7 :Nice to meet you

Romance Series 13583

Eylem menjalankan tanggungjawabnya sebagai pekerja kafe seperti biasa. Tanpa Mary di sisi memang rasa kosong. Mula-mula dia berasa kekok juga tapi lama-kelamaan dia semakin terbiasa dengan ketiadaan Mary di sampingnya ketika waktu bekerja.

Hari ini, dia bertugas di kaunter lagi dan pelangan yang datang juga tidak begitu ramai. Jadi kerjanya agak santai sedikit. Sementara menunggu kedatangan pelangan, Eylem menyibukkan diri menyedia dan menyusun barang-barang keperluan untuk kafe.

Eylem menoleh ke belakang apabila terasa bahunya disentuh. Leo memberi isyarat bahawa ada seseorang ingin berjumpa dengannya. Rahang Eylem seakan terjatuh, saat dia melihat ke arah yang ditunjukkan oleh Leo.

Matilah aku. Apa nak buat ni? Bisik hati Eylem. Kejadian itu sudah seminggu berlalu. Kenapa sekarang baru dia datang cari aku? Mary, balik nanti siap kau, aku kerjakan! Itu pun kalau aku hidup lagi. Rungutnya di dalam hati. Eylem memandang ke arah Leo dengan wajah meraih simpati.

"Kau apa hal?" Tanya Leo sedikit tegas sambil tangannya kembali membuat kerjanya yang tergendala sebentar tadi.

"Macam muka sembelit je aku tengok," sambungnya lagi.

Eylem menelan air liurnya yang semakin kesat di kerongkong. Gulp!! 'Nak minta tolong dengan Leo ke?' Fikirnya. 'Ah! Belasah jelah. Walaupun Leo tak mesra alam, itu lebih baik daripada aku terpaksa berhadapan sendirian dengan masalah yang ditimbulkan oleh Mary. Go, Eylem! Kau boleh!' Jerit hati Eylem memberi semangat.

"Leo..." Panggil Eylem dengan rasa ragu-ragu.

"Hmm..."Sahutnya. Mata dan tangannya tetap tidak berhenti melakukan kerja.

"Temankan aku," kata Eylem sepatah.

"Pergi mana?" Tanya Leo senada. Matanya masih fokus melakukan kerja.

"Jumpa dengan lelaki tu," kata Eylem sambil menunjuk kembali ke arah yang ditunjukkan oleh Leo sebentar tadi.

Leo memandang Eylem dengan wajah yang hairan.

"Kau biar betul? Tak akan nak jumpa boyfriend kena ajak aku. Ada lebam sebelah mata aku nanti." Kata Leo dengan nada yang serius. Pandangannya sudah beralih ke arah Eylem.
Eylem tergelak mendengar kata-kata Leo. Leo hairan melihat Eylem ketawa.

"Oopps! Sorry. Aku bukan sengaja nak gelakkan kau tapi apa yang kau cakap tu tak masuk akal langsung." Ujar Eylem.

Leo hanya mediamkan diri tapi matanya tetap merenung Eylem seakan meminta penjelasan. Eylem menjongketkan bahu. Tahu dengan sikap Leo yang jarang buka mulut untuk bercakap walaupun jelas terpapar di wajahnya yang dia mahu ambil tahu tentang sesuatu yang berlaku di sekelilingnya.

"Yalah...kau tengoklah lelaki tu. Mana mungkin orang macam tu jadi boyfriend aku. Mustahil kan?" Tanya Eylem sambil matanya melirih ke arah Mr. Gorgeous.

Leo memandangnya dengan penuh simpati. Walaupun raut wajahnya sentiasa tegang tapi kali ini Eylem pasti ada sedikit kelembutan di wajah milik Leo.

"Tak ada yang mustahil dalam dunia ni, Eylem." Lirih Leo membalas pertanyaan Eylem. Walaupun perlahan Eylem masih dapat menangkap butir bicara Leo.

"Hmm…Leo, aku rasa kau dah salah faham. Aku tak kenal siapa lelaki tu dan masalah ni timbul disebabkan Mary. Jadi untuk elakkan perkara buruk berlaku aku nak kau temankan aku. Aku tak rasa aku boleh kendalikan perkara ini seorang diri." Jelas Eylem lagi.

Leo terdiam sejenak. Masih berfikir.

"Please Leo…”Rayu Eylem lagi. Setelah berfikir sejenak akhirnya Leo bersetuju untuk menemani Eylem.

“Jom.” Ajak Leo. Eylem tersenyum senang.

Gabriel menanti dengan sabar. Dari jauh dia melihat gadis yang mula menarik perhatiannya bergelak ketawa dengan pekerja lelaki. Reaksi gadis itu kejap-kejap berubah. Tiba-tiba dia rasa tidak senang melihat situasi it.

Hati Eylem berdegup kencang. Walaupun ada Leo disisinya, langkahnya semakin memberat. Kalau bukan disebabkan olah Mary, pasti dia sudah melompat keterujaan untuk bertemu dengan lelaki ini. Apalah nasib badan...

"Ada apa Encik nak jumpa dengan saya?" Tanya Eylem sedikit tergagap. Dia rasa malu mendengar suaranya sendiri yang gementar. Nampak sangat dia takut dengan lelaki ini.

"Boleh kita bercakap sekejap?" Tanya Gabriel sambil tersenyum nipis. Wajahnya setenang air di lautan. Lega hati Eylem melihatnya. Hatinya tidak lagi gementar apabila melihat senyuman yang terukir dibibir jejaka itu. Mungkin perbualan ini tidak seteruk yang dijangkakan.

"Duduklah, " ajak Gabriel bila dia melihat gadis itu masih teragak-agak untuk meluangkan masa berbicara dengannya.

"Boyfriend?" Tanya Gabriel kepada gadis itu dan kemudian mata dia berkalih merenung pemuda itu. Eh...tak nak pergi lagi ke? Kacau daun betul. Getus hati Gabriel.

Leo berasa tidak selesa dengan renungan lelaki yang dikatakan bukan boyfriend Eylem. Rasa tertipu. Betul ke bukan boyfriend? Pandang aku macam nak telan. Terasa dirinya seperti orang ketiga, Leo berkata.

"Hmmm...Eylem, aku ada kerja sikit. Kalau ada apa-apa nanti panggil je aku." Lepas tinggalkan pesanan begitu, Leo terus lesap.

Tak guna punya Leo! Dia tinggalkan aku seorang diri hadap Mr.Gorgeous ni? Memang tak boleh diharap langsung. Sumpah Eylem di dalam hati. Dia hanya mampu berkata di dalam hati saja, depan tuan empunya badan jangan harap dia berani nak berkata begitu. Tiba-tiba hatinya kembali berdegup.

"Awak tak jawab pertayaan saya." Kata Gabriel bila melihat gadis itu diam tidak berkutik seperti menunggu dijatuhkan hukuman pada bila-bila masa saja. Wajahnya nampak tidak selesa.

Eylem terpinga. Soalan apa? Dia sibuk melayan perasaan gementar dan takut. Kenapa lah dia mudah sangat gabra macam ni. Bukan dia buat salah pun. Apa yang nak ditakutkan sangat?

"Dia boyfriend awak?" Ulang Gabriel sambil menatap tepat ke wajah Eylem. Eylem tercengang. Soalan apa ni?

"Eh! Bukan. Rakan kerja je." Pantas Eylem menjawab. Matanya dipandang ke arah lain. Tidak sanggup pandang tepat pada wajah jejaka tampan di hadapannya. Terlalu bercahaya. Hatinya tidak siap menerima hidangan yang datang dengan tiba-tiba.

"Eylem?" Panggil Gabriel dalam nada tanya. Dia hanya nak memastikan nama gadis yang disebut adalah betul.

"Ya, saya." Jawab Eylem sepatah. Rasa ditemuduga pula oleh pegawai atasan.

"Janganlah takut. Saya tak makan orang pun." Kata Gabriel sambil ketawa kecil. Eylem hanya tersenyum sumbing untuk meredakan perasaannya. Memang la awak tak makan orang tapi awak boleh marah orang kan? Detik hatinya.

"Awak ada nak minum apa-apa? Order jelah. Saya belanja, " pelawa Gabriel.

"Tak apa. Saya tengah kerja. Nanti bos marah. Ni pun tak boleh lama-lama." Tolak Eylem secara baik. Rasa janggal pula bila orang rupawan tiba-tiba baik dengan dirinya.

"Hmm...kalau macam tu saya jumpa awak lepas kerja jelah."Cadang Gabriel.

"Eh! Nak buat apa? Saya tak salah apa-apa. Kalau Encik nak cari Mary. Dia dah tak kerja sini lagi. Tak payah cari dia lagi.” Cepat-cepat Eylem membuat keputusan. Dia tahu, ni semua gara-gara kes Mary pedajalkan Mr.Gorgeous dan Mr.Annoying hari itu, dia jadi mangsa. Kalau tidak, tiada makna lelaki seperti Mr.Gorgeous ni nak jumpa dengan dia.

“Bila masa saya kata nak jumpa dengan Mary. Cakap fasal Mary, kenapa dia tiba-tiba berhenti kerja?” Tanya Gabriel sedikit keliru. Eylem tercenggang.

“Encik bukan datang sebab Mary?” Tanya Eylem meminta kepastian. Gabriel menggelengkan kepala sambil berpeluk tubuh.

“Bukan nak marah sebab Mary pedajalkan Encik dan kawan Encik?” Tanyanya lagi. Gabriel menggelengkan kepalanya lagi.

“Habis tu kenapa Encik nak jumpa dengan saya?”Tanya Eylem kehairanan. Dia bersyukur kerana perkara yang ditakuti selama ini tiada kaitan dengan kedatangan Mr.Gorgeous hari ini.

Gabriel tersenyum manis mendengar soalan-soalan yang diutarakan oleh Eylem. Dia rasa dirinya tidak akan pernah bosan setiap kali melihat reaksi gadis di hadapannya. Dia mendekatkan tubuhnya ke hadapan sehingga jarak antara dia dan Eylem semakin dekat.

“Pertama sekali, tak perlu nak ‘berencik-encik’ dengan saya. Panggil saja Gab. Nama saya Gabriel. Nice to meet you, Eylem.” Kata Gabriel sambil tersenyum penuh makna.

Eylem terpana. Nice to meet you???

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience