BAB 14

Romance Completed 7002

Aku merenung wajah comel di pangkuanku.Sebijik wajah ayahnya.Aku tersenyum bahagia.

"Sayang,terime kasih sebab bagi abang Armand Danish.Abang bahagie sangat,"Irfan mengucup pipiku.

"Dilla pun.Muke Armand sebijik macam abang kan?penat-penat Dilla melahirkan.Tup tup muke macam abang.Airin pun macam tu."ujarku manja.

"Anak ayah.Biaselah tu.Lagipun kan abang yang jage Dilla mase tengah pregnant dulu.Mestilah baby ikut muke abang,"Irfan mencuit hidungku.

"Mase Dilla mengandungkan Airin dulu,abang jagekan juga ea?Mane lagi teruk morning sickness yang Dilla kena?Mase pregnant Airin ke Armand?,"soalku ingin tahu.Riak wajah Irfan berubah.

"Dilla,kitekan dah janji tak nak cakap pasal hal lame lagi.Abang nak kite tumpukan pade masa depan,bukan mase lalu,"ujar Irfan.

"Ala,tanye tu pun tak boleh.Malaslah nak layan abang,"ujarku berpura-pura merajuk.

"Ala,merajuklah tu.Dah ade 2 anak pun nak merajuk lagi.Abang bukan ape,nanti kalau fikirkan masa lampau kepala Dilla jugak yang pening nanti.Hah,mase tu sape yang susah?Abang jugak,"katanya sambil mengusap rambutku.

"Yela,yela.Abang ni kenape lagi kat sini?Tak kerja ke?,"soalku.

"Macam tak nak pergi je.Rindu nak tinggalkan Dilla kat rumah,"usiknya.

"Hish!mengada-ngada betullah abang ni.Cepatlah sikit,nanti Airin terlambat pergi tadika,"aku berkata sambil menyalam tangannya.Dia tersenyum sambil mengucup Armand dan juga dahiku sebelum berlalu.Aku tersenyum bahagia walaupun masih belum mengingati kehidupan lampauku.Kami kini menetap di Taman Tun Dr.Ismail.Airin yang berusia 4 tahun itu kini bersekolah di International School of Kuala Lumpur.Selalunya,Irfan yang akan menghantarnya sebelum ke hospital tempatnya bekerja.Aku pula bekerja sebagai pensyarah sepenuh masa di UM.Aku tidak menyangka ilmu ketikaku belajar tidak terjejas seperti ingatan terhadap kehidupanku.Aku yang masih dalam pantang ini hanya dinasihatkan berehat.Irfan memang selalu memanjakanku.Aku seadanya menerima diriku sebagai Zadilla Sandra.Aku bahagia dengan kehidupanku kini.

"Amboi Dilla,dulu tak nak ade anak.Sekarang dah dua anak kamu,"seorang kenalan ibu yang bernama aunty Rozi bersuare.

"Dulu saye taknak anak ke aunty?Mungkin tak ready lagi kot dulu.Sekarang saye memang dah gembira jadi ibu."ujarku ketika majlis potong jambul Armand selepas aku habis pantang hampir selesai di Johor Bahru.

"Kami lah orang yang paling bahagie Rozi.Kan Zu?,"ibu mencelah.Mama juga tersenyum.

"Baguslah.Senang hati aku mendengarnya.Dulu,aku risau jugak si Dilla ni mandul.Tapi,sekarang tak lagi.Anak kau memang normal Maria,"dia membalas sambil menggendong Armand.Serentak,Irfan datang kepadaku ketika itu.

"Dilla nak makan tak?Abang ambikkan."dia bertanya sambil memandangku.

"Kejap lagilah.Airin mana bang?Die dah makan belum?,"soalku.

"Dah,abang dah suapkan die tadi.Die tengan main kat luar.Dengan Iman.Dilla makan lah sikit,dari tadi perut kosong.Nak abang suapkan jugak ke?,"usiknya.Aku menyiku tangannya.Dia hanya tersengih-sengih.

"Amboi Irfan,romantiknya.Dah ade anak pun nak bersuap-suap lagi.Dulu,takut sangat tak dapat bermanja-manja kalau ade anak.Sekarang tak lagilah,ya?,"soal aunty Rozi.

"Takkan tak boleh suap-suap kalau ade anak.Kalau aunty nak tau,Dilla ni cepat merajuk kalau tak dapat bermanje dengan saye.Kat sini,memanglah die malu,"ujarnya lagi.Aku hanya membulatkan mataku kepadanya.Mereka yang ada di situ hanya tertawa melihat kami.

"Ibu,nak ayam tu,"pinta Airin ketika kami bersarapan keesokan harinya.

"Ibu jauh tu,Qistina tolong hulurkan ayam tu,"ujar ibuku.Kak Qiqi meletakkan seketul ayam goreng di pinggan Airin.

"Thanks aunty Qis,"ujarnya.

"U’re welcome sayang,"ujar kak Qiqi.

"Kamu bila nak balik Dilla?,"Kak Wani bertanya kepadaku.

"Maybe esok kot.Kan bang?,"Irfan yang sedang makan hanya mengangguk-angguk.

"Boring la,luse dah nak start keje.Dah lame tak cuti.Ape kate kite pergi holiday same-same nak?Satu keluarge?,"usul Kak Ally.

"Bagus jugak tu.Kite pun dah lame tak holiday.Nak pergi mane?,"ayah yang tertarik dengan idea Kak Ally bertanya.

"Dekat tempat-tempat yang ade Disneyland lah.Budak-budak ni pun tak lah boring sangat,"ujar Abang Sufi pula.

"Disneyland?Bestnya.Ibu,ibu ingat tak mase kite holiday dengan papa dekat Disneyland Tokyo dulu.I am really enjoyed the holiday.Airin pun dah lame tak jumpe papa,I miss him.Ibu tak rindu papa ke?,"soalnya petah.Papa?baru pertama kali aku mendengar Airin menyebut itu.

"Airin,kan ayah dah cakap jangan cakap pasal tu lagi.Airin dah janji kan sayang?,"ujar Irfan sambil meletakkan sudunya.

"I am sorry.I just miss my papa."ujarnya perlahan.

"Ayah kan ade sekarang.I am your dad,I love u,"Irfan berkata sambil mengusap ubun-ubunnya.Suasana yang tadinya kecoh membincangkan tentang percutian kini senyap sunyi.Mulut masing-masing seakan terkunci.

"Sape papa?,"soalku ingin tahu.

"Tak de sape Dilla.Airin tu maksudkan kawan kamu.Dulu,kawan kamu tu name die Sharifah Nurina.Airin pulak panggil die papa sebab kite semua panggil die Pah.Die sekarang ni dah kahwin and stay dekat Indonesia dengan husband die,"ibu menjelaskan hal sebenar.

"Really?Dilla tak ingat pun.Eh,abang dah habis makan?,"soalku memandang Irfan yang ingin berlalu keluar.

"A’ah.Abang dah kenyang.Nak keluar ambik angin kejap.Dilla makanlah dulu"ujarnya sambil berlalu.

Aku mengemas-ngemas pakaian kami kerana akan pulang pada keesokan harinya.Fikiranku tidak menentu sejak kebelakangan ini.Masuk malam tadi,tiga kali berturut-turut aku bermimpikan seorang lelaki yang bermata sepet tersenyum kepadaku.Wajahnya samar-samar pada pandanganku.Aku seperti pernah melihatnya sebelum ini.Tapi di mana?Ah!susah betul kalau difikirkan balik.Tiba-tiba aku terkejut apabila seseorang memelukku dari belakang.

"Hei,sayang abang ni dari tadi termenung.Ingatkan abang ke?,"Irfan membisik di telingaku.

"Hish!perasan.Dari ingatkan abang,baik ingatkan apek jual ikan kat pasar."balasku

"Yela,sapelah sudi ingatkan kite kan?,"ujarnya seakan-akan merajuk.

"Ala,merajuk pulak orang tue ni,"ujarku sambil meruskan lipatan.

"Dilla,sinilah.Esok-esok pun boleh kemas.Dah lame tak dapat rehat same-same,"ujarnya sambil menepuk-nepuk katil agar aku baring disebelahnya.Aku berlalu ke katil setelah semua kerjaku selesai.

"Airin mane bang?,"soalku sambil berbaring.

"Die dengan cousin-cousin sibuk tengok citer Shrek kat bawah tu.Ibu suruh diorang tido kat bawah ramai-ramai."jelasnya.

"Armand?diorang kat bawah semue dah nak tido ke?,"soalku lagi.

"Mama nak tido dengan Armand malam ni.Lagipun,esok kite nak balik kan?Belum,diorang tengah join budak-budak tu tengok tv."katanya lagi.

"Habis kite je duduk kat bilik?Jomlah turun.Nanti ape pulak diorang cakap,"kataku bingkas bangun.

"Ala,kitekan pengantin baru,"Irfan bersuara romantis sambil menarikku untuk kembali baring di sebelahnya.Aku hanya menurut kehendaknya yang sudah lama tidak tertunai.Kami tidur dengan begitu lena sekali pada malam itu.

Tangisan Armand yang kedengaran nyaring dari tingkat bawah membangunkanku.Aku melihat jam di tepi katil.8 am.Ya ALLAH!mungkin die lapar hendak menyusu.Irfan di sebelahku hanya terpisat-pisat sambil menguak rambutnya.Setelah menggosok gigi dan mencuci muka,aku bergegas turun kerana tangisannya kedengaran semakin kuat.Kasihan anakku.Oleh kerana terlalu kelam kabut,aku terpijak barang permainan dan terjatuh berguling-guling ketika ingin menuruni tangga.Aku hanya mendengar suara riuh rendah.

"Ya ALLAH,Dilla!!!,"suara Irfan kedengaran sebelum kepalaku terhantuk di anak tangga terakhir.Aku tidak sedar apa yang berlaku selepas itu.

Aku lihat lelaki bermata sepet itu tersenyum dan melambai-lambai ke arahku.Aku berlari menuju ke arahnya tetapi hampa kerana bayangannya semakin menjauh dan hilang dari pandanganku.

"Reeza!!!,jangan tinggalkan i!,"aku menjerit sebaik tersedar.

"Dilla,kamu dah sedar nak.Alhamdulillah!,"ibu memelukku.

"Ibu,Dilla nak Reeza.Mane Reeza?,"soalku.Wajah-wajah yang melihatku hanya serba salah sebaik sahaja aku mengungkit tentang Reeza.Irfan apatah lagi.Wajahnya berubah menjadi tegang.

"Dilla dah boleh ingat?syukurlah..,"ayah bersuara sambil mengusap pipiku.

"Dilla nak jumpe Reeza,ayah.Dilla dah lame tak jumpe die."aku berkata meminta simpati.

"Reeza tak ade kat sini Dilla.Tapi,die ada tinggalkan sesuatu untuk kamu sebelum die pergi dulu."ujar ibu sambil berlalu keluar dan dia kembali semula dengan sepucuk surat.

"Nah,bukalah.Ibu hanya menjaga amanahnya selama ni.Ibu yakin inilah masanya kamu harus tahu apa isinya Dilla,"ibu menghulurkan surat yang hampir kekuningan itu kepadaku.Aku teragak-agak menyambut dan membukanya.

‘Assalamualaikum Dilla.Sebelum tu,I nak mintak maaf sebab kalau bukan sebab I terlalu emosional mase drive haritu,u mesti tak jadi macam ni.I tak pasti bila u akan baca surat ni memandangkan keadaan u sekarang.Masuk hari ni,dah seminggu kita dimasukkan ke hospital tapi u still tak sedarkan diri.I rase bersalah sangat…Dilla,kenape u tak pernah cakap yang u ade kanser hati?Perasaan bersalah I semakin menebal bile doktor yang merawat u bagitau tentang tu.U perlukan penderma hati untuk stay alive.And I tak teragak-agak untuk menjadi penderma untuk u.Dilla,I lakukan ni semua sebab I love u so much.I tak pernah ade perasaan macam ni dekat orang lain.Terus terang I katekan,I pernah cube untuk membenci insan yang bernama Zadilla Sandra.But,it’s useless..I sayangkan u lebih dari diri I sendiri...I tau dengan menjadi penderma untuk u adelah keputusan yang terbaik yang pernah I lakukan seumur hidup i.I tak boleh teruskan hidup tanpa u.Tapi,u pasti boleh terus bahagia dengan Airin dan Irfan..U all boleh menjadi keluarga bahagia kalau u terus hidup…Dilla,I tahu u mula sayangkan Irfan semenjak kite kat US dulu.Dari bening mata,I dapat bace perasaan u.I tau u tak boleh cintakan I macam mase kite study kat UK suatu ketika dulu.Perasaan tu tak boleh kembali lagi sebab ia dah jadi milik Irfan sekarang..I tak boleh terima hakikat yang I bakal kehilangan u buat kali kedua.Tapi,I kena terima hakikat itu sekarang.Seperti yang doktor cakap,riwayat I akan tamat selepas operation pemindahan hati dijalankan..Dilla,I cuma nak u tahu yang hati I tetap milik u dulu,kini dan selamanya.Dalam surat ni,I sertakan sebentuk cincin yang I pernah belikan untuk u mase kite shopping same-same sebelum u balik Malaysia untuk bercuti dulu.I merancang nak melamar u selepas u pulang ke UK.Tetapi,takdir menentukan segalanya.U pulang sebagai tunang Irfan.Tetapi,cincin itu tetap milik u.Kalau u tak sudi nak pakai,cukuplah terima dan jadikan ia sebahagian dari kenangan kita bersama.Ketika u baca surat ni,sedekahkanlah Al-Fatihah agar I tenang di sana.Selamat tinggal,Dilla.

Salam sayang,

Ameer Reeza…

"Reeza!,"airmata yang ku tahan-tahan mengalir jua.Aku hidup dengan hatinya.Ya ALLAH!kenape ini terjadi kepada diriku.

"Sabarlah Dilla,yang pergi tetap pergi."pujuk ayah.

"Yang pergi tetap pergi Dilla.Allah dah tetapkan ini semua.Ajal maut semua di tangan-NYA."sambung ibu pula.

"Tapi Reeza pergi sebab Dilla!Sebab die nak selamatkan Dilla,"tangisan aku semakin menggila.

"Dilla,semua ni dah lama terjadi,setahun lepas.Dilla sekarang dah ada kehidupan yang bahagie dengan Irfan,Airin dan Armand.Ada hikmah disebalik ape yang berlaku.Jodoh kamu dengan Reeza memang tak ada."ibu terus memujukku.Airmataku terus mengalir tidak berhenti.

"Irfan,u sebenarnya ambik kesempatan je sebab I tak ingat pape selame ni,right?ini semua salah u!Kalau bukan sebab I hilang ingatan,I tak hingin hidup dengan u lagi!!u memang nak gunakan I je kan??!!,"jeritku kepada Irfan yang sedang duduk di hujung katil.

"Dilla,I tak pernah ade niat macam tu.I ikhlas sayangkan u.I betul-batul sayangkan u.Jangan macam ni sayang.Kite kan dah mulekan hidup baru.I betul-betul menyesal dengan ape yang terjadi dulu."ujarnya sambil memandangku sayu.

"Tak payah lagi nak berpura-pura depan semua orang!u memang tak guna!!i tak nak hidup dengan u!!i nak ikut Reeza!!Biar I pergi dengan Reeza,"aku terpekik di dalam bilik itu.Armand yang terkejut mendengar jeritanku menangis.

"Bawak budak tu keluar!aku tak nak tengok muke die lagi!Bawak keluar anak kau!,"aku menjerit seperti dirasuk.Irfan lantas keluar membawa Airin dan Armand.Begitu juga dengan ahli keluargaku yang lain.Yang tinggal dibilik itu hayalah ibu dan ayahku.

"Dilla jangan macam ni sayang.Reeza dah lame pergi.Jangan tangisi lagi pemergian die.Biarkan rohnya tenang."pujuk ibu sambil menangis memelukku.Aku hanya berdiam diri kerana jiwaku amat kosong ketika itu.Ayah pula membacakan ayat-ayat suci Al Quran untuk menenangkan jiwaku.Aku akhirnya terlena di pangkuan ibu.

Setelah selesai membaca surah Yasin,aku mencabut rumput-rumput yang tumbuh di sekitar pusaranya.

"Reez,thanks for everything.I tak sangke u sayangkan I sampai sanggup korbankan diri u sendiri.I memang tak boleh tipu u kan?I memang mula sayangkan Irfan mase mengandungkan Airin.I cube nak elak,tapi I tak boleh.Ape yang I kesalkan ialah mase kite bergaduh sebelum kemalangan tu.I tak sempat mintak maaf dengan u.Mase tu,I mintak u tinggalkan i.Tapi,u taknak…But,bile kite terus bergaduh then u said yes,u will leave me.Rupe-rupenya u tinggalkan dengan pergi dari dunia ini.Apatah lagi,bile I tahu yang u korbankan diri u untuk I terus hidup.I rase terhutang budi dekat u,Reez.....I harap u tenang di sana.Maafkan I dan terima kasih untuk hati ini Reez,"ujarku sambil memegang dadaku.Airmata terus mengalir.

"I janji yang I akan jaga cincin yang u bagi dengan baik seperti I jaga nyawa I sendiri.I takkan persiakan pengorbanan yang u lakukan untuk i.I janji akan hidup bahagia lepas ni.I janji,"ujarku dalam sendu.

"I pergi dulu.I akan datang melawat u lagi di sini,"ujarku sebelum berlalu meninggalkan Tanah Perkuburan Islam Precint 20,Putrajaya.

There's a hero if you look inside your heart

You don't have to be afraid of what you are.

There's an answer if you reach into your soul

and the sorrow that you know will melt away

And then a hero comes along

with the strength to carry on

and you cast your fears aside

and you know you can survive.

So, when you feel like hope is gone

look inside you and be strong

and you'll finally see the truth

that a hero lies in you.

"Reeza,u are my hero now and forever,"bisikku ketika dalam perjalanan pulang ke rumah.

Aku sedang duduk di katil selepas menidurkan Armand.Alhamdulillah,aku semakin tenang dan dapat menerima pemergian Reeza menghadap ilahi.

"Sayang abang tak tido lagi?,"ujar Irfan yang baru masuk ke bilik.Aku hanya tersenyum.Aku menariknya ke ruang tamu.

"Kenape ni?,"soalnya pelik.

"Kite kena berterus terang tentang apa yang terpendam dalam hati masing-masing selama ni.Dilla tak nak ada lagi salah faham antara kita.Abang mulakan,"ujarku.Dia menarik nafas sedalamnya sebelum memulakan bicara.

"Abang jatuh hati kat Dilla sejak pertama kali kita jumpa.Mase tu,Dilla pakai baju kurung warna hijau.Tapi,Dilla nampak macam tak suke je untuk dijodohkan mase tu.Abang pulak dah ade Ayu.We all dah lame bercinte tapi hubungan kami hambar sebab Ayu selalu outstation."dia berhenti seketika sebelum menyambung.

"Lepas kite kahwin,abang taknak ambik Dilla sebagai ‘real wife’ sebab abang tahu Dilla mase tu dah ade pilihan sendiri.So,abang teruskan je hubungan dengan Ayu.Tapi,abang betul-betul marah dengan diri abang sebab malam tu abang pakse Dilla jadi isteri abang.Abang sengaje nak Dilla pregnant supaya boleh buat kite jadi macam pasangan yang lain.Tapi,bile abang bace diari Dilla harapan tu punah.Rupe-rupenye Dilla sayang sangat dekat Reeza.Ayu pulak asyik desak abang kahwin dengan die.Abang fikir,Dilla memang tak boleh terime abang sebagai suami.So,abang pilih Ayu.Lepas tu,Dilla pulak menghilangkan diri.Abang syak Dilla ikut Reeza sebab nak kembali pade die.Tak sangke,mase hari Ayu datang JB,Dilla balik.Abang rase macam nak peluk Dilla untuk lepaskan rindu.Tapi,itu tak mungkin kan?,"dia memandangku sebelum menyambung.

"Abang kesian Dilla kena halau dengan ibu.But,I can do nothing!Mase Dilla accident,barulah cerita sebenar terbongkar bile Dr Laila beritahu kami yang Airin tu anak abang.Mase tu,abang rase bersalah sangat sebab sangke yang bukan-bukan pada Dilla.Ayu yang sepatutnya kahwin dengan abang dah pun kahwin dengan orang lain.Tapi,abang bersyukur sebab boleh tumpukan perhatian dekat Dilla dengan Airin.Abang bersyukur sangat.Kite mulakan hidup baru lepas tu sehinggalah Dilla boleh ingat semuanya,"jelasnya lagi.Aku terharu mendengar penjelasannya.

"What about u?,"soalnya pula.

"Dilla mula-mula anggap abang macam kawan je.Kite buat hal sendiri lepas kahwin.Cuma kadang-kadang Dilla sedih abang selalu bersayang-sayang dengan Ayu depan Dilla.Malam tu,bila abang ambik Dilla jadi isteri yang sempurna,Dilla marah sebab Dilla fikir yang abang petingkan diri sendiri dan ikutkan nafsu.Masa mengandung,Dilla nak bagitau abang tapi abang dulu dah buat kejutan dengan nak kahwin dengan Ayu.Dilla tak boleh terime tu semua and buat keputusan untuk gugurkan baby tu.Tapi,Laila nasihatkan Dilla supaya tak gugurkan demi keselamatan Dilla.We all pindah US lepas tu.Mase mengandungkan Airin,Dilla rindu sangat dekat abang.Mase tulah,Dilla sedar yang Dilla tak boleh hidup tanpa abang.Dilla cintakan abang.Reeza cuma sebagai kawan rapat je mase tu,"aku berhenti kerana merasa sebak.

"Tapi,lepas balik sini Dilla dapat tahu yang abang dah nak kahwin dengan Ayu.So,Dilla terime semua ni sebagai takdir.Dilla berazam tak kahwin lagi dan nak terus jage Airin.Bile dapat tahu yang Dilla menghidap kanser hati,Dilla mula risau.Abang dah nak kahwin,tak mungkin nak jage Airin.Lepas tu,Dilla jumpe dengan mummy Reeza.Dalam perjalanan balik tu,we all bergaduh sebelum accident.Itulah yang berlaku sehingga sekarang,"jelasku panjang lebar.

"Selama ni,kita dah banyak buang mase dengan salah faham kan?Lepas ni abang tak nak benda ni jadi lagi.Boleh jadi gile tau.And abang tak kisah kalau Dilla terus nak melawat kubur Reeza,"ujarnya sambil memelukku.

"Terima kasih kerana memahami keadaan Dilla.I love u!abang!,"ujarku.

"I love u too,"ujarnya sambil mendukungku ke bilik.

Ya ALLAH!kekalkanlah kebahagiaan kami sehingga ke akhir hayat.Aku bersyukur dengan kebahagiaan yang kau berikan ini ya ALLAH.

"Reeza,terima kasih atas kebahagiaan ini.Semoga rohmu tenang di sana.Amin..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience