BAB 10

Romance Completed 7002

Aku bersiap-siap ala kadar dengan mengenakan dress hitam dan juga rantai labuh yang kubeli ketika bercuti ke Pulau Langkawi dahulu.Tidak lupa juga semburan Envy Me kegemaranku..Aku sengaja tidak mahu menyembur haruman Flight of Fancy,takut Reeza tak dapat tido pula macam yang berlaku di Pulau Langkawi ketika kami bercuti.Geli hatiku memikirkan tentang itu.

Aku dapat merasakan sepasang mata tajam merenungku sebaik sahaja aku dan Reeza melangkah ke dalam Restoran Tarbush.Dan..renungan itu semakin hampir..Irfan!ape die buat kat sini?Lantas aku melepaskan pegangan tangan Reeza.Kami terus duduk di sebuah meja yang terletak berdekatan dengan sebuah piano setelah ditunjukkan oleh pelayan di situ.Irfan masih lagi merenungku.Dia duduk semeja dengan dua orang lelaki.Mereka kelihatan rancak berbual tetapi tidak Irfan.Dia hanya mendiamkan diri.Hatiku mula berdebar-debar memikirkan apa yang bakal berlaku apabila kami pulang ke rumah nanti.Tapi aku tak marah pun die kuar dengan Ayu?Ala,lantaklah!Setelah pesanan tiba,aku hanya makan dengan sedikit sahaja kerana nasi beriyani yang kupesan seolah-olah tawar tak terasa.Irfan dan dua orang lelaki itu mula mengatur langkah untuk keluar dari restoran.Setelah siap makan,aku mengajak Reeza pulang kerana dengan memberi alasan yang aku sangat letih.

"Muka u nampak pucat.Why?u tak sihat ke?,"ujar Reeza ketika menghantarku ke kereta.

"No lah.I letih sikit.Tadi banyak kerja kat ofis.Banyak sangat kes masuk minggu ni,"ujarku memberi alasan.Kemudian aku meminta diri untuk pulang.Aku memecut Peugeot 207 milikku untuk pulang ke rumah.

Takde orang pun.Die belum balik lagilah tu.Aku menuju ke bilik dan terus mandi.Melekit badanku walhal sebelum keluar aku dah mandi.Setelah habis mandi,aku keluar dengan memakai bathrobeku.

"Irfan,kenape u masuk bilik I ni?,"ujarku terkejut melihatnya sedang duduk merenungku di sofa yang berhadapan dengan meja solek.

"U keluar dengan siape tadi?,"suaranya kedengaran perlahan.Tetapi,hatiku semakin kencang melihatkan renungan matanya yang tajam menikam anak mataku.

"Irfan,keluarlah.I nak pakai baju ni.Lepas ni baru cakap boleh tak?U tunggu kat luar dulu,"ujarku.

"I tanye u keluar dengan siape tadi hah?!!siap berpegang tangan lagi.U sedar tak yang u tu isteri orang.I ni suami u tau.Bukan tunggul kayu!siape yang izinkan u keluar dengan lelaki lain ni?,"suaranya mula memetir.Aku yang terkejut mula mengambil baju untuk ke kamar mandi.Tetapi,tangannya sempat menarikku.

"U nak pergi mane pulak ni?u belum jawab lagi soalan i.Sape lelaki dengan u tadi tu?,"soalnya sambil mencengkam pergelangan tanganku.Suaranya mulai kendur.

"Lepaslah,ea sakit la.U ni kenape?kenape nak marah-marah ni.Die kawan I mase study kat UK dulu.Kenape u sibuk sangat ni?u keluar dengan Ayu I tak pernah bising pun,"tempelakku.

"Oh,kawan?pegang tangan macam orang tengah bercinte tu u panggil kawan?I ni lelaki,so I can do whatever I want to.Tapi u tu isteri i.Jagelah name baik I sikit.Die lelaki yang holiday dengan u kat Langkawi tu,kan?!!,"suaranya kembali memetir.

"U dah lupe ke perjanjian kite sebelum kahwin dulu?kite buat hal masing-masing kan.So,it’s up to me kalau I nak keluar dengan sesiapapun!Lagipun,kite ni bukan macam pasangan lain.Kite tak sempurna macam pasangan lain.Sedarlah sikit Irfan!!,"aku mula hilang sabar.

"Oh..Ok!!fine if tu yang boleh ikat u.Malam ni jugak,I jadikan kite pasangan sempurna.Kalau itu yang u nak!,"ujarnya seraya menolakku ke atas katil.Bathrobe yang kupakai hampir tertanggal.

"Irfan,sedarlah!jangan pakse i.I am not ready for this.Please don’t hurt me,"ujarku menolak dadanya yang mula menghampiriku.Tetapi,kudrat wanitaku ternyata tidak dapat menandinginya.Aku akhirnya hanya mampu menyerah dan tertidur dengan airmata yang berlinangan.

Aku tersedar pada jam 6.30 pagi.Irfan sudah tiada disisiku.Aku berjalan perlahan-lahan menuju ke bilik air untuk membersihkan tubuh badanku yang sudah tercemar ini.Selesai bersolat,aku mula membuka cadar katilku untuk membasuhnya.Terpandangkan sesuatu di situ membuatkan airmataku kembali berlinangan.Setelah itu,aku ke dapur untuk menyediakan sarapan.Aku harus keluar awal kerana harus ke Palace of Justice,Putrajaya.Setelah bersiap-siap,aku menuju ke keretaku untuk bertolak.Tetapi,aku hampa kerana enjin keretaku tidak dapat dihidupkan.Aku melihat jam tanganku,jarum menunjukkan jam 8 pg.Ini bermakna aku ada 45 minit lagi untuk tiba di sana.Aku lantas mengeluarkan telefon bimbitku untuk menelefon teksi.Tidak sampai 10 minit,teksi tiba dan aku pantas mengeluarkan fail-fail dan briefcaseku dari kereta.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience