BAB 13

Romance Completed 7002

"Tahniah.Awak diterima sebagai tenaga pengajar di sini,"kata-kata yang ditujukan untukku sebulan yang lalu mengembalikan semangat untuk meneruskan hidup tanpa keluarga tercinta.

Permohonanku untuk menjadi pensyarah di Universiti Malaya dalam jurusan undang-undang diluluskan.Ini cumalah pekerjaan sambilan sementara aku masih tetap bekerja sebagai peguam di Rahman&co kini.Aku amat bersyukur kehadrat ilahi di atas rezeki ini.Kalaulah ia dapat dikongsi bersama keluarga,mesti ianya lebih seronok.Kejadian aku dihalau pada dua bulan lalu masih segar diingatan.Aku sangat rindukan ibu,ayah,seluruh keluargaku.Irfan,aku juga rindukannya.Aku sedar,sayangku terhadapnya mula bercambah sejak mengandungkan Airin.Ah!dia sudah bertunang dengan Ayu.Perkahwinan yang hampir berlangsung ketika aku meninggalkan Malaysia dibatalkan kerana bapa Ayu terlibat dalam satu kemalangan dan lumpuh.Tetapi,menurut Kak Ally perkahwinan mereka akan tetap berlangsung pada hujung tahun ini.Ibu sendiri yang akan tolong menguruskan perkahwinan mereka.Selepas kejadian aku dihalau,Kak Ally,Kak Qiqi dan Kak Wani ada bertemuku di Sunway Pyramid.Kami melepaskan rindu yang terpendam setelah lebih tiga tahun tidak bertemu.Aku tidak dapat lagi menyembunyikan perkara sebenar kepada mereka.Mereka hanya menasihatiku untuk bersabar dan terus bersabar kerana satu hari,ibu pasti menerimaku kembali.Ya,begitulah harapanku.Aku kini menyewa sebuah apartment di Damansara.Airin pula aku hantarkan ke Alice Smith International School untuk penjagaan kanak-kanak kerana bahasa pengantarnya adalah Bahasa Inggeris memandangkan dia tidak begitu fasih berbahasa Melayu.Al-maklumlah,sejak lahir menetap di US.

"Barah hati terjadi apabila sel-sel hati berubah dan menjadi malignan.Barah hati ini juga dikenali sebagai hepatoma. Ia berasal dari hati bukan hasil perebakan (metastasis). Metastasis terjadi apabila sel-sel barah yang berasal dari bahagian lain dalam tubuh manusia merebak ke bahagian hati."jelas Dr Zawiyah yang merawatku.Aku terpaku mendengar penjelasannya.Ya ALLAH!di benakku sekarang ini hanyalah tentang Airin.Siapa yang akan menjaganya selepas ini?Hatiku tergerak untuk memeriksa kesihatan setelah menyedari berat badan dan selera makanku semakin berkurang.Demamku juga tidak berkurangan.

"Apa rawatan yang boleh menyembuhkan penyakit saya,doc?,"soalku gugup.

"Apabila ketumbuhan menimbulkan gejala, pembedahan merupakan rawatan pilihan. Pembedahannya bergantung pada saiz dan kedudukan atau lokasi ketumbuhan tersebut. Ia mungkin merupakan hanya satu pembedahan kecil (reseksi) atau satu pembedahan lanjutan hepatektomi (eksisi organ hati). Bagi kes puan,ini baru peringkat pertama.Jadi,ia boleh sembuh jika ada penderma hati.Jika lambat mendapatkan penderma,puan harus bergantung pada rawatan kemoterapi untuk mematikan sel-sel kanser melainkan jika ada yang ingin menderma hati dalam masa terdekat ni,puan akan sembuh tanpa bergantung pada rawatan yang lain.Tapi,terus terang saya katakan,penderma hati memang susah dicari.Bukan bermaksud saya nak patahkan semangat puan.Tetapi,inilah kebenarannya."katanya lagi.

"Jadi,apa yang patut saya lakukan sekarang?,"soalku.

"Pihak kami akan terus berusaha untuk menemukan penderma.Same-samelah kita berdoa agar ada penderma dalam masa terdekat ni,"ujarnya sebelum aku meminta diri untuk pulang.Di kereta,aku menangis sepuas-puasnya mengenangkan nasib yang bakal Airin tempuhi jika tiada penderma dalam masa terdekat seperti yang dikatakan oleh Dr.Zawiyah.

"Dilla,my mum jemput u datang lunch kat rumah esok.U free tak?,"ujar Reeza ketika kami bertemu pada petang itu.

"Reez,I bukan tak nak.Tapi,I kena ambik Airin esok.Around 3pm."aku memberitahunya.Dia terdiam berfikir.

"Ok,kalau macam tu u datang around 1pm la.Dalam pukul 2.30 I hantar u ambik Airin.Lagipun I dah lame tak jumpe si kecik tu.Rindu pulak."dia mengatur rancangan.

"Em,kenape ur mum nak jemput I datang sane?,"soalku teragak-agak.Dia hanya tersenyum.

"Kenape?takut ke nak jumpe bakal mak mertua?,"soalnya.Hah?mak mertue?I sakit Reez!I takkan kahwin dengan u semate-mate untuk menyusahkan u.Cukuplah ape yang u dah buat untuk I dan Airin selame ni.Tetapi,ayat ini tersekat dikerongkongku.

"Reez,u jangan nak cakap bukan-bukan.Kan I dah cakap yang I tak ready nak kahwin.Lagipun,I masih isteri Irfan,"terangku.Dia hanya mengeluh.

"Ok.Ok..I faham.Tapi my mum just nak jumpe dengan orang yang bertakhta di hati I selama ni."ujarnya memujuk.Aku hanya mengangguk tanda bersetuju.

"Oh,so nilah perempuan yang Reeza sibuk kejarkan selama ni?,"ujar Puan Sri Radiah sinis sebaik sahaja selesai makan tengahari.

"Mummy,Reeza dah bercadang nak meminang Dilla.Tapi,bukan sekarang.Maybe 2 atau 3 bulan lagi.Ape pendapat mummy?,"Reeza berkata sambil memandangku.Aku yang terkejut memandangnya meminta penjelasan.Tetapi,dia hanya berpura-pura tidak mengerti.

"What?Are u out of your mind?Reeza nak kahwin dengan jande anak 1 ni?padahal mummy dah banyak temukan Reeza dengan anak-anak kenalan mummy.Ape kurangnya mereka dan ape lebihnya perempuan ni?!,"Pn Sri Radiah menengking Reeza.

"Mummy,ape cakap macam ni depan Dilla.Tak baik la,"Reeza berkata sambil serba salah memandangku.

"Tak betul ke ape yang mummy cakap hah?die yang buat Reeza menderita 5 tahun dulu.Reeza nak lagi terime die?Kalau 5 tahun dulu,maybe I can accept her..But,sekarang dah terlambat.Mummy tak boleh terime ape yang die dah buat pada Reeza selame ni.Sampai susut badan kamu menderita!!,"ujarnya bersungguh-sungguh.Aku semakin tidak selesa berada di situ memerhatikan dua beranak yang bertelingkah tentangku.

"Kan Reeza dah explain tentang hal ni.Dilla dipakse kahwin dengan lelaki lain.Reeza tahu Dilla cintakan Reeza.I can’t live without her,"jelas Reeza.Pn Sri Radiah hanya mendengus.

"Reeza,kenape kamu jadi bodoh sangat hah?Kalau terpakse,kenape sampai boleh keluar anak dengan laki die tu?Ke anak die tu anak kamu jugak?,"cerlangnya lagi.Aku sebak,sekali lagi status Airin dipertikaikan.

"Mummy!Sampai hati mummy layan tetamu kite macam ni.Kalau Reeza tahu begini jadinya,Reeza tak bawak Dilla datang ke sini!,"Reeza meninggikan suare.

"Hah!kamu cerminlah diri kamu tu!sejak bercinte dengan die ni,kamu makin kurang ajar.Sedarlah sikit Reeza!,"ujar mummynya seraya memandang ke arahku.

"Aunty,Reeza tak salah.Jangan marahkan dia.Actually,saya tak tahu menahu tentang hal pinang meminang ni.Saya pun tak bersedia nak berkahwin lagi.So,ni cume salah faham je.Saya minta diri dulu la.Nak kena ambik anak saya.Anyway,terima kasih atas jemputan ni.Assalamualaikum,"ujarku seraya menghulurkan salam.Tetapi,sambutan hanya di hujung jari.

"Dilla,wait!I hantarkan u,"jerit Reeza.

"I am sorry.I tak sangke yang my mum akan cakap macam tu kat u.Kalau I tahu,kite tak payah datang pun takpe,"ujarnya sedikit kesal.

"Reeza,I ni bukannya ape.Tapi,ape yang your mum cakap tu betul.Kite memang tak sesuai.U bujang,kalau u nak kite nak kahwin,status I sebagai jande ade anak satu akan dipertikai.Macam langit dengan bumi,"ujarku memandangnya yang sedang memandu.

"What are u trying to say?,"ujarnya memandangku.Aku serba salah.

"As a mother,your mum mesti nak yang terbaik untuk diri u.I berani cakap macam ni because I pun seorang ibu.So,I tahu perasaan seorang ibu.Sentiase nakkan yang terbaik untuk anak die."aku berhenti seketika.

"So,baik u lupekan hasrat untuk meminang i.U deserve better than me,"sambungku.Dia merenungku tajam buat pertama kalinya.Ya,buat pertama kalinya sejak kami berkenalan..

"Dilla,u jangan nak jadikan ni sebagai alasan untuk berpisah dengan i.I love u so much.U tahu tu,kan?,"katanya.

"I am sorry but sekarang ni I tak terfikir pun nak berkahwin lagi.Hidup dan mati I hanya untuk Airin.I am sorry Reeza."kataku payah."Lagipun I sakit,I cuma akan membebankan u je,"bisikku.

"Dilla,sampai hati u buat I macam ni.Takkan u sanggup nak kecewakan I buat kali kedua?,"Reeza berkata sayu.Sebak hatiku mendengarnya.Ya!aku memang kejam..

"Tinggalkan I Reeza,lupakan I,"pintaku.

"No!!!,"jeritnya.Kecut perutku dicampur dengan kelajuan keretanya yang bertambah.

"Tinggalkan I,"ujarku lagi.

"No!!!,"jeritan Reeza semakin menggila.Airmataku hampir mengalir.Maafkan I Reeza!

"Tinggalkan I,lupakan i!!!,"jeritku pula.

"Ok,fine kalau tu yang u nak!,"jeritnya.Dia memandu dengan kelajuan yang tinggi dan hati yang tak menentu.Hatiku semakin kecut.Aku lihat airmatanya mengalir deras.Di persimpangan jalan,

"Reeza.Careful!ada lori!,"jeritku sebaik terpandangkan sebuah lori yang laju semakin hampir untuk melanggar kereta yang kami naiki.

"Semua ni salah kau.Aku tak sangke kau punce segalanya!Sampai hati kau buat anak aku macam ni!,"jeritan wanita itu menyedarkanku.Aku bingkas bangun.Wajah-wajah asing itu melihat ke arahku.Siapa mereka?Aku di mana?

"Maria,awak ni dekat hospital pun nak menjerit-jerit.Sampai Dilla pun terbangun.Hish!tak paham saya dengan perangai awak!,"lelaki di sebelahnya pula bersuara seraya mereka semua mara ke arahku.

"Dilla macam mane?dah ok?Maafkan ibu sayang,"wanita itu memelukku.Aku hanya terpinga-pinga.Siapa wanita ini?siapa Dilla?

"Mak cik siape?Siape Dilla?,"aku bertanya ragu-ragu.Mereka semua kelihatan terkejut dengan soalanku.

"Dilla tak kenal ke kami semua?Ni Kak Ally,akak Dilla..Dilla tak ingat ke,dik?ujar wanita cantik itu bersuara.Kak Ally?siape ni??Aku hanya menggeleng-geleng.

"Ya ALLAH!anak kite bang.Kenape dengan Dilla ni?Die tak kenal kite lagi,"wanita yang menjerit-jerit itu meraung di bahu lelaki yang memarahinya sebentar tadi.Aku semakin tidak mengerti.

"Maaf semua,saya letih.Saya nak berehat."aku berkata sebelum terlelap di situ.Kepalaku terasa berdenyut-denyut.

Sudah sebulan aku di bawa ke rumah besar ini.Jauh perjalanan dari hospital aku ditempatkan itu.Aku melihat wanita itu sedang menangis sejadah.Sebulan di sini,begitulah rutinnya.Dia akan masuk ke bilikku ini untuk menyuapkan makanan,membantuku mandi,menukar pakaianku dan segalanya.Dia memperkenalkan dirinya sebagai ibu.Dia menyuruh aku memanggilnya dengan paggilan itu.Aku juga diperkenalkan dengan banyak lagi nama antaranya ayah, Abg Danny,Kak Wani,Kak Qiqi,Abg Sufi,Kak Ally,Abg Shah,Airin,mama dan papa.Oh ya!ada lagi..Irfan.Lelaki kacak itu sering datang ke sini untuk melawatku tetapi tidak lama.Irfan juga sesekali menggantikan tugasan ibu.

"Ibu,what’s wrong with u.I miss u,"kanak-kanak yang dipanggil Airin bersuara sambil melentokkan kepala di bahuku.Hish!budak ni memang selalu macam ni.Rimas aku di buatnya.Aku hanya memandangnya kosong.

"Airin,jangan kacau ibu.Let her take a rest,"ibu pula bersuara.ibu?hish!tak biase aku!

"But I miss her laugh,smile.She’s like a stranger.Airin nak ibu yang dulu,"anak itu petah bersuara.

"Ibu tengah sakit tu.Tak lama lagi ok la,"ibu memujuknya.

"Jom nenek bawa Airin turun.Main dengan Mimin,Jaja dengan Iman ya?,"sambung ibu sambil memimpin tangan Airin.

"Ibu turun kejap ya,Dilla?Dilla rehat lah dulu,"ujar ibu sambil menutup pintu bilikku.

Aku yang bosan terperap di bilik ini memutuskan untuk bersiar-siar di kolam ikan di tingkat bawah.Ketika di tangga aku terdengar bunyi bising.

"Maafkan saya,ibu.Saya mengaku memang semua salah saya,"kedengaran suara Irfan.

"Sedar pun kau!Kenape tak beritahu aku dari dulu lagi hah?sampai aku halau die masa die balik sini dulu.Sanggup aku nak tolong kau punye persandingan dengan Ayu!!Aku betul-betul ingat Dilla yang salah!,"suara ibuku lantang.Mereka berbicara tentangku?Ibu selalu memanggilku Dilla.

"Dahlah Maria,jangan marah-marah lagi.Kang tak memasal awal punye darah tinggi melambung naik pulak."nasihat ayah perlahan.

"Mama pun tak sangke yang Irfan sanggup buat Dilla macam tu.Irfan betul-betul dah malukan mama dengan papa!Kami betul-betul ingat Dilla yang tinggalkan kamu,"ujar mama pula.

"Kamu memang betul-betul melampau Irfan!Papa malu dengan sikap tak bertanggungjawab kamu ni!Sampaikan isteri terpakse melahirkan anak sorang-sorang mengenangkan idea gile kamu nak berkahwin dengan Ayu tu.Papa memang dari dulu tak berkenan dengan budak tu,"papa bersuara setelah menjadi pemerhati.

"Irfan sanggup lakukan ape je untuk tebus kesalahan Irfan selama ni.Dilla masih isteri Irfan dan Irfan pun masih sayangkan die,"Irfan berkata perlahan.Aku isteri Irfan?

"Kamu bela Dilla.Mulakan hidup baru dengan die,"ujar ayah.

"Kenape pulak.Saye ade untuk jage Dilla.Kenape tibe-tibe nak suruh die jage Dilla?Sebab Ayu dah tinggalkan die.Macam tu?Saya nak die ceraikan Dilla lepas Dilla sembuh nanti.Die tak layak jadi suami die lagi,"suara ibu kendengaran lagi.

"Astagrafirullahalzim!Maria,awak sedar tak ape yang awak cakap ni?Tak baik rutuhkan masjid anak-anak kite ni.Berilah mereka peluang berbaik-baik.Kite sebagai orang tue patut bagi sokongan,bukan mengeruhkan lagi keadaan,"ayah menasihati ibu.

"Ibu,Irfan sedar memang Irfan yang bersalah dalam hal ni.Tapi,berilah satu peluang untuk Irfan tebus kesalahan yang lepas untuk we all mulakan hidup baru.Lagipun,Irfan betul-betul sayangkan Dilla,"rayu Irfan.

"Maria,berilah Irfan peluang.Biar mereka mulakan hidup baru.Lagipun,diorang dah ade anak bersama.Awak tak kesian ke tengok Airin tu?,"pujuk mama.Aku lihat ibu menangis sambil memeluk mama.Hah?Airin anak aku?Irfan suami aku?Aku betul-betul tak dapat ingat.Semuanya kabur.

"Saya tak nak Dilla dipersiakan lagi.Itu je,"ibuku bersuara dalam sendu.Mama yang turut mengalirkan airmata mengangguk-angguk.Aku membatalkan hasratku untuk bersiar-siar dan kembali semula ke bilik.

"Dilla,Laila nak jumpe.Laila ni kawan Dilla mase study kat UK dulu,"ibu masuk ke bilikku bersama seorang wanita hitam manis yang berambut panjang.Wanita yang bernama Laila itu tersenyum kepadaku.

"Ibu keluar dulu ya?Dilla berbual-buallah dengan Laila.Mungkin boleh kembalikan ingatan kamu,"ibu mengusap bahuku sebelum meninggalkan kami.

"How are u Sandra?,"ujar wanita itu sambil menghulurkan salam.Aku menyambutnya teragak-agak.Sandra?sape Sandra?Ah!pedulilah.

"Alhamdulillah,sihat.Maaf,tapi saye tak ingat sape awak."ujarku memandangnya.

"Takpe,I faham.U akan sembuh tak lama lagi.Sabarlah,"katanya perlahan.Riak wajahnya kelihatan mendung.

"Tapi saya dah tak tahan macam ni.Menjalani hidup tanpa kehidupan masa lalu.Saya terseksa."aku berkata pula.

"Kami semua akan bantu u Sandra.Don’t worry.Just relax.Banyakkan berdoa.Ni I ade bawak gambar mase kite study dulu,"ujarnya sambil membuka album.Dia bercerita tentang kenangan-kenangan masa kami di UK dahulu.Menurutnya,aku mengambil jurusan undang-undang.Dia pula sebagai pelajar perubatan.Nazril,Julie,Zack dan banyak lagi nama yang meniti dibibirnya.Malangnya,satu pun tidak membantu ingatanku.Tiba-tiba,aku terpandangkan satu gambarku bersama seorang lelaki putih dan bermata sepet.Ia menarik perhatianku.

"Ni saye kan?Siape lelaki ni?,"aku menunjuk ke arah gambar itu

"Oh,gambar ni I yang tangkap mase kite holiday dekat Los Angeles dulu.Lelaki tu Ameer.Kawan kite jugak.U ingat die?,"soalnya.Aku lihat airmatanya mengalir.

"Kenape awak nangis,Laila?,"soalku pelik.Salahkah aku bertanya tentang gambar itu?

"Nothing.I cume rindukan kenangan kite dengan kawan-kawan dulu.Sebab tulah,u kena cepat sembuh.Boleh kite buat reunion.Rindu nak jumpe balik,"ujarnya tersenyum tawar.

"Sandra,I datang ni sebab nak minta maaf dengan u sebab I tak simpan rahsia about u dengan Airin.I terpakse.I tak sanggup tengok ibu u bencikan u lagi.Lagipun,kenape u berahsie dengan I tentang penyakit u.Kitekan dah janji,no secret between us.Tapi kenape u buat macam ni?,"soalnya dalam sendu.Aku hanya terpinga-pinga.Rahsia ape?Aku sakit ape?

"I yang bagitau ibu u yang Airin tu anak Irfan.Maafkan i.Tapi I terpakse."ujarnya lagi.Aku semakin bingung

"Maaf,tapi saye tak ingat pape dan tak faham ape yang awak cakap."kataku.Dia mengesat airmatanya menggunakan tisu.

"Nevermind.I faham.U need time to recover. Sandra,I mintak diri dulu.I ade kerja sikit.I doakan u cepat sembuh.I pergi dulu ya.Take care."ujarnya memelukku dan aku menghantarnya sehingga ke muka pintu bilikku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience