BAB 6

Romance Completed 7002

Hari ini,aku dan Reeza memulakan perjalanan dengan menuju ke pusat kereta kabel.Kami beratur bersama-sama dan juga berkongsi sebatang ais krim coklat cip.Dia masih lagi ingat ais krim kegemaranku.Kami menikmati keindahan permandangan dari kereta kabel yang kami naiki.

"Cantik kan view dari sini.Macam u jugak,"ujar Reeza seraya memandangku.

"Em,yeke?Tapi I rase amoi yang jual ais krim tadi tu lagi cantik tau,"kataku.

"Really?Tapi,taste I orang macam u.Bukan macam amoi cantik tu,"ujarnya sambil tersenyum.Matanya kelihatan lebih kecil.Betul kate Nad,taste aku memang yang sepet-sepet.Selepas itu,kami bergerak ke tempat perkampungan yang menyimpan beras terbakar.Di situ,kami menikmati air kelapa di sebuah gerai.Kami meneruskan perjalanan ke Memorial Tun Dr.Mahadir Mohd.Kami sempat merakamkan gambar sebagai tanda kenang-kenangan.Selepas puas bergambar,kami singgah di The Loaf yang juga kepunyaan Tun Dr Mahadir untuk makan tengah hari.

Kami kemudian pulang ke hotel untuk berehat.Aku menunaikan solat Zohor dan merebahkan diri di atas katil.Oleh kerana terlalu letih,aku tidak sedar bila aku terlelap.Aku hanya tersedar apabila telefon di bilikku berdering.

"Hello.Who’s that?,"jawabku sedikit malas kerana tidurku terganggu.

"Dilla,u tengah tido ke?dah 4.30 ni,bangunlah.Kan kite nak pergi island hopping.Pukul 5 diorang nak gerak,"suara garau Reeza kedengaran.

"Ala,I ngantuk la.Penat pulak tu.Maybe next time,"ujarku.

"Kalau nak tido kat KL pun boleh.U datang sini for holiday,right?So,let’s enjoy our holiday.Lagipun,trip ni ade pagi and petang je.Kalau nak pergi esok mesti leceh.Kan kite dah nak balik,"terangnya.

"Em,yela.But u give me 15 minutes ok,"aku akur dengan ajakannya.

"Ok.I tunggu u kat lobi tau.Bye love!,"ujarnya sebelum mengakhiri perbualan.Love?hatiku sedikit terusik.Perlakuan romantisnya sangat spontan terhadapku.Mungkin kerana kami sudah lama berkasihan suatu ketika dahulu.Aku menunaikan solat Asar dan mencuci muka sebelum menukar pakaian.Kemudian,aku turun ke lobi.Kami menaiki bot untuk ke Pulau Dayang Bunting.Aku tidak sabar-sabar hendak berendam di dalam air yang maha jernih itu.

"Dilla,sini I sapukan sunblock.Nanti muke u sunburn pulak,"ujarnya seraya menyapukan losyen tersebut ke mukaku sebelum sempat aku mengelak.

"Reez,janganlah macam ni.Malu I.Nanti orang kate ape pulak.I ni isteri orang tau,"ujarku mengingatkannya.

"Ala,bukan diorang tahu yang u isteri orang lain.Diorang mesti ingat kite ni husband and wife yang tengah honeymoon,"jawabnya sambil mengenyitkan mata ke arahku dan tersenyum.Aku kehilangan kata-kata.Ya!kalaulah itu benar-benar berlaku,kamilah insan yang paling gembira di muka dunia ini.

Kami berenang dan snorkeling bebas setelah tiba di destinasi.Aku kagum dengan ciptaan Allah SWT yang teramat indah.Kami singgah di sebuah perkampungan yang terdapat di persisiran pulau untuk minum petang.Reeza memilih rojak petis dan juga pisang goreng untuk kami.

"Cantik kan pemandangan under sea.I kalau boleh nak diving tapi takde lesen.Eh,u ada lesen kan?kenape u tak ambik pakej dive je tadi,"soalku.

"Habis tu u takde lesen mane boleh masuk.Kang lemas sape yang susah?i jugak,"jawabnya sambil tersengih.

"I boleh tunggu kat bot je.Sayang nye dah ade lesen tapi tak pergi diving,"ujarku kesal.

"Nevermind lah.Next time kite boleh pergi lagi.Tapi,tunggu u ade lesen dulu lah,"jawabnya sebelum kami beredar pulang ke hotel."’Kita’?bilalah agaknya waktu itu akan berlaku.Kenape die tak nak ajak gf baru die ekh?Takkan dia masih single kot,"bisikku dalam hati.

Aku tersenyum puas setelah siap berpakaian.Aku mengenakan dress paras lutut,high heels dan ditambah dengan aksesori anting-anting labuh.Aku juga menyembur pewangi Flight of Fancy jenama Anna Sui yang memang aku gemari sejak dahulu ke pergelangan tangan dan juga di leherku.Aku bergegas turun ke lobi.Tetapi,Reeza belum datang lagi.Aku lantas menuju ke sofa yang terdapat di situ.

"Dilla,sorry I am late.Shall we?,"ujarnya setelah tiba.Pewangi Hugo Boss yang selalu dipakai membuatkan dadaku berdebar.

Kami berdua seolah-olah kembali pada zaman universiti ketika di UK.Di dalam perjalanan,kami hanya mendiamkan diri melayani perasaan masing-masing.Aku turun setelah tiba di sebuah restoran Italy.Kami berdua terus mendiamkan diri setelah habis makan.Aku juga tidak tahu bagaimana hendak memulakan perbualan.Kami kemudian menaiki kereta yang disewa oleh Reeza.Aku tidak tahu destinasi seterusnya.Reeza memakir keretanya di hadapan sebuah kedai cenderahati.

"Dilla,jom kite jalan-jalan dekat Pantai Cenang kejap.Esok dah tak boleh,"ajaknya.Aku hanya mengangguk dan kami beriringan sebelum duduk di sebuah bangku yang ada di situ.

"Kenapa diam je ni?tak suka ke I bawak u keluar?Or u rindukan ur husband?,"soalnya.

"No la,I tak tahu nak mulakan macam mana."jawabku.Dia hanya mengeluh.

"Why?u kekok ke dengan I,"soalnya lagi.

"Tak lah.I biasa je.Mungkin penat sikit coz harini I asyik jalan je.I just need a rest,"ujarku.

"Oh..I thought u tak selesa dengan i.Yela,kita kan dah lame tak berduaan macam ni.Takpe,kejap lagi kite balik ye,"ujarnya.Aku hanya mengangguk.

"Dilla,u tau tak malam ni u macam nak goda I balik.u buatkan I teringat mase kite baru nak couple dulu,"katanya sambil memandang ke arahku dan mengecilkan matanya.Sungguh menggoda!

"Why,"ujarku malu.

"U nampak malu sangat malam ni.Macam mase first time kite keluar dating dulu.And,once more..your fragrance..Flight of Fancy..I can still remember that smell.Your smell.Boleh buat I tak tido lah malam ni,"ujarnya sambil tersenyum ke arahku.

"U pun ape kurangnya.Your perfume pun same macam dulu jugak,"aku berkata sambil memandang ke arah ombak yang memukul pantai.

"I memang sengaje nak goda u pun.U tergoda tak?,"ujarnya selamba.

"Really?Memang I always tergoda dengan u pun."jawabku sambil tertawa.

"Tapi kenapa kahwin dengan dia?Kenapa u minta I tinggalkan u?,"soalnya.Aku tersentak dengan soalnya itu.

"Reez,can we change the topic?cerita lame ni kalau kite ungkit boleh mengocakkan semula air yang baru nak tenang tau,"pujukku.

"I love u,Dilla.Now and forever,"ujarnya beremosi.

"Me too,"jawabku perlahan.Dia mencapai dan mengucup tanganku.Kami banar-benar telah kembali pada cinta yang hampir layu itu.

"Marry me,please,"rayunya sambil mengusap pipiku.

"But I am still his wife,"ujarku mengingatkannya.

"Minta cerai.I tau u tak bahagia.Then,what’s the point if u all terus bertahan.I tau perkahwinan u dengan Irfan hanya nak mengaburi mata parents u all,right?

"I tak nak dianggap sebagai anak derhaka dalam keluarga.I tak nak papa Irfan kena heart attack disebabkan perkara ni."terangku.Reeza hanya mengeluh.

"So,sampai bile u nak seksa diri u sayang?,"soalnya.

"Let me discuss with my husband,"ujarku.Tetapi,dia lantas menarik tangannya yang sedang menggenggam tanganku.

"I tak suke la u panggil die’my husband’.I ni bakal suami u tau,"ujarnya.

"Ala,jelez ke u ni?we all macam kawan je lah.Nothing happen between us sepanjang perkahwinan ni Reez.I masih macam dulu.Cuma,panggilan jelah yang dah berubah.Dulu Ms.Zadilla tapi sekarang Mrs.Irfan pulak,"ujarku serius.Mukanya kelihatan terkejut pada awalnya dan kemudian tersenyum.

"Really?,"soalnya.

"Yes,because Irfan pun dah ada pilihan hatinya and u still on the top ranking in my heart,"ujarku mengakhiri perbualan kami pada malam itu.Kami kemudian pulang ke hotel kerana terlalu letih.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience