Completed
5123
SEBAIK pulang dari kampung, Hani mula termenung. Sudah lama dia tidak menjejakkan kaki ke kampung itu. Kampung yang meninggalkan memori hitam dalam hidupnya. Selepas dia berjaya ditawarkan jawatan pegawai polis dulu, dia mula berpindah ke ibu kota bersama ibu. Ayah pula sudah lama meninggal dunia.
Kini dia buntu memikirkan wajah ketiga yang masih melekat di benaknya selama ini. Wajah itu sudah lama diperhatikan. Wajah itu tinggal tidak jauh dari rumah sewanya di bandar C. Sementara itu, penyiasatan ke atas kes Razif dan Azhar dibuat ala kadar saja. Dia akan mula serius bila melihat Razman begitu komited ingin menyelesaikan kes itu. Baginya selagi bukti belum ditemui selagi itulah dia akan bertahan sehingga dendam kesumat menghapuskan wajah ketiga berjaya dilangsaikan.
Di bilik, Hani mula mencoret sesuatu dalam diari merah. Dia melakar segala yang berlaku. Air matanya mula menitis. Dendamnya kini sudah terbalas. Hanya tinggal satu wajah lagi yang juga akan menerima nasib yang sama.
MALAM itu, Hani mula menjalankan misi terakhir. Dia menunggu di simpang jalan kecil. Jalan yang selalu wajah ketiga lalu di situ dengan motosikal berkuasa besar. Hani duduk di atas motosikal Aprilla hitamnya sementara menunggu di situ. Helmet dibiarkan melekat di kepala. Sesekali dia melihat jam. Sudah menghampiri dua belas tengah malam.
Dari jauh dia melihat kelibat Harley Davidson menghala ke arah simpang itu. Dia sengaja letak batang pokok melintang di tengah jalan. Kelihatan motor itu berhenti di tepi. Hani mula menunggang motosikalnya ke arah wajah itu.
“Boleh saya tolong?” Hani masih bertopi keledar.
“Terima kasih bro! Siapalah yang letak batang pokok ni kat tengah jalan macam ni! Tak ada otak ke?”
Hani mula mendekati wajah ketiga yang menjadi kebenciannya selama ini. Dia mula membuka helmet. Mata mereka bertentang.
“Kau masih kenal aku?” Hani pegang helmet di tangan kanannya.
“Eh..perempuan rupanya! Aku ingat lelaki tadi!”
“Kau Sahak kan?” Hani tenung wajah ketiga yang segak berjaket hitam sama sepertinya.
“Macam mana kau tahu nama aku?” Sahak mula tidak senang dengan tenungan gadis itu.
“Kau tak kenal aku?” Hani pandang lagi Sahak tidak berkelip. Dia mendekati Sahak semakin rapat.
“Err..kau siapa? Eh, kau tak takut ke jalan sorang-sorang malam-malam macam ni di sini.” Sahak mula sengih. Di kepalanya mula terbayang nakal. Dia pandang kiri kanan. Tiada sesiapa di situ. Dia pandang pula gadis berjaket hitam dengan rambut dilepaskan bebas begitu. Sungguh cantik!
“Kenapa? Kau nak rogol aku macam kau rogol aku dua belas tahun dulu??” Hani tenung lagi Sahak. Bibirnya diketap kuat.
“Apa kau merepek ni! Siapa yang rogol kau? Kau siapa? Kau cakap baik-baik sikit eh!” Bertubi-tubi Sahak bertanya. Suaranya semakin tinggi. Dia perhatikan gadis di depannya atas bawah.
“Akulah gadis yang kau rogol dulu! Gadis lemah yang hanya mampu menangis bila diperlakukan seperti binatang! Kau, Razif dan Azhar bergilir-gilir merogol aku! Aku merayu pada korang tapi sikit pun korang tidak endahkan aku! Korang rogol aku sampai aku pengsan!!” Hani mula menghambur kata-kata yang sudah lama ingin diluahkan selama ini.
“Jadi kau..kau Linda? Tapi…Linda yang aku kenal bukan macam ni! Linda tu pakai tudung dan baju kurung! Tidak berani macam kau!” Sahak mula gelisah melihat gadis itu mula mengeluarkan pisau tajam.
“Ya! Aku Linda! Gadis lemah yang kau heret ke kebun pisang dan rogol beramai-ramai! Untuk pengetahuan kau, waktu kau rogol aku dulu, aku sematkan dalam hati aku wajah-wajah setan korang! Dan untuk pengetahuan kau juga, aku tidak laporkan kepada polis! Aku ingin balas dendam dengan cara aku sendiri! Dan untuk pengetahuan kau lagi, Razif dan Azhar sudah mampus!!” Hani mula ketawa sambil mengacu pisau ke arah Sahak.
Sahak mula merasa cemas. Dia berundur setapak bila melihat Hani semakin dekat dengannya.
“Ah..buat apa aku nak lari? Perempuan ni lemah. Dia saja gertak aku!” Sahak cuba merampas pisau dari tangan Hani.
Hani mula membuka silat dan menolak Sahak sehingga jatuh ke tanah. Muka Sahak dilibas dengan pisau bertubi-tubi. Dia segera mengejar Sahak bila melihat Sahak cuba melarikan diri.
Sahak meraung kesakitan. Dia berlari dengan mata tertutup ke arah semak di tepi jalan. Hani seolah sudah dirasuk hantu. Dia mengejar Sahak dan menikam bertubi-tubi. Kemaluan Sahak dikerat dan dilempar ke tengah semak. Sebelum meninggalkan mayat Sahak, dia meletakkan sekuntum bunga mawar merah.
Pisau yang penuh dengan darah disapu dengan baju jaket hitam Sahak yang sudah tidak bernyawa. Sarung tangan hitam yang dipakai ditanggalkan dan dimasukkan ke dalam poket seluarnya. Setelah dia pastikan semuanya seperti sedia kala, Hani mula memecut laju ke rumah.
Share this novel