9 :Dalam Suka Ada Duka

Romance Series 13583

Seperti yang dijanjikan, bila tiba waktu tengah hari Gabriel sudah terpacak ada di dalam kafe. Eylem tidak ambil masa yang lama untuk mengajak Gabriel duduk di meja yang agak terpencil dan jauh daripada pandangan mata orang lain. Pilihannya agak lebih privasi.

"Awak tak kisah kita makan kat sini?" Tanya Eylem cuba prihatin.

"Saya okay je kat mana-mana. Asalkan ada awak, " kata Gabriel sambil tersenyum manis.

Good! Bisik hati Eylem. Kalau awak tak okay pun saya peduli apa. Saya akan paksa juga awak duduk kat sini. Detik hatinya. Mendengar persetujuan Gabriel membuatkan hatinya senang. Bagi Gabriel lebih privasi lebih bagus. Hehe he...

Eylem tak ambil pusing dengan usikan Gabriel. Baginya, lelaki seperti Gabriel memang manis dengan kata-kata. Dengar boleh percaya jangan. Siapa yang tidak akan tergoda jika ada lelaki yang melayani diri mereka dengan baik apatah lagi orangnya cantik rupawan. Tapi dalam diam kata-kata Mary selalu bermain dalam kotak fikirannya. Jadi dia lebih berwaspada.

Bodohlah dia kalau menolak salam perkenalan daripada seorang lelaki seperti Mr. Gorgeous jadi apa salahnya mempunyai kawan seperti Gabriel. Dia tidak rugi apa-apa. Lagipun bukan dia yang terhegeh-hegeh mencari lelaki ini.

"Awak tak makan?" Tanya Gabriel setelah melihat dulang yang dibawa oleh Eylem hanyalah hidangan untuk seorang saja.

Eylem tersengih malu sambil menunjukkan sebuah beg makanan yang ada di tangan kirinya.

"Saya bawa bekal." Jawapan Eylem membuatkan Gabriel menghelakan nafas lega.

Aku ingat aku makan sorang je tadi. Buat debar je. Detik hati Gabriel.

"Awak memang selalu bawa bekal makanan ke tempat kerja?" Tanya Gabriel sambil merenung isi kandungan bekal makanan Eylem yang sudah terbuka.

"A'ah. Jimat sikit." Jawab Eylem sepatah. Dia jarang makan makanan kafe melainkan jika dia teringin sangat itupun hanya sekadar minuman. Lagipun harga makanan dan minuman di kafe ini bukan murah seperti pasar malam. Lebih baik dia bawa bekal. Boleh juga dia menabung. Tinggal di bandar bukan seperti tinggal di kampung. Gabriel meneliti makanan Eylem dengan penuh minat.

Nasi goreng kampung? Ada sambal merah juga. Nampak simple tapi menyelerakan. Gulp! Gabriel menelan air liur. Dia merenung pinggannya sendiri yang cantik terhias dengan Chicken chop sebagai menu utama. Hmm...kenapa makanan aku kurang menyelerakan?

"Kenapa awak tenung makanan saya macam tu? Awak rasa makanan saya tak setaraf dengan awak?" Tanya Eylem jengkel tetapi nadanya masih terkawal.

Tiba-tiba dia kurang senang melihat tatapan Gabriel terhadap bekalan makanannya. Walaupun makanan dia tidak semewah Gabriel tapi fungsi makanan adalah sama iaitu mengeyangkan perut. Kalau makanan boleh jadi isu, tiada kenalan seperti Gabriel pun tak mengapa.

"Eh, bukan macam tu. Saya tenung makanan awak sebab nampak lazat. Apa kata kita trade?" Cadang Gabriel sambil tersengih keterujaan. Hehehehe...bukan senang dapat rasa masakan buah hati pengarang jantung hatiku. Bisik Gabriel.

Eylem tercenggang. Biar betul! Kenapa aku boleh prejudis terhadap dia? Mr. Gorgeous bukan mamat kerek. Maaf kerana salah sangka dengan awak. Bisik hatinya.

"Tapi makanan saya biasa-biasa je. Saya takut tekak awak tak boleh nak telan." Balas Eylem masih ragu dengan permintaan Gabriel. Orang kaya biasanya menjamu selera di tempat mewah. Kalau pernah makan menu sepertinya pasti tahap kualitinya berbeza dengan dirinya.

"Awak ingat saya ni jenis memilih makanan? Apa jenis makanan pun saya bantai. Jangan risau saya pernah makan nasi goreng kampung," Kata Gabriel dengan yakin walhal dia lah paling cerewet bab makanan. 'Tapi dekat restoran yang ternama.' kata-kata yang terakhir hanya mampu berdetik di hatinya saja.

"Awak ada alergi apa-apa tak? Sebab saya ada isi belacan, " tanya Eylem lebih prihatin. Kalau ikutkan hatinya, sekarang ini juga dia nak tukar kerana bukan selalu dapat rasa kelazatan Chicken Chop. Kalau Gabriel bermurah hati nak tukar makanan dengannya, dia dengan senang hati menerimanya. Setakat nasi goreng kampung bila-bila masa dia boleh buat.

"Alah...awak jangan peningkan kepala dengan hal yang remeh. Apa salahnya bagi saya merasa masakan awak. Chicken Chop ni sedap tau." Kata Gabriel dalam nada yang memujuk lalu tangannya dengan pantas menukarkan makanan mereka.

Belacan? Apa benda tu? Gabriel menepis persoalan dalam mindanya. Ada dia kisah? Janji hari ni dalam sejarah dia dapat merasa air tangan Eylem. Itu lebih bermakna.

"Ikut suka awaklah. Kalau tak sedap jangan komen, " kata Eylem dalam pasrah tapi hatinya berbunga riang.

Gabriel tersenyum senang melihat Eylem yang laju memasukkan daging ayam ke dalam mulutnya dan mengunyahnya dengan rasa gembira. Macam hamster. Bisik hati Gabriel.

"Jangan kata awak nak chicken chop awak semula. Tak baik buruk siku. Awak sendiri yang kata nak tukar." Kata Eylem sedikit resah apabila melihat tenungan Gabriel terhadap dirinya. Gaya Eylem seperti tidak mahu melepaskan tanah jajahan takluknya.

"Hahahahaha...." Meletus tawa Gabriel mendengar kata-kata Eylem. Terasa ingin mengusik gadis pujaannya.

"Sharing is caring. Apa kata awak suapkan saya sikit makanan awak tu. Nampak sedap pula, " usik Gabriel dengan bersahaja.

"Hah!" Balas Eylem terpinga-pinga. Nak kongsi pula? Apa lah yang ada dalam otak lelaki ni? Banyak cekadak pula hari ni. Otaknya sukar untuk mencerna keadaan yang berlaku.

Melihat Eylem masih statik, Gabriel dengan beraninya meraih tangan Eylem yang sedang memegang garfu yang penuh dengan ketulan daging ayam lalu menyua masuk ke dalam mulutnya. Sekali lagi, aksi Gabriel yang bersahaja membuatkan Eylem seperti tercekik buah kedongdong.

Marah, geram, malu, suka semua ada. Cukup perasa hingga kata-kata yang ingin diucapkan rasa tersekat di kerongkong tekaknya.

Alahai...boleh selamba katak dia pegang tangan aku. Lepas tu curi pula makanan aku. Nasib tak hilang selera dibuatnya. Rungut hati Eylem.

Gabriel hanya tersengih melihat reaksi gadis pujaannya. Pada pandangannya, reaksi Eylem sangat comel. Pipi gadis itu menjadi merah-kemerahan. Rambut hitam yang pekat dan ikal mayang diikat kemas di sebalik topi berwarna maroon cap kafe tempat gadis itu bekerja. Dengan personanya yang menarik, dia rasa tidak jemu memandang wajah Eylem.

"Untuk kali ini, saya maafkan awak." Kata Eylem lalu kembali bersantap. Gelagatnya seperti budak kecil yang merajuk barang mainannya diambil.

Gabriel hanya ketawa kecil. Apa yang dimaksudkan oleh gadis itu, dia kurang mengerti tapi dia senang hati. Gabriel menyumbat pula nasi goreng kampung Eylem ke dalam mulutnya. Hmm....sedap!

"Untung siapa yang jadi suami awak. Sedap!" Komen Gabriel lagi. Eylem tersenyum mendengar pujian dari Gabriel.

"Good! So, hari ni awak makan je nasi goreng saya tu. Chicken chop ni saya yang punya. Kalau awak nak makan chicken chop, awak order esok je lah." Kata Eylem dengan senang hati.

Gabriel ketawa lagi. Dia fikir Eylem akan terbuai dengan pujiannya tapi rupanya dalam kotak fikiran gadis itu hanya memikirkan tindakan dia yang mengambil sedikit chicken chop milik gadis itu. Hmm...nampaknya jauh lagi perjalanan cinta kita. Detik hati Gabriel.

Mereka tidak tahu, dalam kegembiraan mereka ada hati yang cemburu dan sakit hati melihatnya. Usai makan tengah hari, Eylem kembali melakukan tugasnya. Ketika dia leka memegang cawan-cawan kertas untuk diletakkan ke dalam rak yang di sediakan, bahunya seolah dilanggar kasar. Bukan sipi-sipi tapi memang disengajakan. Bila Eylem melihat siapakah pelakunya, Eylem hanya buat tidak peduli.

"Aku tak tahulah, kenapa wujud manusia yang tidak sedar diri ni. Nak kata cantik? Pompuan jalanan lagi cantik kot, " Perli Mon. Suaranya sengaja dikuatkan.

"Alah Mon. Kalau orang tu sedar diri tak mungkinlah dia tak dapat beza mana pipit mana enggang. Sebab, pipit mana boleh terbang sama tinggi dengan enggang. Dalam angan dia boleh lah. Hahaha..." Sambung Sera sambil menunjukkan muka jijiknya.

"Itulah...buta agaknya mata lelaki tu. Minah cikai ni juga yang dipilih. Lain lah kalau aku. Cantik, vouge dan aset aku lagi montok dan gebu. Nak bandingkan dengan dia. Hmm...gamaknya malam pertama dah kena tinggal. Hahahah...."Kutuk Mon tak henti-henti. Kemudian kedua-duanya ketawa mengilai.

Eylem mengetap bibir menahan geram. Sebelum ini dia abaikan saja tapi sekarang ini Mon semakin melampau siap kutuk bentuk tubuh badannya lagi. Kau ingat semua orang bernafsu macam kau ke? Debik hati Eylem. Tak boleh jadi. Semakin dibiarkan semakin mua. Apa salah aku? Aku cuma makan tengah hari dengan lelaki kacak saja. Soal hatinya.

"Haih...pening betul kepala aku." Eylem buat gaya tangan letak di dahi lalu dia menyambung katanya lagi. Suaranya dikuatkan menyebabkan Mon dan Sera memandang ke arahnya. "Tak tahu pula kat sini ada orang suka jaga tepi kain orang lain. Sebelum nak mengata orang cerminlah diri sendiri tu sikit. Betul ke cantik? Betul ke vouge? Betul ke montok? Entah-entah cermin kat rumah tu dah pecah sampai tak dapat kenal bentuk badan sendiri." Provok Eylem dengan nadanya yang bersahaja.

Hah! Rasakan! Baru tahu langit itu tinggi ke rendah. Cemuh hati Eylem. Dia sendiri tidak sangka dia mampu berkata begitu. Biasanya, Mary seorang saja yang mampu mengeluarkan kata-kata seperti ini. Terima kasih Sifu Mary. Berkawan dengan kau memang tak sia-sia.

Kata-kata Eylem telah menimbulkan kemarahan Mon. Dia mendekati Eylem lalu baju kemeja Eylem dicekak sehingga tubuh Eylem ke depan. Mata Mon membulat kerana api kemarahan yang semakin marak.

"Kau jangan biadap. Kau cakap apa?" Tanya Mon dalam kemarahan. Sera di sisi cuba menarik tangan Mon.

"Mon jangan buat kecoh, " pujuk Sera dalam kebimbangan.

"Kau diam!" Kata Mon kepada Sera menyebabkan Sera berundur ke belakang tidak mahu ikut campur. Walaupun dia tidak suka Eylem tapi dia tidak gemar guna kekerasan dalam pergaduhan. Orang kata lidah itu ibarat mata pedang. Lebih tajam berbanding guna kekerasan.

Cehh...Kau mengata orang boleh. Tapi bila tiba giliran kau, nak sentap bagai. Orang tua dulu-dulu dah bagi petua, kalau takut dipukul ombak jangan berumah di tepi pantai. Ni saja nak menempah maut. Tapi kalau tengok keadaan sekarang, nasib dia pun kurang baik juga. Jadi untuk elak keadaan menjadi lebih keruh Eylem hanya berdiam diri.

Kediaman Eylem menyebabkan Mon hilang sabar. Sebelum sempat dia menaikkan tangan runcingnya untuk menampar Eylem, dia terdengar ada suara yang memanggil namanya.

"Mon! Kau buat apa ni?!" Tanya Leo sedikit kasar. Melihat wajah Leo yang sedikit bengis menyebabkan Mon gentar ketakutan lalu melepaskan cengkamannya pada kemeja Eylem. Sera berdiri kegelisahan.

Eylem menghelakan nafas lega. Terima kasih Leo. Kau datang tepat pada waktunya. Kalau tidak makan penampar aku hari ni. Bisik hatinya.

Melihat mereka bertiga masih statik berdiri, Leo terus memberi arahan.

"Korang tunggu apa lagi? Ingat ini gelangang sumo? Buat kerja masing-masing. Kalau tak aku report kat bos baru padan dengan muka korang, " Ugut Leo dengan tegas. Setelah itu, ketiga-tiga gadis tersebut kalut pergi ke tempat masing-masing menyambung kembali kerja yang telah diabaikan sebentar tadi.

Leo hanya menggelengkan kepala melihat gelagat ketiga-tiga gadis itu. Matanya melirik ke arah Eylem. Selagi aku ada kat sini, kau akan selamat. Hatinya berjanji.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience