BAB 4

Mystery Completed 5123

SUDAH hampir dua bulan Hani menjalankan tugas sebagai detektif kanan di unit jenayah berat. Banyak kes pembunuhan dapat diselesaikan dengan baik. Dia mula merasa lega bila kes dapat diselesaikan dengan cepat. Sekurang-kurangnya dia dapat meringankan beban Tuan Malik yang sudah hampir bersara.

Sejak dulu Tuan Malik terlibat secara langsung dalam kes jenayah berat. Dalam setiap kes, dia lebih senang berpakaian biasa dan bertindak bersama beberapa orang lagi detektif yang menjadi orang kepercayaannya. Orang bawahannya pula tidak pernah merungut atau membantah arahannya walaupun arahan itu datangnya seorang wanita sepertinya.

Hani belek fail kes pembunuhan bersiri yang masih belum dapat diselesaikan. Dia meneliti setiap kes yang mempunyai modus operandi yang sama. Dicapai pula fail di rak yang mempunyai gambar suspek yang disyaki terlibat dengan kes rompak, rogol dan bunuh.

Helaian demi helaian fail dibuka. Memang kes itu yang dinantikan olehnya selama ini. Dari dulu, peluang seperti itulah yang di tunggu-tunggu. Sebaik memegang jawatan detektif kanan, Hani mula mencari wajah-wajah yang selalu menghantui dirinya selama ini.

Wajah-wajah yang terlepas dari hukuman. Wajah-wajah yang tersenyum sinis kepadanya suatu waktu dulu. Dan kini wajah-wajah itulah yang ingin dihapuskan satu demi satu.

Dia sedikit kecewa bila melihat setiap gambar suspek tiada satu pun yang menyerupai wajah-wajah yang dibenci itu. Pencariannya mesti diteruskan walaupun sukar. Perasaan yang dipendam di lubuk hati kian membuak. Bibirnya diketap dengan kuat menahan amarah yang terpendam sekian lama. Tujuannya hanya satu. Manusia seperti itu perlu dihapuskan dari muka bumi ini.

“Puan! Ada tetamu ingin berjumpa puan!”

Hani tersentak dari lamunan. Fail di tangannya diletak semula di rak. Dia pandang Salina yang tersenyum kepadanya dan segera mengangguk membenarkan tetamu masuk.

“Assalamualaikum!”

Hani tergamam. Seorang lelaki segak berkemeja putih dan bertali leher tersenyum manis kepadanya. Dia terkedu melihat lelaki itu mula menapak perlahan ke arah mejanya.

“Wa..wa’alaikumussalam..”

“Hani apa khabar?”

Hani hanya memandang lelaki itu yang mula berbicara. Sudah lama mereka tidak bersua. Seingatnya sejak hampir dua belas tahun dulu.

“Ba..baik. Silakan..” Linda mula pelawa lelaki itu duduk.

Mereka saling berpandangan. Sesekali Linda tunduk bila terasa dia ditenung tajam begitu.

“Masih kenal aku?”

Hani mula mendongak. Selama ini wajah itu yang melekat di benaknya. Wajah itu juga yang selalu merobek hati dan perasaannya dan wajah itu jugalah yang dibenci saat kejadian itu. Kini wajah itu muncul semula di depan matanya. Wajah itu juga tidak banyak berubah. Masih seperti dulu.

“Muz..kenapa baru sekarang kau muncul?” Hani renung mata Muzaffar. Soalan yang ditanya sedikit pun tidak dijawab sebaliknya soalan itu dijawab dengan soalan.

“Maafkan aku Hani…aku tak berniat meninggalkan kau. Aku terpaksa mengikut keluarga ku berpindah…” Muzaffar mula tunduk. Wajah manis milik gadis yang pernah tinggal sekampung dengannya dulu ditatap lama. Penyesalan masih terasa hingga kini bila mengingati kejadian yang tidak pernah di duga.

“Bukan itu maksud aku! Kenapa kau tinggalkan aku waktu aku…” Hani tidak dapat meneruskan kata-kata. Kerongkongnya sudah terasa tersumbat. Air mata yang ditahan sejak sekian lama, mula bergenang. Tunggu masa saja untuk jatuh ke pipi.

“Maafkan aku..waktu tu aku tak berani bertindak. Aku tahu aku penakut. Maafkan aku..tapi percayalah aku tetap sayangkan kau walaupun aku tahu kau..”

“Cukup! Aku tak mahu dengar semua itu! Tolong pergi dari sini!” Hani mula meraup muka. Air mata sudah tumpah ke pipi.

Muzaffar semakin rasa bersalah. Bersalah kerana terlalu mengikut kata hati. Bersalah kerana tega meninggalkan gadis manis yang sama sekolah dengannya dulu diperlakukan begitu di depan matanya tanpa berbuat apa-apa. Pemergiannya kerana mengikut keluarga berpindah juga dirasakan satu penyesalan yang tak sudah. Dan yang lebih dia merasa bersalah kerana dia juga telah mengkhianati gadis itu di saat gadis itu butuh pertolongan.

“Hani, izinkan aku menebus semua kesalahan aku..selama ini aku sayangkan kau.” Muzaffar masih tidak berputus asa.

“Muz..baliklah. Tiada apa lagi yang perlu kita bicara. Aku lebih senang begini.” Hani masih tunduk.

“Baiklah..aku akan pergi tapi aku tak akan berputus asa. Aku akan tunggu kau sampai bila-bila.” Muzaffar mula bangun dan menghulurkan sejambak bunga Daisi putih kepada Hani.

Bunga diletakkan atas meja bila tidak bersambut. Muzaffar mula melangkah keluar dari bilik Hani.

Hani pula hanya memandang sayu pemergian Muzaffar, lelaki pertama yang bertakhta dalam hatinya. Perasaan sayang, kasih dan cinta yang disimpan untuk lelaki itu sudah lama dibuang. Semua rasa itu sudah hilang sejak hari kejadian itu. Kini fikirannya mula terganggu. Kedatangan Muzaffar telah mengundang semula memori hitam dalam hidupnya hampir dua belas tahun dulu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience