BAB 4

Romance Completed 7002

Tetamu tidak putus-putus mengucapkan tahniah sebelum meninggalkan Hotel Hyatt Johor Bahru.Persandingan kami berlangsung dalam suasana yang begitu meriah sekali.Kami dikatakan bagai pinang dibelah dua.Huh!rupa pinang pun aku tak pernah nampak.Irfan nampak segak dengan tuksedonya ketika majlis memotong kek sebentar tadi.Kami tidak sempat untuk berbual seminit pun atas keadaan yang sesak ini.Malam ini adalah malam pertamaku dengan Irfan.Sepatutnya,aku melaluinya dengan Reeza.Ah,aku tak sepatutnya berfikiran begitu sebagai isteri orang.Rakan-rakanku ketika di universiti pun tidak kulihat.Aku tahu,mereka menganggap yang semua ini berpunca daripada diriku.

"Hai,termenung jauh nampak.Nervous ke?,"ujar Nadia,rakan sekelas ketika berada di tingkatan 5.

"Hei,Nad.How are u?baru sampai ke?ingatkan tak datang tadi coz member-member kite semua dah balik dah,"ujarku setelah kami berpelukan.

"Hmm,dah nak balik pun.Aku tak berkesempatan nak tegur kau coz dari tadi aku tengok kau busy je.Raje sehari la katekan.Hehe!Mane cik abang?tak nampak pun?,"soalnya.

"Em,banyak la kau punyer raje sehari.Kalau kau nak jadi cantik macam aku harini,cepat lah kahwin.Takkan single mingle lagi kot?Em,cik abang aku tengah layan saudara die la.Kenape?nak jumpe ke?hisy,tak payah la.Takut kau kutuk pulak nanti coz die tu tersangatlah tidak hensem.Hihi!,"jawabku sambil ketawa.

"Tak hensem?nape kahwin jugak?nape?duit dier hensem ke?,"usik Nadia.

"Siot tol kau ni.Em,pilihan…,"belum sempat aku menghabiskan ayatku tiba-tiba Nadia mencelah.

"Laa,mamat arab tu ke laki kau?hensem siot!,"ujar Nadia sambil matanya melekat ke arah Irfan yang sedang bersalaman dengan tetamu.

"Sejak bile ko minat mamat muke arab ni?bukan taste ko yang mate sepet-sepet ke since high school lagi?,"sambungnya lagi.

"Em,dah jodoh la.Aku terime je.Ea,ko dah start kerje belum,"soalku sengaja menukar topik.

"Aku dah kerje dah.Kat KL sekarang ni,"ujarnya lagi sambil bercerita tentang perkembangan pekerjaannya.Nadia,seorang arkitek sekarang ini.Dan aku,isteri orang yang belum mendapat pekerjaan lagi.Em,kalaulah kami boleh bertukar tempat.

"Ea,aku mintak diri dululah.Nanti dah jadi bini orang,jangan lupe member lame kay,"ujarnya sebelum kami berpisah.

Kami akan bermalam di sini kerana ditaja oleh pihak pengurusan hotel.Perasaanku semakin tidak menentu memikirkan tentang kemungkinan-kemungkinan yang bakal berlaku.Irfan masih di dewan.Aku mula menukar pakaian dan membersihkan solekan sambil dibantu oleh Annie.

"Ok lah nok,mak nak chow dulu.Penat betullah.Ea,rehat-rehatlah dulu.Kang nak kerje lagi,"usik Annie sebelum sebelum beredar setelah Irfan masuk ke bilik.Aku hanya menjegilkan mata ke arahnya."Nasib baik Irfan tak dengar,"bisikku kerana Irfan sibuk sangat dengan telefon bimbitnya.Sambil tersenyum-senyum pulak tu.Ish,handphone aku pulak ke mane ni?dari tadi tak nampak.Setelah itu,dia beredar ke bilik mandi.Aku meneruskan kerjaku untuk mencari telefon bimbitku.Ala,mane pulak ni?Aku lantas mengambil handphone Irfan dan cuba untuk mendail nomborku.Tiba-tiba handphone bergetar menandakan ada pangilan masuk.Ayu sayang?siape pulak Ayu ni?Aku membiarkan sehingga panggilan terhenti.Hatiku mula menyuruh untuk aku memeriksa dengan lebih lanjut.Aku membuka peti pesanan ringkas.Wah!semuanya daripada 'Ayu sayang'.Aku cuba membuka salah satu dari pesanan itu.

Ayu pun sayangkan abang.Ingat tau,jangan tido dekat-dekat!

Aku meletakkan kembali telefon bimbit tersebut kerana takut dilihat Irfan.Huh!girlfriend dia rupenyer.Aku mula memanjat katil dan berbaring.Tidak lama selepas itu,Irfan keluar dengan pakaian yang sudah tersarung dan dia mengambil bantal di atas katil dan menuju ke kerusi panjang di hujung katil."Irfan memang betul-betul kotakan katanya,"bisikku.Tapi,nasib baik lah memang aku pun tak dapat terima dia dalam hidup aku,hanya Reeza seorang yang bertahkta di hati.

My love,

Theres only you in my life

The only thing thats bright

My first love,

Youre every breath that I take

Youre every step I make

And i

I want to share

All my love with you

No one else will do...

And your eyes

Your eyes, your eyes

They tell me how much you care

Ooh yes, you will always be

My endless love

Lirik lagu Endless Love begitu menyentuh hatiku.Itu lagu kegemaran 'kami'..Antara aku dan Reeza.Lagu yang menjadi lambang percintaan kami.Kini,aku telah bergelar isteri kepada Irfan Ajmal selama setahun.Ini bermakna lebih dari setahun aku tidak bertemu dengan Reeza.Apalah khabarnya sekarang.Sudah ada pengganti bagi diriku atau tidak?Aku dan Irfan pula berkahwin hanya di atas surat pernikahan.Kami kini menetap di Mont Kiara,apartment di ibu kota.Hubungan kami hambar sahaja.Tetapi,tugasan zahirku tidak pernah aku lupakan.Aku tidak pernah lupa untuk menyediakan masakan buatnyaSekarang aku telah bekerja di Razali&co,firma guaman di Kuala Lumpur.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience