Completed
5123
“HANI! Ada tamu!”
Hani menoleh bila melihat ibunya melaung dari luar. Dia segera menapak ke pintu bilik.
“Siapa mak?”
Puan Zawiah menarik tangan Hani ke ruang tamu. Hani terkejut melihat Muzaffar sudah berada di situ memegang sejambak bunga Daisi putih.
“Hani apa khabar?” Muzaffar menghulurkan sejambak bunga kepada Hani.
“Kau buat apa kat sini?” Hani duduk di sofa tanpa menghiraukan Muzaffar yang masih tercegat di situ.
“Aku ingin memperisterikan kau. Di depan ibu kau, aku ingin menikah dengan kau!” Muzaffar seolah sudah tidak hiraukan lagi keadaan sekeliling.
“Kau dah gila!!”
“Memang aku gila!”
Hani mula berdiri dan melangkah laju ke bilik membiarkan Muzaffar sendiri di ruang tamu. Dia menangis semahunya. Muka dibenamkan ke bantal. Nyata Muzaffar tidak pernah berputus asa.
MATA Hani mula basah dengan air mata. Dia tidak menyangka, Muzaffar begitu beria memperisterikannya.
“Sudahlah Hani….Hani dah jadi isteri Muz sekarang. Sekejap lagi Muz nak sarung cincin.” Puan Zawiah mendakap anak gadisnya yang mula menangis di hari pernikahannya.
Hani hanya mampu menangis. Dia tidak menduga ada insan sebaik Muzaffar yang ingin memperisterikannya walaupun tahu dia sudah tidak suci lagi. Walaupun ada lagi rasa benci pada lelaki itu yang tidak menolongnya tika itu namun dia tidak dapat membohongi hatinya yang selama ini menyayangi lelaki itu.
“Hani…terima kasih kerana sudi terima Muz sebagai suami.” Muzaffar mula mencium dahi Hani selepas selesai menyarung cincin ke jari manis Hani.
Hani masih menangis di bahu Muzaffar. Akhirnya sebuah pernikahan yang diimpikan selama ini menjadi kenyataan. Dan ternyata jodohnya kuat dengan Muzaffar.
Malam itu, Hani masih termenung di sudut katil yang dihias indah dengan bunga Daisi putih kegemarannya. Dia pandang keluar tingkap. Hujan renyai mula menitik menyimbah cermin tingkap. Begitulah hati dan perasaannya kini. Bak air hujan yang jatuh menitik perlahan mengikut corak cermin tingkap. Tidak tahu mentafsir perasaan yang sekian lama dipendamkan.
“Hani…”
Hani pandang Muzaffar yang mula duduk di sebelahnya. Wajah Muzaffar sungguh berseri.
“Muz..aku tidak suci. Kau tahu kan? Mengapa kau begitu berkeras untuk menikah dengan aku?” Hani pandang lagi Muzaffar. Ditenung wajah kacak Muzaffar dengan pandangan sayu. Terharu.
“Hani…abang cintakan hani sejak dulu. Walau apa pun keadaan Hani, abang tetap terima. Abang juga bersalah membiarkan Hani diperlakukan begitu tanpa berbuat apa-apa…dan..abang lebih bersalah kerana….” Muzaffar mula tunduk. Tidak sanggup dia meneruskan kata-kata.
“Apa bang?” Hani pegang tangan Muzaffar.
“Sebenarnya abang..abang…”
Hani menunggu kata-kata Muzaffar yang tersekat-sekat begitu.
“Sebenarnya apa bang?” Hani mula tidak sabar.
Muzaffar pegang kedua pipi Hani dan menciumnya.
“Hani..abang juga turut melakukan perkara itu masa Hani pengsan. Abang tahu abang bersalah. Masa tu, abang lemah, abang dayus. Abang keluar dari belakang pokok bila melihat Razif, Azhar dan Sahak sudah pergi. Niat abang ingin membawa Hani pulang ke rumah tapi abang tidak dapat menahan nafsu ketika itu bila melihat tubuh Hani yang sudah tiada seurat benang..maafkan abang..”
Hani tersentak. Tergamam! Kerongkongnya sudah tersekat. Suara sudah hilang untuk berkata-kata. Dai renung wajah mulus Muzaffar yang mula tunduk. Kata-kata Muzaffar sebentar tadi bagaikan halilintar! Jadi selama ini bukan tiga wajah setan tetapi empat wajah setan yang meratah tubuhnya dengan rakus.
“Hani…maafkan abang!” Muzaffar mula memeluk Hani yang diam seribu bahasa. Tubuh Hani dirasakan bagai batang kayu.
Hani menolak tubuh Muzaffar. Air matanya sudah kering. Dia merenung Muzaffar dengan renungan tajam. Masih segar dalam ingatannya, begitu dia bersusah payah berjalan seorang diri menahan kesakitan sebaik tersedar dari pengsan meredah hari yang semakin gelap.
Dengan darah merah pekat yang keluar dari kemaluannya yang mula membasahi baju kurungnya yang koyak rabak tika itu, dia tidak segera pulang ke rumah sebaliknya dia menuju ke sebuah anak sungai membersihkan diri. Biarlah kejadian itu menjadi rahsia dirinya. Ibu tidak perlu tahu perkara itu. Dia mula berbohong kepada ibu mengatakan dia terjatuh ke dalam sungai. Baju yang koyak pula akibat tersangkut pada dahan pokok.
Malam itu dia membiarkan saja Muzaffar menikmati tubuhnya. Tika itu, segala perlakuan wajah-wajah setan itu mula terbayang kembali, saat dirinya diperlakukan seperti binatang di kebun pisang dua belas tahun dulu. Hani merenung Muzaffar yang lena tidur di sisinya. Dia mengamati wajah keempat itu dengan penuh benci.
Perlahan Hani mengenakan pakaian dan mula menulis sesuatu di dalam diari merah yang diambil dalam laci meja yang berkunci. Dia pandang pula pisau di dalam bekas kaca sebelah diari merah tadi. Matanya tajam merenung Muzaffar yang sudah lena dibuai mimpi.
Dan kini dengan pengakuan Muzaffar sebentar tadi, dendamnya kembali bersarang…. Kau Silap! Apa kau fikir aku hanya berdiam diri dan melupakan semua tragedy hitam itu. Kau boleh lahap aku sesuka hatimu, kau sirnakan kebahagiaan ku. Tapi untuk aku berdiam diri dan membiarkan kau bahagia dalam deritaku, maaf, tiada dalam kamus hidupku!
Share this novel