Completed
5123
HANI masih meneliti kes pembunuhan Azhar. Dia jeling Razman yang berada di sebelahnya juga turut mencari motif pembunuhan bersiri itu. Wajah Razman berkerut-kerut memikirkan kes pembunuhan itu. Hani senyum lebar. Dia sudah mengagak Razman sukar untuk menyelesaikan kes itu tanpa bantuannya.
“Hani, aku rasa kedua kes ni ada kaitan. Kau tengok! Sekuntum bunga mawar merah diletak di sisi mayat. Yang aku pelik, tiada langsung cap jari pada badan mangsa atau bunga tu. Sehingga hari ni, tak pernah jumpa senjata yang digunakan oleh pembunuh.” Detektif Razman masih bingung.
“Hmm…memang benar. Nampaknya keduanya ada kaitan. Dan bunga itu juga satu trademark pembunuh itu.” Hani mengulangi apa yang Detektif Razman utarakan sebentar tadi.
“Eh, yang kau asyik ulang apa yang aku cakap ni kenapa?” Razman pandang Hani sambil tersenyum.
Hani mula ketawa. Dia sebenarnya tidak mahu Razman perasan riak wajahnya yang mula merasa gelisah. Bimbang Razman akan mencurigainya kelak. Sebelum wajah ketiga belum terhapus di muka bumi ini, dia perlu berlakon sebaik mungkin. Tiada bukti yang perlu ditonjolkan saat ini.
“Kenapa kau ketawa? Kau suka kat aku ke?” Razman mula mengenyit mata.
“Huh! Perasan! Bini dan anak kau tu nak letak mana?” Hani sengih lagi.
“Jangan lupa malam ni kita ada operasi. Tuan Malik minta kita pergi lagi sekali ke tempat kejadian esok.” Razman mengingatkan Hani arahan Tuan Malik sebentar tadi.
Hani hanya angguk. Dia mula jeling Razman.
“Aku suka..bermakna kau dan aku akan bermalam di resort tu!” Razman sekali lagi mengenyit mata.
“Hoi! Bilik lain-lain! Jangan nak menggatal!” Hani lempar kertas yang digumpal ke arah Razman.
Share this novel