangat. Bawak bertenang.
 
Leeya: Woi, bagi nasihat bukan-bukan eh kau JK. Tumbuk kang.

Isha dan Shaera memeluk Leeya dan memberikan sedikit nasihat yang berguna untuknya. Masing-masing terasa sebak.

Shaera: Hurmm sedih la aku. Lepas ni aku duduk sorang la dekat rumah kita tu. Isha dah kahwin, kau pon dah kahwin.

Leeya: Yahh ! Jangan la macam tu. Sedih aku. Takpe lah. Kita still boleh jumpa. Nanti aku heret sekali Suga tu jumpa ramai-ramai macam dulu.

Isha dan Shaera mengangguk mendengar kata-kata Leeya. Gamat suasana disitu dengan suara gelak tawa mereka bertiga.
 
JK dan V memeluk Suga dan langsung meminta diri untuk pulang. Saat V berdiri di depan Leeya untuk mengucapkan tahniah, hampir menitis airmata Leeya. Tapi dia perlu bertahan lantaran kerana dia perlu menjaga hati Suga, lelaki yang telah menikahinya pagi tadi.
 
- Dalam nada berbisik -

V: Tahniah tau. Jadi isteri yang baik untuk Suga. Suga lelaki yang baik jadi dia layak dapat layanan yang baik dari kau. Lupakan aku. Kau dah jadi isteri orang sekarang. Tak baik simpan perasaan pada lelaki lain selain dari suami sendiri. 

Leeya hanya mengangguk. Tak mampu dia bersuara. Takut-takut nanti empangan airmatanya akan pecah. Selesai berpeluk dan meminta diri, mereka berempat pulang kerumah masing-masing.

- Dalam kereta JK -

JK memerhatikan isterinya yang duduk disisinya. Isterinya itu diam sebaik sahaja masuk kedalam kereta. Isha selalunya banyak mulut. Ada saja yang ingin diceritakan. Tapi kini dia malah diam membisu.

JK: Yeobu, gwenchana ? You senyap je dari tadi. Rasa tak sedap badan ke ? Nak muntah ?
 
Isha: I okay je. I just tak sangka akhirnya Suga dengan Leeya kahwin jugak. I seronok tengok diorang tadi. Syukur la semuanya dah selamat. Tinggal wedding V dgn Shaera je bulan depan. Lepastu kita semua dah kahwin. Kenapa you tanya ? You ingat I sedih sebab Suga dah kahwin dgn Leeya eh ?
 
   JK hanya mendiamkan diri. Kereta diberhentikan dibahu jalan. Tangan Isha digenggam. Dia mengusap lembut tangan isterinya. Dia mengeluh lembut sebelum memulakan kata-kata.
 
JK: Yeobu. I sebenarnya.... entah la. I tak tau. I rasa macam you belum sepenuhnya cintakan I. I rasa you tengah sedih sebab Suga dah kahwin dengan Leeya. I rasa.....
 
Isha: Shuutt. Banyaknya yang you rasa. Okay lah. Macam ni, I mengaku I memang dulu taknak kahwin dengan you. I tolak you. And the worst part is, I pernah nak cancelkan wedding kita dulu. I minta maaf.
 
   JK betul-betul terkejut mendengar pengakuan isterinya itu. Tak pernah dia sangka Isha akan berfikir sejauh itu. Sanggup dia hendak membatalkan majlis perkahwinan mereka demi cintanya pada Suga. JK melepaskan tangan Isha perlahan-lahan. Dia kecewa !
 
JK: You nak cancel wedding kita ? Kenapa you tak pernah bagitahu I ? Sampai sekarang ke you tak cintakan I ? Sampai hati you. Kita dah kahwin 2 bulan. You dah mengandungkan anak kita dah pon. Takkan la you still tak ada hati pada I ? Habis tu yang you layan I selama ni ? Sebab apa ? Sebab rasa tanggungjawab you je ke ?
 
Isha: Tengok tu ! I belum habis cakap you dah potong. Pastu you karang ayat sedih. Tu semua dulu sayang. Sekarang I cintakan you JK. You suami I. I mula belajar cintakan you sejak kita sah jadi suami isteri. I jalankan tanggungjawab I sebab I isteri you. I buat sebab I sayang you. Sejak kita kahwin sampai sekarang, you layan I baik sangat. You caring, you penyayang. Semua tu buat I jatuh cinta kat you. Sekarang ni dalam hati I, ada you sorang je. Tak ada lelaki lain.
 
JK: You janji yang you takkan tinggalkan I kan. Kita jaga anak kita sama-sama eh. Janji dengan I tau. Saranghae yeobu.

Isha: I janji. I janji I takkan tinggalkan you. I janji I akan besarkan anak kita sama-sama dengan you sampai dia besar. I janji. Nado sarang.
 
    JK mengangguk sambil tersenyum. Dia puas hati mendengar jawapan isterinya. Dia bersyukur Isha telah mencintainya sejak mereka berkahwin. Dia betul-betul bahagia. Dia berharap selepas ini kehidupan mereka akan bertambah baik dengan kehadiran anak pertama mereka. Berharap ! Bahagia ! Mungkin !

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience