BAB 3

Romance Completed 7002

Majlis akad nikah akan bermula sebentar lagi.Aku semakin berdebar-debar.Dengan mengenakan kebaya moden berwarna putih dan ditambah dengan solekan yang tipis,banyak pujian yang ku terima daripada saudara mara yang berkunjung ke bilikku.Aroma bunga rampai menerawang ke seluruh bilikku.Saudara maraku kemudian diminta keluar dari bilik dan tinggallah aku dan jurusolekku,Annie.Aku bergerak ke laci meja solek dan menghidupkan telefon bimbitku yang sengaja aku matikan sejak 2 hari lalu.Banyak sms masuk dan salah satunya daripada Reeza.

Dilla..congratulation.I xdapat datang ke majlis perkahwinan u.Bukan kerana tidak berkesempatan,tetapi tidak sanggup nak runtuhkan semangat yang I baru nak bina ni.Sepanjang waktu I menghilang,I belajar untuk menguatkan semangat berhadapan dengan perkara ni.Dan Alhamdullilah,I feel better now walaupun bukan sepenuhnya.I memang sayangkan u lagi dan selamanye.I hope persahabatan kite tak putus disebabkan benda ni ya?kalau u ade masalah jgn lupe call i.Pintu hati i sentiasa terbuke menerime u kembali…assalamualaikum

Dan air hangat mula membasahi pipiku lagi.Reeza,sesungguhnya dia memang tulus menyintaiku.

"Hei,habislah make up ko nyah ooi!,"Annie menjerit dengan mimik mukanya dan dia membersihkan mascara yang luntur di bawah mataku.

"Kau ni kenape nok?orang menangis mase akad nikah,kau ni belum pape lagi dah banjir,"bebelnya lagi.Serentak itu,kakak-kakakku masuk.

"Dah siap semuanya Dilla?"soal Kak Ally sambil tersenyum.

"Kak,Dilla tak nak kahwin.Dilla nak batalkan majlis ni.Dilla sayangkan Reeza kak,"aku tersedu sedan di bahunya.

"Ya ALLAH!!!,"itulah ucapan yang hanya aku dengar dari mulut ketiga-tiga kakakku itu.

"Jangan macam ni dik.Orang dah ramai kat bawah tu.Kang tak memasal Uncle Razak mati kena heart attack tau,"ujar Kak Wani sambil menggoncang lembut bahuku.

"Kak,Dilla tak boleh kahwin dengan Irfan,"aku merenung ke arah Kak Qiqi pula.Mengharapkan pengertian.Sebaliknya dia keluar meninggalkanku dan kembali semula dengan Abang Danny.

"Dilla,abang tahu Dilla tak setuju dengan perkahwinan ni.Tapi,ini bukannya caranya dik.Dan suntuk sangat untuk Dilla buat keputusan macam ni.Dilla nikah dulu,lain-lain hal kita fikirkan kemudian ok?,"pujuk Abang Danny.

"Pengantin lelaki dah sampai.Danny pergi sambut pengantin.Dan mak dara-mak dara ni ikut mummy kejap,"ujar mummy Kathy,adik ayahku yang terjengul di pintu bilikku dengan nada bergurau.Abang Danny mengusap lembut kepalaku yang ditutupi tudung lalu beredar.Diikuti dengan ketiga-tiga kakakku.

"Aku terima nikahnya Zadilla Sandra Binti Kamarulzaman dengan mas kahwinnya RM22.50 tunai,"suara Irfan bergema.Setelah mendapatkan kepastian daripada saksi yang ada di situ,pak imam mengangguk-anggukkan kepala seraya membaca doa.Aku lihat ibuku dan Aunty Zu berpelukan.

"Dilla dah jadi isteri orang,tahniah dik,"ujar Kak Wani yang duduk di sebelahku.Aku hanya mengangguk.Kami berpelukan seketika.Airmata yang bertakung segera ku kesat agar tidak mengalir.

"Dilla,tahniah sayang.Ibu bangga dengan kamu nak."ujar ibuku dan kami berpelukan.Ibuku menitiskan airmata.

"Kenapa menangis bu?Bukan ke ini yang ibu nakkan selama ni?,"ujarku.

"Ibu sebak kerana Dilla bukan 100% milik ibu sekarang.Dilla,ibu tahu yang kamu marahkan ibu.Tapi,ibu yakin suatu hari nanti Dilla akan bersyukur kerana berkahwin dengan Irfan.Dahlah,kamu pergi tukar baju.Kejap lagi majlis persandingan dah nak bermula,"ujar ibu sebelum melangkah meninggalkanku

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience