BAB 11

Romance Completed 7002

Aku lega setelah semua kes telah selesai.Fina,ketuaku mula keluar dari perkarangan mahkamah.

"Dilla,u tak balik lagi ke?where's ur car?,"soalnya sambil melilau ke tempat parking.

"Kerete I buat hal harini.Tak boleh start,"ujarku.

"Nak I tumpangkan?,"Telefonku berdering menandakan mesej masuk.

Dilla,tak kerje ke?kenape ur car ade kat tempat parking tadi?

Irfan?nak ape lagi ntah!tak puas lagi ke setelah ape yang die dah buat semalam?

"Em,nevermind Fina.My husband ambik kejap lagi,"bohongku.

"Ok,see u tomorrow,"ujarnya sebelum berlalu meninggalkanku.Aduh!macam mane ni?kat sini susah nak dapat teksi.Jam menunjukkan pukul 5.45 petang.Tiba-tiba telefonku berdering.Hish!nak ape lagi lah Irfan ni?

"Hello,"ujarku menjawab panggilannya.

"Hello,Dilla.U kat mane?Kenape tak bawak kereta tadi?,"soalnya.

"I kat court Putrajaya ni.Kereta rosak.Tak boleh start,"jawabku malas.

"So,u balik macam mane ni?,"soalnya lagi.

"Tak tau lagi.I baru nak call teksi,"aku berkata acuh tidak acuh.

"Tak payahlah,I ambik u.U tunggu tau.Kebetulan I dekat area Putrajaya jugak ni,"ujarnya sebelum memutuskan talian.Aku hanya menunggunya di satu bangku yang terdapat di situ.Tidak lama selepas itu,Nissan Muranonya tiba dan aku lantas menaiki keretanya.Kami hanya mendiamkan diri melayani perasaan masing-masing.Aku malu untuk berbicara dengannya mengenangkan kejadian malam tadi.

"Dilla,are u ok?u demam ke?,"soalnya sambil tangannya diletakkan di dahiku.Aku pantas menolak tangannya.

"Kenape u ni?u tengah bawak kereta kan?so,tak payahlah nak pegang-pegang I.I tak pape.Cume penat je,"ujarku.

"I risau je sebab muke u nampak pucat.Penat sangat ke?Em,ingatkan dah ok,"soalnya sambil tersenyum penum makna.Aku hanya menjeling dan melemparkan pandangan ke jalan raya.

Setelah tiba di rumah,aku menuju ke dapur untuk minum air.Setelah itu,aku menukar pakaian dan menonton televisyen di ruang tamu.Grey's Anatomy!rancangan kegemaranku..Aku baring di sofa yang berhadapan dengan peti televisyen.Irfan keluar dari bilik dan menuju ke sofa tempatku berbaring.Aku lantas bangun khuatir jika dia melakukan sesuatu di luar dugaan.

"U minat ke tengok cerite ni?I dulu mase study pun selalu tengok Grey's Anatomy,"ujarnya setelah melabuhkan punggung di sebelahku.Kata-katanya kubiarkan seperti angin yang lalu.

"Dilla,I am really sorry about last night,"dia menarik bahuku untuk memandangnya.Tetapi,aku pantas memalingkan mukaku ke arah televisyen.

"Senangnye?,"ujarku sinis.Dia hanya mengeluh.

"I betul-betul tak sedar sebab I tengah marah semalam,"jelasnya.

"So,kalau I maafkan u,u boleh ke kembalikan keadaan I macam dulu?,"soalku lagi.

"I janji yang I akan bertanggungjawab and buat ape je yang u suruh lepas ni.Asalkan u jangan marah lagi.I rase bersalah sangat,"rayunya.

"Em,dahlah Reez,forget it!i letih la nak bertekak dengan u,"ujarku sambil menumpukan perhatian ke peti televisyen.

"Reez?sape Reez?,"soal Irfan terpinga-pinga

"Reez?i cakap Reez ke?Em,I tersalah panggil lah tu.Ok lah,I nak masuk dulu.Kejap lagi nak masak lagi.Nak rehat kejap,"ujarku ingin berlalu setelah drama yang kutonton telah habis.

"Kalau penat u tak payahlah masak.Kite makan kat luar je,"kata Irfan.Aku hanya tersenyum dan berlalu."Reez?lelaki semalam ke?,"bisik Irfan.Api cemburunya mambara tiba-tiba apabila terkenangkan isteri yang baru dimiliki berpegangan tangan dengan lelaki lain.

Pagi ini,aku dan Irfan bertolak pulang ke Johor Bahru untuk menghadiri majlis perkahwinan sepupuku,Ariff.Selepas majlis tersebut,aku akan terus tinggal di rumah ibuku kerana Irfan harus menghadiri seminar di Singapura selama seminggu.Aku yang terlelap ketika di dalam perjalanan tersedar apabila dikejutkan oleh Irfan untuk singgah makan tengah hari di restoran jejantas Ayer Keroh.Kami melangkah menuju ke a&w.Irfan memesan burger dan aku hanya memilih onion ring itupun aku hanya menyentuhnya sedikit sahaja kerana tidak berselera untuk makan.

"Kenape u tak makan tadi?tak sedap ke?,"soalnya kepadaku.Aku hanya menggeleng.

"I pening kepala la.Takde selera,"ujarku sambil meneguk air mineral untuk makan panadol.

"Tak bagus kalau selalu makan panadol tau.Nanti sampai JB kite pergi klinik lah.Muke u pun pucat tu,"ujarnya ketika kami meneruskan perjalanan.

Tepat pukul 4 petang,kami tiba di rumahku.Suasana riuh rendah di dalam rumah.Kelihatan Mimin sedang bergurau senda dengan Jaja.Kak Ally dan Kak Qiqi juga ada di situ.Kami bersalaman dan aku meminta diri untuk berehat di dalam bilik.Aku menyegarkan tubuh dengan mandi.Setelah selesai,aku keluar untuk mengambil bajuku dan kembali setelah berpakaian.Irfan yang sedang berbaring di katil bingkas bangun dan tersenyum.

"U ni buat susah-susah je salin baju dekat toilet.Kan senang kalau salin kat luar je,"ujarnya sambil melihatku.Aku hanya mendiamkan diri dan mengeringkan rambutku yang masih basah.

"Lagipun,I bukannya tak pernah nampak pun,"tambahnya lagi sambil tersengih-sengih.

"Gatalnye u ni.Tak padan tue,"jeritku ke arahnya yang menuju ke bilik air.

"Tue tue pun,husband u jugak,"laungnya dari dalam.

Selepas makan malam,aku berlari ke bilik air untuk memuntahkan semua isi perutku.Ini merupakan kali keenam aku berulang alik untuk muntah.

"Dilla,kenape ni?salah makan ke?,"soal ibu.Aku yang lemah hanya mendiamkan diri.Terasa perit dikerongkongku.

"Bik Nur!tolong ambilkan air suam,"pinta ibuku.Ibu menyuruh Abang Danny mendukungku ke tingkat atas untuk berehat.Tetapi,separuh perjalanan aku minta diturunkan dan berlari ke bilikku untuk mengeluarkan isi perut yang menjolok anak tekak.

"Dilla,are u ok?,"ujar abang Danny sambil mengusap-usap belakangku.Aku hanya mengangguk-angguk.Ibu dan Kak Qiqi juga masuk ke bilik untuk melihatku.Ibu mengurut-urut tengkukku dengan minyak angin.Tidak lama kemudian,Irfan pulang dari mencuci kereta.Dia terkejut kerana mereka semua ada di bilik kami.

"Kenape ni?,"soalnya setelah duduk di birai katil.

"Ntahlah,tadi die muntah-muntah.Risau ibu tengok.Tak pernah pulak die lemah macam ni,"jelas ibu.

"Dilla pergi bersiap lah.Abang bawak pergi klinik.Die memang dari tadi nampak tak sihat,bu.Dari tadi Irfan nak bawak die tak nak."adu Irfan.

"Tak pelah.Maybe masuk angin sebab Dilla tak makan dari tadi.Dilla cume nak tido je.Nanti bangun hilanglah,"ujarku.

"Mungkin jugak.Em,tak pelah.Dilla tido dulu.Lagipun dah malam ni,tak bagus berembun.Nanti ibu buatkan teh halia.Biar keluar semua angin dalam badan tu,"ujar ibu sambil berlalu keluar.Aku pula terus terlelap kerana badanku terasa amat letih dan lemah sekali.

"Congratulation,u pregnant!,"ujar doktor cina di hadapanku.Bagaikan terhenti seketika waktu bergerak.Tanganku terketar-ketar mendengar setiap patah perkataan yang keluar dari mulut doktor itu.Aku sedaya upaya melemparkan senyuman sebelum keluar untuk mengambil ubat.

Ya Allah!ape yang harus aku lakukan?Bagaimana aku hendak menunaikan janjiku terhadap Reeza yang masih menantiku?Pelbagai persoalan menerjah mindaku.Adakah aku harus berterus-terang dengan Irfan?

"Ya,aku harus.Ini anak die!,"nekadku.Aku mencapai telefon bimbit untuk menelefon Irfan.

"Hello,Fan.U kat mane.I nak jumpe u sekarang.Ade hal penting,"ujarku sebaik sahaje panggilan dijawab.

"I tak boleh sekarang.I kene buat emergency operation.Cakap malam ni jelah.I have to go now!see u later ya,"ujarnya sebelum mematikan talian.Aku tidak tahu harus berbuat apa.Irfan dengan Ayu macam mana?

Telefonku berdering ketika aku menonton televisyen malam itu.Mesej masuk.

Dilla,sorry x dapat balik awal.Ayu ajak I pergi tengok wayang.Em,nanti kalau sempat kite bercakap malam ni ye.I pun tak sabar nak tau ape yang u nak cakap tu.Ok la,I have to go now.Bye!

Hatiku berbelah bahagi."Dia cintakan Ayu,nak ke dier bertanggungjawab?,"bisikku.Kandunganku sudah berusia 3 bulan.Jika dibiarkan,pasti ia akan membesar.Irfan masih belum pulang ketika jam 11.45 malam.Aku akhirnya berlalu ke bilik kerana sudah mengantuk.

"Dilla,semalam I balik lambat.U nak cakap ape dengan I.I pun ada hal nak cakap dengan u,"soal Irfan ketika kami sedang bersarapan pada keesokan harinya.

"Em,takpe.U nak cakap pe?bagitau la dulu."soalku pula.Dia meneguk air teh sebelum menyambung percakapannya.

"Semalam I keluar dengan Ayu.Dia dah mendesak ajak I kahwin.Parents die pun dah bising.Die kate kalau I tak masuk meminang juga,parents die nak kahwinkan die dengan orang lain"katanya.Dia menarik nafas sedalamnya sebelum menyambung.

"So,I just nak cakap yang Ayu bakal jadi isteri i,"ujarnya satu persatu.Aku semakin tidak keruan mendengarkan katanya ini.

"I tak tahu nak cakap ape.I tak pernah terfikir pun yang u akan madukan I,"jawabku.Dia hanya merenungku dan tersenyum sinis.

"Kenape pulak?Kan sebelum kahwin I dah beritahu u yang kite buat hal masing-masing,"jelasnya.Hampir menitis airmataku mendengarkan kata-katanya.Kalau begitu,kenapa harus terjadi perkara ini?anak yang kukandung ini?.

"Em,kalau I kate tak boleh macam mane?,"dugaku.

"Dilla,u tak boleh terlalu selfish.U tau I tak cintakan u,habis takkan u nak seksa I macam ni,"mukanya muka tegang mendengar kata-kataku.

"Em,kalau macam tu,macam mane dengan parents kite?,"soalku.

"Nantilah I fikirkan.Selepas kahwin,Ayu juga akan tinggal kat sini.Hope u don't mind,"katanya sebelum berlalu keluar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience