BAB 8

Romance Completed 7002

"Dilla,bangun.Dah nak Magrib ni."Irfan mengejutkanku.Aku bangun dan mengeliat.Aduh!leganya.Aku mencapai tuala kemudian menuju ke bilik air.Setelah selesai mandi,aku keluar untuk bersiap-siap.Alamak!kenapa sejuk semacam ni?"Oh my God!!aku berkemban je,"Irfan yang membaca suratkhabar memandang ke arahku apabila mendengar suaraku.

"Don’t look!,"tapi ianya terlambat.Aku menutup muka dan ikatan tualaku terlepas.Aku cepat-cepat masuk di bawah katil untuk berselindung.

"Irfan,please ambilkan I punyer bathrobe,"aku menjerit dari bawah katil.

"Ala,u keluar la ambik sendiri.I busy la sayang!,"Kurang asam punyer laki.

"Irfan please,I sejuk ni,"aku merayu kepadanya.

"Tak nak,u ni pun nak mintak tolong mintak la baik-baik.Gunakan panggilan yang u selalu panggil I bile depan family kita,"suruhnya.

"Irfan,jangan mengngada-ngada boleh tak?i sejuk ni,"jeritku lagi.

"Sejuk?ok,u keluar sekarang.I panaskan u,"ujarnya sambil tertawa.

"Ok,ok!Abang,tolong ambikkan bathrobe kaler pink dekat almari Dilla.And then,abang tunggu kat luar ye.Dilla nak pakai baju dulu,"ujarku menahan geram.

"Kenape nak suruh abang keluar pulak?,"soalnya setelah memberikan bathrobe kepadaku.

"Tolonglah,kejap je."aku memujuknya.Dia melangkah perlahan-lahan keluar dari bilikku.Tanpa membuang masa,aku menyarung bathrobeku,mengambil baju kurung yang ingin kupakai dan berlari ke bilik air.Aku masih lagi di bilik air setelah siap berpakaian.Aku keluar dan Irfan tiada.Yes!Aku menunaikan solat dan menyisir rambutku yang masih basah.Aku ingin cepat turun ke tingkat bawah agar tidak bertembung dengan Irfan di dalam bilik.Tetapi,ternyata dia mendahuluiku.Dia masuk ke bilik sambil tersengih-sengih dan duduk di birai katil.

"Dilla,nice view!,"ujarnya sambil tersenyum-senyum.

"Really?thanks a lot,"ujarku menjeling ke arahnya.Mukaku semakin panas dek malu dengannya.Dia hanya mengangkat keningnya lalu menuju ke bilik air dan bersolat.Aku bergegas turun ke tingkat bawah setelah memakai selendang.Tetamu mulai memenuhi kawasan rumah kami.Aku menuju ke dapur untuk membantu apa-apa yang patut.Kemudian,aku duduk berbual dengan Kak Wani.

"So how?jadi isteri orang..leceh or makin bahagia.Kak Wani tengok Dilla bahagia je dengan Irfan padahal dulu beria-ia tak nak.Bila nak dapat baby ni?,"usik Kak Wani.

"Biase-biase je lah kak.Mungkin penat sikit kot coz kena masak hari-hari.Entahlah,setakat ni kami ok je.Nanti-nantilah bercerita pasal anak.Baru setahun kahwin,belum puas enjoy lagi,"jawabku menyembunyikan cerita sebenar.Kak Wani hanya mengangguk-angguk tanda setuju.Kemudian,Kak Wani meminta diri untuk menguruskan Nurul Iman,anak Kak Ally dan dia meminta bantuanku untuk menjaga Mimin.Puas aku melayan Mimin sehingga aku tidak sedar yang acara memotong jambul telah selesai.Tetamu beransur-ansur ke khemah untuk menjamu selera.Aku mula mengambil tempat di penjuru ruang tamu untuk menyuap Mimin makan.Ibu,mama,Kak Qiqi,Kak Wani,Abg Danny,Abg Sufi,aunty Rozi dan sedikit rakan-rakan ibu duduk di situ untuk menjamu selera.Aku meneruskan kerjaku menyuap Mimin.Dan tidak lama selepas itu,Irfan juga menyertai kami.

"Irfan,kamu tengok Dilla ni.Rajin betul menyuap anak sedara makan.Anak sendiri bila lagi,"ujar aunty Rahimah,jiran sebelah rumah kami.

"Anak sendiri?aunty tanyalah Dilla.Saya memang tak kisah tapi die yang tak nak dulu.Takut buncit lepas bersalin nanti,"ujarnya selamba.Hampir terlepas sudu yang ku pegang.

"Laa,kenape kamu tak nak Dilla?,"aunty Rahimah memandangku dengan pandangan pelik.Belum sempat aku menjawab aunty Rozi pula mencelah.

"Tadi aku tanye jugak,die kate tak de mase.Tak sempat nak membuat,"ujar aunty Rozi.Dan kedengaran tawa daripada mereka.Aku hanya menahan geram dengan mulutnya yang becok itu.Dan dia menyambung.

"Tadi petang Irfan kate kamu tido sebab keletihan.yeke?,"soalnya sambil tersenyum penuh makna.Aku menoleh ke arah Irfan,dia juga tersengih-sengih seperti kerang busuk.

"A’ah.Letih sangat tadi.Maklumlah,tengah datang bulan.Tu yang letih sangat tu,"ujarku pula.Muka Irfan berubah.bengang!padan muka kau,nak malukan aku lagi.

"Irfan tak makan?,"soal ibu menukar topik.Mungkin dia kasihan kepada kami yang diasak dengan soalan-soalan panas tentang anak barangkali.

"Kejap lagi lah bu.Lagipun orang rumah saye tak nak pelawa pun.Tengah bengang la katekan."ujarnya selamba.Ibuku hanya memandang kami pelik.Aku mengangkat pinggan ke dapur kerana Mimin telah selesai makan.Apabila kembali,ibu memberi isyarat agar aku menjemput Irfan makan bersama.

"Abang,jom makan sekali,"ujarku sambil tersenyum manis.Dia mengangguk dan mencapai pinggan di hadapannya lantas aku menghalang.

"Alah,makan kat luar lah.Kat dalam lauk dah tinggal sikit,"bantahku.

"A’ah Irfan.Pergilah makan kat luar,"ujar mama.Kami beriringan menuju ke khemah di luar.Setelah mengambil makanan,kami memilih untuk duduk di pondok belakang rumahku.

"Irfan,u ni memang sengaje nak malukan I ea?kenape cerita yang bukan-bukan dekat aunty Rozi tadi?,"soalku setelah kami selesai makan.

"Ape pulak?betul kan u tido tadi.Macam letih sangat.Sampai orang buat something pun u tak sedar,"katanya seraya meminum air laicinya.

"U buat ape?!,"ujarku meninggikan suara.Dia hanya menggeleng-geleng.

"Nanti I sambung kat bilik ye?Ea,I nak masuk.Banyak nyamuk la.So,see u around,"katanya sebelum pergi meninggalkanku.Hatiku semakin membara dengan sikapnya yang acuh tak acuh itu.Nak telefon Ayu lah tu!alasan…

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience