BAB 5

Romance Completed 7002

"Dilla,I kena pergi seminar kat Jakarta esok.2 weeks I kat sane.So,kalau u takut sorang-sorang kat rumah,u boleh pergi rumah mama."beritahu Irfan ketika kami sedang bersarapan.

"Em,memandangkan u nak pergi lame.I nak mintak izin u untuk pergi bercuti.Ke Langkawi or anywhere else.Bolehkan?,"ujarku.

"Ok,I tak kisah.U nak pergi dengan sape?,"soalnya.

"Not sure,tengoklah kalau my friend free boleh ajak diorang.Kalau tak,maybe I pergi..,"belum sempat aku menghabiskan ayat telefon bimbitnya berbunyi.Lantas diangkatnya.

"Hello,em sayang I tengah breakfast ni.Ok,I datang sekarang.U tunggu tau,jangan pergi mane-mane,"ujarnya mengakhiri perbualan.Sememangnya aku telah biasa mendengar dia bersayang-sayang dengan teman wanitanya.Adakalanya,hati wanitaku tersentuh jua apabila mendengar suamiku memanggil perempuan lain dengan panggilan yang mesra sebegitu.

"Em,Dilla.I have to go.Anyway,take care and enjoy your holiday,"ujarnya sambil menghabiskan minuman.Aku menghantarnya ke muka pintu dan menyalam tangannya.Itu lah satu kebiasaan yang menjadi kewajipan bagi diriku.Walaupun kami tidak saling menyintai,tetapi dia tetap suamiku dan aku wajib menghormatinya.

Heaven Beach Chalet,Pulau Langkawi.Aku baru check in sebentar tadi.Aku menghempaskan diri di atas katil.Begitu letih sekali.Walaupun perjalanan mengambil masa yang pendek,tetapi disebabkan keadaan yang tergesa-gesa gara-gara aku terbangun lewat pagi tadi.Nasib baik pesawat tidak terlepas.Kalau tak,lagi haru!Hancur percutian yang kuimpikan selama ni.Percutian perseorangan.Sudah lama aku tidak bercuti,kali terakhir ialah ketika aku dan Irfan honeymoon di Venice,Italy.Itupun kami jalan berasingan.Aku ke utara,dia ke selatan.

Kruk kruk!alamak,perut aku dah berbunyi la pulak.Aku lantas mencapai beg silang dan juga seliparku untuk keluar mencari makan tengah hari.

Aku memesan honeydew juice dan juga sirloin steak untuk makan tengah hariku di lobi hotel.Sambil menunggu pesanan tiba,aku membelek-belek gambar yang sempat ku tangkap di kamera digitalku.

"Dilla?,"satu suara yang amat kurindui selama ini kedengaran.Aku mengangkat wajahku.

"Reez?,"dia hanya menjungkit bahu.

"U sorang je?,"soalnya.

"Yup!u?,"soalku pula.

"Me too.So,boleh I duduk sini?,"dia meminta kebenaran.

"Sure.Have a seat,"ujarku.

"So,Dilla..dah lebih setahun tak jumpa,how are u?u holiday ke?kenape sorang-sorang je?,"soalnya.

"Fine,tq.I holiday la ni.Husband I ada seminar kat Jakarta.So,that's why I holiday sorang-sorang,"terangku.Dia hanya mengangguk-angguk.

"Oh,I see..By the way,husband u work as what?and what about u?belum ada anak lagi?,"soalnya lagi.

"He's a doctor.I sekarang kerja dekat Razali&co.Belum ada rezeki lagi.Eh,u je tanye i.What about u?nape sorang-sorang?wat pe kat sini?kerja kat mane?,"ujarku bertalu-talu.

"Amboi,sekali nafas je u dapat tanye banyak soalan.Tak berubah-ubah lah u ni.Ops!i lupe,u kan lawyer.Hmm,I holiday jugak.Habis I nak pergi dengan siapa lagi.My sweetheart has been stolen by someone.I kerja dengan daddy i.Manager dekat situ.I nak cari experience sebelum buat bussiness sendiri,"terangnya sambil memerhatikan ku.

"Great!so,lame ke kat sini?,"soalku.Sengaja kuceriakan suara.

"Until Friday.What about u?,"soalnya pula.

"Same la!,"jawabku teruja.

"Boleh la jalan same-same nanti.Itupun kalau u sudi.Yela,u kan dah ade yang punya sekarang ni,"ujarnya perlahan.Sepeti ingin kuusap tangannya seperti yang aku selalu lakukan suatu waktu dulu untuk aku jelaskan perasaanku kepadanya yang aku cuma cintakan Ameer Reeza seorang!U sorang Reez!.

"Ok.I pun tak tahu selok belok Langkawi ni.Takut sesat pulak kalau jalan sorang-sorang,"ujarku memberi persetujuan.Setelah pesanan tiba,kami hanya membisu menikmati makanan yang terhidang.Jika tadi,perutku lapar minta diisi.Tetapi kini seolah-olah sudah penuh.Hatiku berbaur-baur.Aku tidak pasti samada aku gembira,sedih ataupun kecewa dapat bertemu Reeza kembali. Yang pasti,aku bersalah membuatkan lelaki di hapanku ini merana.Badannya juga semakin susut berbanding dahulu.Bening matanya menggambarkan kesedihan dan senyumannya juga tidak seceria dahulu.Ya!aku merasa bersalah sebenarnya.Tetapi,aku tidak salah.Kenapa mesti merasa bersalah?Aku juga terseksa dengan perpisahan kami.Aku juga terseksa dengan perkahwinanku dengan Irfan.Entahlah!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience