16 :Ketahuan juga

Romance Series 13583

Mary melipat tisu tersebut menjadi saiz yang lebih kecil lalu disimpan ke dalam laci bersebelahannya. Dia berfikir, apa yang perlu dia lakukan apabila Carl datang ke sini lagi? Malunya masih menebal.

Hmm...apa aku nak cakap, bila jumpa dengan dia nanti? Hari tu bukan main power mulut aku, siap pedajalkan minuman dia lagi. Tapi dia pun biadap juga. Main-mainkan nama aku. Tapi...dia selamatkan aku. Arghhh...banyaknya tapi. Pening lah macam ni. Lantaklah! Malas peduli. Hati Mary berperang sesama sendiri.

Mary menjenguk ke dalam beg kain yang berwarna merah. Di dalam beg itu ada sebuah termos yang masih panas. Dia membuka penutup itu dan sejurus itu, semerbak harum bau bubur ayam menusuk hidung Mary. Mary mengesat air liurnya yang mula terbit di hujung bibirnya. Perutnya tiba-tiba menyanyikan lagu dondang sayang.

Mak aihh...sedapnya bau! Jadi lapar pula perut aku. Dari malam semalam tak sempat nak makan apa-apa. Nasib baik kau tak bagi bubur air je kat aku. Terima kasih. Ucap Mary di dalam hati. Bibirnya menguntumkan senyuman. Bersyukur dengan kebaikan hati Carl. Rezeki depan mata jangan ditolak.

Sudu? Mana sudu? Detik hati Mary. Dia tercari-cari di dalam beg itu lalu dia terjumpa sudu yang dicarinya. Prihatin betul mamat ni. Sudu, napkin, air mineral. Semua ada. Lengkap! Bisik hati Mary. Dia tersenyum lagi lalu dengan senang hati dia menjamah keenakan bubur ayam yang dibawa oleh Carl.

Haihh...bertuah punya badan. Kalau aku dapat makan makanan sedap macam ni setiap hari kan best. Tak perlulah aku asyik beli makanan kat kedai atau harapkan Eylem masak untuk aku. Hatinya berbicara. Pagi itu, Mary menjamu selera dengan bekal makanan yang dibawa oleh Carl. Makanan hospital ditolak tepi.

Sekali lagi, Mary membuka mata dia seluas-luasnya. Dia menjenguk ke arah pintu bilik sakit yang sudah terkatup rapat. Dia tersenyum lega. Setiap kali dia buat begitu, jantungnya akan berdegup dengan laju. Hehehe...mission completed! Hatinya tertawa keriangan.

Beg merah yang berisi makanan dikerling dengan hujung mata. Tangannya pantas mencapai beg itu dan menyelongkar segala isi yang ada. Dia tercari-cari nota yang biasa ditinggalkan oleh Carl. Tiada.

Dia menjongketkan bahu. Tak apa. Nota tak penting. Yang penting makanan hari ni. Apa yang dia bawa untuk aku hari ni? Hati Mary tertanya-tanya.

Ini sudah masuk hari yang ketiga Carl datang melawat dia di hospital. Setiap pagi Carl mesti datang ke biliknya. Kemudian lelaki itu juga akan menjenguknya pada waktu petang atau malam. Mary sangat seronok dan gembira setiap kali lelaki itu datang melawatnya kerana Carl akan membawa makanan yang lazat dan setiap kali itu jugalah dia berpura-pura tidur hinggalah Carl selamat keluar dari biliknya. Nasiblah...tuan badan aku tak nak jumpa tapi makanan yang dia bawa aku nak.

Mary tersengih dengan kebijaksanaan dirinya. Dia membuka bekas tupperware yang mengandungi beberapa ketulan gorengan yang berwarna perang keemasan. Apa ni? Croquettes? Ini croquettes makanan Jepun tu kan? Mana mamat ni dapat? Dia beli ke? Beli kat mana? Tapi dia letak dalam bekas tupperware. Ke dia yang buat? Hmm...boleh caya ke dia yang buat? Muka kerek mulut tak bertapis tu yang masak? Banyak betul persoalan yang bermain di mindanya.

"Hahahahaha....." Akhirnya meletus juga ketawa. "Tak mungkin..tak mungkin..Tak mungkin mamat kerek tu pandai masak. Dia masak? Hahahaha..." Mary masih tertawa dengan fikirannya sendiri yang dikira lucu. Sambil dia mengunyah croquettes, fikirannya terbayang Carl berada di dapur sedang memakai apron berwarna pink milik Eylem yang penuh dengan rompol-rompol dan bunga-bunga. Belum lagi tambah kain berbentuk segitiga yang diikatkan di kepala seperti dalam komik-komik jepun yang dia baca. Mesti kelakar. Entah kenapa apron milik Eylem datang menyelinap ke dalam fikirannya. Mungkin itu saja contoh yang dia ada.

"Hahahaha..." Dia ketawa lagi dengan mulutnya masih penuh dengan croquette. Tak senonoh punya anak dara.

"Nampaknya kau makin sihat. Sedap?" Kata seorang lelaki. Dia bersandar di balik pintu sambil berpeluk tubuh. Dia tersenyum senget ke arah Mary.

Saat itu juga mata Mary terbuntang melihat jejaka yang ada di hadapannya. Kenapa dia boleh muncul di sini? Tawanya terhenti dan makanan yang memenuhi mulutnya cuba ditelan tetapi terasa tersekat di kerongkong.

"Uhuk..huk..huk.." Mary terbatuk-batuk. Dia menepuk-nepuk dadanya yang tiba-tiba sesak. Tekaknya pula perit menahan sakit. Inilah padahnya makan tak ikut tertib.

"Kau ni makan macam budak kecil. Sampai tersedak. Cuba makan perlahan-lahan." Carl membebel sambil tangannya tangkas membuka penutup botol mineral lalu diberikan kepada Mary.

Mary terus mengambil air mineral itu lalu meneguknya dengan rakus. Carl menggosok perlahan belakang Mary agar dapat membantu sedikit penghadaman gadis itu.

"Terima kasih." Kata Mary sepatah.

Setelah itu dia menahan tangan Carl dari terus menggosok belakangnya. Dia kurang selesa bila ada lelaki yang bersahaja menyentuh tubuhnya. Kelmarin saat tubuhnya tidak berdaya, dia terpaksa merelakan lelaki ini memegang dan mendukungnya. Tapi kali ini, dia sedar dan sihat jadi dia tidak akan sewenang-wenangnya membenarkan lelaki itu sesuka hati menyentuh dirinya . Carl yang sedar atas keterlanjurannya, segera menarik tangan dia ke sisi kembali.

"Em. Sorry!" Kata Carl senada, kemudian dia kembali bertanya apabila dia melihat Mary masih menundukkan kepala. "Kau okay tak?" Ada sedikit kerisauan dalam nadanya.

"O..okay, " jawab Mary tersekat-sekat. Kepalanya ditunduk ke bawah. Bibirnya diketap berkali-kali. Bila dia terfikir perbuatannya yang kurang sopan, rasa malu semakin menebal di mukanya. Kalau dia mampu bergerak, sekarang ini juga dia mahu menyorok bawah katil.

"Kalau okay, kenapa bercakap tak pandang aku?" Soal Carl lagi. Nadanya sedikit mengusik. Dia sudah duduk di hujung birai katil Mary. Kakinya di silang manakala tangannya berpeluk tubuh.

Dia merenung wajah Mary yang putih bersih. Dia cuba bertentang mata dengan gadis itu tetapi sangat sukar kerana gadis itu sering melarikan matanya ke arah lain. Carl tersenyum memerhati gelagat Mary. Kalau dulu bukan main berani gadis ini berlawan mata dengannya. Sekarang ni? Menjeling pun tidak.

"Hmm...apalah nasib badan. Dah lah kita tolong dia. Bawakan dia makanan sedap-sedap. Macam ni dia layan kita. Sedih betul!" Kata Carl dalam nada rajuk yang dibuat-buat. Matanya masih tepat memandang ke arah Mary.

Mary berdecit kesal. Kata-kata Carl membuatkan diri dia semakin gelisah. Panahan mata Carl pula menjadikan dia tidak tentu arah. Kenapalah dia masuk semula ke dalam bilik ni? Soal Mary sebal di dalam hati.

"Kenapa masuk sini semula?" Tanya Mary cuba mengubah topik. Disebabkan ego dan malu yang masih menggunung, dia tetap tidak memandang wajah Carl. Kata-katanya juga menjadi terhad.

"Oh! Jadi kau tahu aku datang." Perli Carl. Kata-kata Carl menyebabkan Mary menepuk-nepuk mulutnya dengan perlahan. Kan dah kantoi! Marah Mary di dalam hati. Carl hanya tersengih lalu menghulurkan sesuatu kepada Mary.

"Aku lupa nak bagi benda ni kat kau. Sebab tu aku masuk semula." Seraya itu, Carl meletakkan sekeping nota di atas riba Mary.

Sebelum dia berjumpa dengan Mary semula, dia pergi ke kaunter pertanyaan sekejap untuk mendapatkan sekeping kertas bersaiz kecil. Mungkin inilah hikmahnya kenapa dia boleh terlupa untuk sediakan nota.

Mary memandang nota yang ada atas ribanya. Dia mengeluh kesal. Kerana kau, aku kantoi dengan mamat ni. Desis hati Mary.

Carl merenung jam di pergelangan tangannya. Dia sudah lewat ke pejabat.

"Aku ada kerja ni. Lepas ni kalau aku datang, jangan pura-pura tidur pula." Kata Carl lalu mengusap kasar kepala Mary dan terus berlalu keluar dari bilik itu.

Mary sudah ternganga. Itu pun dia tahu? Alahai...makin malu aku dibuatnya. Mary menutup muka dia dengan kedua-dua belah telapak tangan lalu menjerit kecil seolah melepaskan geram dan malu yang terbuku di hatinya.

Suzie merenung suaminya dengan hati yang membara. Semakin hari semakin tercabar hatinya sebagai seorang perempuan.

"You nak pergi mana malam-malam macam ni?" Tanya Suzie tidak puas hati.

"I nak pergi hospital." Jawab lelaki itu sepatah.

"You jangan nak tipu I, Daniel. Ni mesti you nak menggatal cari betina tu lagi kan?" Soal Suzie. Nadanya sudah meninggi.

"Suzie, watch your mouth! She is my sister. Tak boleh ke you cakap elok-elok sikit." Tegur Daniel.

"You jangan ingat I bodoh. Dia cuma adik angkat you. Adik angkat you! Bukan adik kandung you." Balas Suzie dengan matanya mencerlung ke arah Daniel.

"So what? Adik kandung atau adik angkat bagi I tak ada beza. Dia amanah I yang kena I jaga. Dunia akhirat dia tetap adik I. Cuba lah you faham. Bukan you kenal dia sehari dua. Sebelum you kahwin dengan I, you dah tahu I memang ambil berat pasal dia." Kata Daniel bersahaja. Dia kembali membalas renungan isterinya.

"Daniel, you jangan ingat you boleh bodohkan I. You layan dia lebih daripada seorang adik angkat. Entah-entah you dah pernah tidur dengan dia. Tengok muka betina tu pun I dah tahu dia perempuan jalang." Provok Suzie.

Daniel sudah menggelengkan kepala. Dia tidak tahu mana silapnya. Semakin hari dia tinggal bersama dengan Suzie semakin hari dia tidak mengenali wanita itu lagi.

"Astaghfiruallahalazim....Apa yang you merepek ni Suzie? Istighfar lah banyak-banyak. Tak baik you buruk sangka apatah lagi hina Mary macam tu. Jatuh fitnah tau. I dah kata, Mary tu adik I. I tak sejahil yang you fikirkan." Tegur Daniel lagi.

"You jangan nak jadi ustaz. Nak ceramah dekat I. Zaman sekarang sumbang mahram boleh berlaku, ini kan pula you yang tiada pertalian darah dengan betina tu. You ingat I percaya kata-kata you. Kalau you masih juga nak jumpa dia, you ceraikan I." Ugut Suzie.

"Suzie!!!" Lantang Daniel memanggil nama isterinya. Dia jarang sekali naik angin tapi isterinya agak melampau malam ini. Dia merenung tajam ke arah isterinya.

"I tak tahu apa yang telah merasuk fikiran you. Lebih baik you pergi rehat dan tidur." Arah Daniel. Menggigil dia menahan amarah. Dia malas berhadapan dengan isterinya lebih lama, ada kang yang makan penampor! Daniel terus melangkah keluar.

Suzie menjerit kegeraman. Dia menaiki tangga sambil menghentakkan kakinya ke lantai. Bengap punya jantan!! Dia mendail nombor seseorang.

"Dia dah keluar. Kita jumpa di tempat biasa." Kata Suzie lalu menukarkan baju yang lebih anggun dan seksi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience