BAB 7

Romance Completed 7002

"Anak bongsu kamu ni Maria bilelah nak bagi cucu kat kamu ye?kahwin dah setahun tapi perut tak kembong-kembong jugak.Merancang tak nak anak ke?Takut badan boyak macam kite-kite ni atau ade masalah dalaman,"ujar aunty Rozi yang sememangnya bermulut becok itu.Aku hanya menahan telinga ketika kami merewang untuk majlis cukur jambul anak sulung Kak Ally.Irfan yang ada di situ hanya tersenyum.

"Entahlah Rozi oi.Kau ade petua ke nak cepat dapat anak?,"soal ibuku.

"Em,aku memang ade banyak petua pun.Kalau tak disebabkan aku ni tak cukup bajet mase dulu-dulu.Mahu aku tambah lagi.Tapi nasib baiklah semua sembilan orang anak aku tu berjaye.Dilla,kau ni nak tak urut dengan Mek Zah yang dekat dengan rumah aunty tu.Bagus dier urut orang.Tahun lepas,aku rekomenkan satu budak tu die kahwin dah 3 tahun tak sangkut-sangkut.Kena urut dua tiga kali dah mengandung.Haritu baru bersalin anak perempuan.Sekarang mengandung lagi,"ujar aunty Rozi bersungguh-sungguh.

"Amboi,produktif sangat tu.Kita ni kena pentingkan kualiti,bukan kuantiti,"bantah mama kurang setuju.Yes!thank you mama!

"Tapi,Zu.Betul jugak kate si Rozi.Budak-budak ni dah lame kahwin tapi si Dilla ni maintain je kempis.Risau jugak aku.Ade masalah ke si Dilla ni,"ujar ibu pula.

"Kamu ni laki bini kerje bagus nak risau ape lagi.Laki doktor,bini loyar.Kalau bab duit memang tak jadi masalah.Mengandung awal-awal lagi bagus,nanti dah tua rehat sebab anak-anak semua dah beso.Dilla,kamu nak tak pergi berurut.Irfan?kamu bagi tak?,"soal aunty Rozi.Kalau nak diikutkan memang ada kebenaran pada kata-katanya itu.Tetapi,kami bukan pasangan biasa aunty oii,jeritku dalam hati.

"Rasenye tak payah lah pergi berurut aunty.Kawan saya tu isterinya pergi berurut tapi sakit katenye.Nanti nak bersalin lagilah sakit.Saya kasihankan Dilla ni.Saya tak kisah kalau rezeki kami belum tiba.Lagipun,saya belum puas bermanja-manja dengan isteri saya ni,"hampir terlepas pisau dari tanganku yang sedang memotong bawang.Suara itu keluar dari mulut Irfan ke?Macam tak percaya je aku mendengarnya..

"Semua perempuan normal akan merasai sakit bersalin.Ada kemanisan disebalik kesakitan tu sebenarnya.Ala,Irfan kalau nak bermanja-manja tinggalkan je baby tu pada ibu atau mama.Kami mesti boleh jaga.Kan Zu,"ujar ibuku.Mama hanya mengangguk-angguk sambil tersenyum.

"Ala,tak nak lah ibu.Susah lah ada anak sekarang.Leceh.We all sibuk dengan karier masing-masing.Tak sempat la,"ujarku memberi alasan sambil mengesat mataku yang berair kepedasan.

"Tak sempat?.Kamu ni ade je nak membuat lawak.Bukan susah sangat nak membuatnye.Tak sampai setengah jam.Hehehe!,"ujar aunty Rozi dan kata-katanya disambut dengan tawa rakan-rakan ibuku.Mukaku mula terasa panas.Irfan pula tersengih-sengih di sebelahku.

"Err,kami mintak diri dulu lah ya?ibu,kami naik ke bilik dulu,"ujarku lantas mengisyaratkan Irfan agar ikut bersama.

"Teruskan usaha ye Dilla,Irfan.Tak susah,sekejap je,"suara aunty Rozi kedengaran lagi dan sayup-sayup terdengar suara rakan-rakan ibuku tertawa

Aku membersihkan diri dan bersolat Asar.Kemudian aku meniarap di katil sambil membaca majalah yang baru ku beli semasa dalam perjalanan ke sini tadi.Irfan duduk di birai katil usai bersolat.Aku menoleh ke arahnya.Dia sedang tersenyum seorang diri.

"Kenapa u senyum-senyum ni?Demam ke cik Irfan oi?,"ujarku.

"Nope,I terfikir bout ape yang aunty Rozi cakap tadi.Ok jugak ade baby,kan?I pun dah 29 tahun.U pulak dah 25.Sekarang lah masenye untuk kite ade anak,"ujarnya sambil tersenyum memandangku.Aku hanya menjegilkan mata sebelum menjawab.

"Anak kite ke anak buluh betung?nak datang dari mane anak tu hah?,"soalku.

"Of course anak kite.Dari rahim u la Dilla sayang.Dulu u failed Bio ke?By the way,anak buluh betung tu cerita dongeng semate-mate.Karut!Em,nanti dah ade anak,u jangan la ceritakan cerita-cerita dongeng tu kat anak kite,"ujarnya sambil ikut meniarap di sebelahku.Aku bingkas bangun.

"U jangan nak melalut ea.Kena sampuk ke?oh,u tanye I failed Bio ke tak?i got a1 ok.And I wanna ask u that u tau tak proses nak mengadakan anak tu macam mane?selambe je nak mintak anak,I takut u terlupe pulak cara-cara nak membuat anak tu,"sindirku.

"Of course I know.La,u tak tau ke?i can help u sayang.Don’t worry,"ujarnya lagi.

"U jangan nak melalut lagi Irfan.U buat I seram je.Dah,pergilah tido.Maybe u penat kot sebab drive tadi,"kataku sambil menyambung pembacaanku.

"Careful sayang,malam ni kite tido sebilik.Sekatil pulak tu.Yela,bilik u ni mana ade sofa panjang macam kat rumah mama I,"katanya lagi.

"Irfan,stop it.Kalau u nak sangat anak pergilah mintak girlfriend u tu,"aku mulai hilang sabar.

"I nak dengan u.Sebab u kan cantik,nanti anak I pun mesti comel.Cube u bayangkan,gabungan muke I yang hensem ni and muke u yang boleh tahan cantik tu.Mesti anak kite comel-comel kan?,"tambahnya lagi sambil memandang ke siling pula setelah merubah posisi.

"Tapi,I tak sudi nak ade anak dengan u,faham?,"

"But one day u will,"jawabnya selamba.Kemudian,dia mengenyit mata ke arahku sebelum keluar.

Ish!kenape la orang tue ni?kena sampuk agaknye!Takde mood nak bace lagi.Aku meletakkan majalah ke tepi.Reeza..dah lame tak mendengar khabar daripadanya.Dia berangkat ke US pada 2 minggu lepas atas urusan kerjanya.Kenangan manis kami di Langkawi tiga bulan lalu masih segar di ingatan.Kami jarang berhubungan atas permintaanku sendiri.Dia pula hanya akur walaupun agak keberatan pada awalnya.Aku akhirnya tertidur kerana letih bertekak dengan Irfan sebentar tadi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience