BAB 1

Romance Completed 7002

Tiba-tiba pintu bilikku terkuak.Ibu memasuki bilikku dan duduk di birai katil.Aku hanya diam mendengar apa yang ingin dikatakannya.

"Dilla,nanti pukul 6p.m kite semua bertolak ke Changi Airport,ya.Irfan dengan parents dier pun ikut sama,"ujar ibu.

"Huh?But why?,"soalku.

"Diorang kan bakal keluarga Dilla juga.Tak salah kan nak hantar bakal isteri untuk ke airport.Satu lagi,ibu nak ingatkan yang Dilla tu sekarang tunang Irfan.Jangan nak menggatal dengan mane-mane lelaki lain.And,ibu nak Dilla berterus-terang dengan budak Reeza tu tentang perkara ni dan putuskan hubungan dengan dier setelah Dilla sampai di sane.Jangan nak bertangguh pulak,"jelas ibu panjang lebar.Aku hanya menununduk sebelum meneruskan kata-kata.

"Ibu,berilah Dilla masa untuk berterus-terang..Takkan ibu nak Dilla terus beritahu Reeza perkara ni.Ibu bayangkan,dalam masa 2 minggu je balik sini,Dilla dah jadi tunangan orang.Ibu tak terfikir ke ape perasaan die?,"entah dari mana kekuatan itu datang untuk meluahkan perasaanku kepada ibu.

"Dilla,saat-saat macam ni,ibu memang betul-betul tak terlintas untuk fikirkan perasaan budak Reeza tu..tapi,perkara penting yang Dilla perlu tau,ibu sentiasa fikirkan perasaan dan masa depan Dilla,"ujar ibu.

"Dengan tentukan sape yang jadi suami Dilla,ibu rase ibu tengah jage perasaan Dilla ke?Ibu rase Dilla boleh bahagia ke?Ibu rase Dilla boleh terima ke semua ni?,"soalku bertubi-tubi dengan linangan air mata menitis jatuh ke pipi.Ibu hanya mendengus sebelum keluar dari bilikku.Aku melayan perasaan sebentar sebelum ke tandas untuk mencuci muka dan turun ke bawah.Em,ibu dan Aunty Zubaidah sedang bergurau bertepuk tampar lagi.Ternyata luahan hatiku sebentar tadi langsung tidak diendahkan.Aku berlalu ke dapur.Kak Qiqi dan Bik Nur sedang masak lauk untuk makan tengah hari.Aku melabuhkan punggung di sebelah Kak Qiqi yang sedang mengupas bawang.

"Mane yang len?Asal macam sunyi je?"soalku.

"Wani ngan Ally gi kedai beli barang sket.Jaja ngan Mimin kat taman mini.Em,kaum-kaum adam pun kat taman mini gak.Ah,ibu ngan aunty Zu kat hall depan,"jawabnya sambil mengesat-ngesat matanya yang berair.Em,dah kahwin pun tak tahan dengan pedih bawang.Nampak sangat malas masak kat rumah..Bisikku..agak lucu wajah Kak Qiqi ketika itu.

"Ikut tak hantar Dilla nanti?,"soalku.

"Ala,kau ni nak perli akak ke?Kan passport akak dah lame expired.Tak de mase nak renew.Malas nak beratur panjang-panjang kat situ."

"Huh..dah berapa lame tak renew?mase Dilla balik last time pun dah expired kan?nak dekat 2 tahun tu.Akak tak de pegi memane ke?kalau company ade wat outstation camne,"soalku.

"Kalo ade outstation akak wat la."jawabya selamba.

"Tak ke lagi leceh tu?huh,susah betul jadi orang malas ni,"perliku.

"Sibuklah.Die tu macamlah rajin sangat.Ni orang potong bawang die tengok je.Bukan nak tolong pun!,"ujarnya sambil mengesat-ngesat mate.

"Tak naklah.Dilla nak pergi dating ngan Irfan kejap.Jangan jeles,"ujarku untuk mengelak daripada menolongnya.

"Kate tak suke!,"jerit Kak Qiqi.

Aku menuju ke taman mini.Irfan rancak berbual dengan abang-abangku.Tidak ku nafikan raut wajahnya memang boleh mencairkan hati wanitaku.Tetapi,apakan daya,hatiku tetap milik Amir Reeza.Em,dia sedang ketawa..Entah apa yang dibualkan dengan Abang Shah..Aku tak pasti..Muka dia jika sekali pandang macam hero Hindustan cket.Al-maklumlah,arab mari.Hehe..Aku memerhati segenap wajahnya dari balik langsir.Dari mulutnya yang memang seksi,kemudian naik ke hidungnya yang sememangnya mancung terletak.Kemudian matanya yang redup dan keningnya yang lebat itu..dan..tiba-tiba pandangan kami bertaup.Upps!dia sedang memerhatikan aku.Kantoi!Malu tak terkata.Mesti dia dapat membaca apa yang ada difikiranku kini.Aku lantas bergerak ke dalam.Namun..

"Dilla,u ade sumthing nak cakap dengan I ke?,"ujarnya.Aku tergamam..

"Err..no..em,actually…,"namun berlum sempat aku menghabiskan ayatku,dia menarik aku menuju ke keretanya.

"Kita nak ke mana ni?,"ujarku.Dia hanya mendiamkan diri dan terus memandu menuju ke taman rekreasi yang terletak berdekatan rumahku.

"Jom,"katanya setelah tiba.Kami menuju ke pondok yang ada di situ.

"U nak cakap sumthing ke?,"ujarnya.

"No.I takde pape pun nak cakap pade u.Napi u tarik I tadi?Nasib baik takde sesape nampak.Kan tak manis,"balasku.

"Sorry,"balasnya.Kami kehilangan kata selepas itu.Aku mengipas-ngipas wajahku kerana cuaca yang panas.Bayangkan,kami berada di taman rekreasi di waktu 12.30 tengah hari.

"Ehem.panas sangat ke?I memang sengaje nak duduk kat sini sebab nak kenakan u cahaya sket.Yelah,kat UK tu susah nak rase cahaya terik macam ni kan?Summer season pun panasnya macam nak tak nak je.Thats not good for your health actually,"ujarnya."Huh?banyak cakap jugak dier ni."bisikku dalam hati.

"Tapi,bukan ke tak elok jugak terdedah dengan cahaya tengah hari?Kulit kita memang lah elok kena cahaya tapi cahaya pagi or petang je kan?cahaya tengah hari boleh bagi risiko kanser kulit,right?,"balasku.Dia hanya tersenyum.

"Tapi,tak tahulah.I cume teringat je mase form 5 dulu cikgu ade cakap dalam subjek Bio.Tapi,u kan dah belajar dalam bidang ni dengan lagi tinggi.So,ur knowledge must better than me,"sambungku.

"Actually,memang boleh kena kanser kalau selalu terdedah.Tapi,ni jelah care nak bagi u kena cahaya matahari.Petang ni dah nak bertolak kan?So,takde kesempatan lagi lah,"ujarnya.

"Em,u ikut hantar ke nanti?,"soalku.Dia hanya mengangguk.

"Actually I nak bincang pasal our wedding,"ujarnya serius.

"What?u nak cancel ke?,"soalku.Sekali lagi,dia hanya menggeleng.

"I dah buat keputusan,kita akan tetap teruskan.Tapi,after married I nak kita buat hal masing-masing,"jawabnya.Aku sedikit terkejut dengan keputusan yang dibuat.Tetapi,aku hanya mendiamkan diri dan lantas mengangguk tanda setuju.Setelah itu kami pulang dan terpaksa berhadapan dengan usikan-usikan daripada keluargaku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience