14 :Dari hati ke hati I

Romance Series 13583

"Well, well, well. What a beautiful sight, I had ever seen. So sweet and romantic. He is your boyfriend?" Tanya wanita itu sambil menatap tepat ke arah Eylem. Wanita itu tersenyum lebar tapi pada Eylem, pandangan wanita itu seperti memperlekehkan diri dia. Eylem terdiam.

"Apa you buat dekat sini?" Gabriel sudah menjeling kegeraman. Dia terkejut melihat kehadiran wanita itu. Kenapa dalam banyak-banyak tempat mesti terserempak di sini juga? Ada Eylem pula tu.

"Of course, I datang sini nak makan. Tunggu you ajak I? Sampai kiamat pun tak merasa. Maybe after, our wedding? Siapa tahu kan?" Provok wanita itu. Caranya sangat bersahaja. Tidak agresif tapi kata-katanya makan dalam.

"Watch your mouth, Adelle. We're nothing!" Gabriel memberi amaran. Nadanya tegas tapi masih perlahan. Tidak mahu kecoh.

"Hahaha..Are you sure? Me or her?" Adelle tertawa sambil menumpu kembali pandangannya ke arah Eylem. Gabriel di sisi tidak dihiraukan. Adelle mendekati Eylem sambil menepuk perlahan bahu gadis itu.

"Darling...Don't ever trust him. Okay? You want to know, who is he? He will be my future husband. Don't waste your time to be here. Just go home and have a good sleep." Pesan Adelle sambil tersenyum manis. Nadanya tidak tinggi atau terlalu rendah. Santai tapi Eylem yang mendengarnya seperti panas hati. Macam mengejek dirinya pula.

Kenapa sejak dia berkenalan dengan Gabriel hampir semua perempuan dalam dunia ini perlu menjadi musuhnya? Eylem tidak mahu nampak lemah. Eylem memandang tepat ke anak mata Adelle dan memberikan senyuman paling manis yang pernah dia ada.

"Okay. Thank you, sister!" Jawab Eylem ringkas dengan nada yang ceria. Eylem saja memanggil Adelle dengan panggilan 'sister' kerana wanita itu nampak lebih tua darinya.

Gabriel yang mendengarnya tergamam. Lakonan apa yang dia lihat sekarang ini? Walaupun nampak bersahaja, Gabriel dapat merasakan aura hitam yang keluar dalam diri kedua-dua perempuan di hadapannya.

"Hahaha..." Ketawa Adelle semakin membesar. Sedikit pun dia tidak terasa dengan panggilan Eylem terhadap dirinya. "You're so interesting. That's why he likes you. See you later, darling." Kata Adelle. Setelah itu dia melangkah pergi. Sekilas pun dia tidak memandang ke arah Gabriel.

Gabriel mengelengkan kepala melihat telatah Adelle. Tak ada hujan, tak ada ribut, tiba-tiba wanita itu muncul sekadar bercakap perkara yang merapu kemudian terus lesap macam tu saja. Gabriel memang pasrah kalau berhadapan dengan Adelle. Wanita pelik!

Gabriel ingin berkata sesuatu pada Eylem tetapi telefon bimbitnya bergetar. Nama Carl tertera di skrin. Why now? Desis hati Gabriel. Dia mengabaikan panggilan telefon itu. Sebenarnya ketika Adelle sampai lagi telefonnya sudah bergetar tapi dia tidak ada masa nak peduli semua itu. Suasana yang agak tegang membuatkan dia sedikit alpa. Tumpuannya kembali ke arah Eylem.

"Awak jangan dengar kata-kata dia. She is nothing and a little bit weird." Sangkal Gabriel. Memang betul, dia dan Adelle tiada apa-apa hubungan.

"It's okay. She is a good sister. I don't mind." Balas Eylem lalu kembali menyuap makanan ke dalam mulutnya.

Sebenarnya kalau nak dibandingkan Adelle dengan Mon dan Sera, wanita itu lebih baik. Dia tidak mengutuk dirinya cuma sekadar memberi 'nasihat'. Hati dia kembali tenang bila memikirkan hal tersebut.

"Tapi..." Kata-kata Gabriel terhenti apabila telefonnya tidak henti-henti bergetar. "Wait for a second." Akhirnya, Gabriel menjawab panggilan telefon itu. Eylem hanya menganggukkan kepala.

Tidak berkalih sedikit pun mata Gabriel daripada melihat Eylem yang tidak henti-henti memasukkan makanan ke dalam mulutnya. Gerakan tangan Eylem semakin laju seiring dengan kunyahan di mulut gadis itu. Kemudian, pemanis mulut yang siap di hidang disambar tanpa ragu-ragu. Dia sumbat dan terus menyumbat ke dalam mulutnya yang kecil. Walaupun Eylem nampak berselera tetapi wajah gadis itu tiada ekspresi. Gabriel mengeluh di dalam hati.

"What's up, man?" Tanya Gabriel. Sejurus dia berkata itu, dia mendengar Carl sudah membebel macam nenek kebayan di talian. Gabriel hanya mendiamkan diri kerana memang salah dia, sengaja mengabaikan panggilan lelaki itu.

"Siapa yang sakit?" Tanya Gabriel penuh tanda tanya tapi Carl hanya menggesa dia datang ke hospital dan bawa sekali teman wanitanya. Dia faham maksud Carl tetapi kenapa mesti bawa Eylem pergi bersama. Macam tau-tau dia ada dengan Eylem. Setelah itu, Gabriel terus menutup panggilan tersebut.

"Tadi, Uncle saya telefon. Dia suruh saya pergi hospital. Emergency katanya." Kata Gabriel perlahan dan merenung wajah Eylem.

Eylem mengakat mukanya. Pipinya sedikit kembung, penuh dengan makanan di mulut. Dia mengunyah laju makanan tersebut. Bila sudah pasti makanan itu hancur barulah dia telan.

"Sorry." Kata Eylem apabila sedar dia berkelakuan tidak sopan tadi. "Okay, saya faham. Hal family. Kalau macam tu awak kena pergi cepat. Nampak mustahak sangat tu. Saya boleh balik sendiri. " Kata Eylem bersahaja.

Kalau ikutkan hati, dari tadi dia nak berambus dari tempat ini kerana dia berasa kekok dengan kejadian tadi. Tapi memikirkan makanan di atas meja yang masih banyak tersisa, dia menahan diri dari terus pergi. Siapa tahu mungkin ini kali terakhir dia datang ke sini.

"No. Awak ikut sekali." Kata Gabriel lalu bangun dari tempat duduk dia. Dia merenung mata Eylem yang membulat.

"Hah? Makanan ni macam mana? Tak akan nak tinggal macam tu je." Rungut Eylem dengan nada yang rendah.

Kalau pi kedai mamak lama dah aku tapau bawa balik. Tapi kalau kat sini tak akan nak buat perangai macam tu pula. Bisik hati Eylem.

Baru Gabriel tahu, Eylem memang hantu makan. Apa yang ada dalam otak gadis itu hanya ada makanan saja walau di mana gadis itu berada, walau apapun keadaan yang gadis itu hadapi.

"Tak apa. Lain kali kita datang sini lagi. Lagipun, Uncle saya suruh awak datang sekali ke hospital. Kalau dia tak suruh pun, saya tak akan tinggalkan awak sorang-sorang kat sini. Understand?" Pujuk Gabriel lantas tanpa menunggu balasan dari Eylem, dia terus menarik tangan gadis itu mengikutinya keluar dari restoran tersebut.

Eylem kebingungan. Kenapa pak cik Gabriel nak jumpa aku? Musykil betul!

Sampainya mereka di hospital, Gabriel terus pergi ke wad yang diberitahu oleh Carl sambil tangannya masih memimpin tangan Eylem. Eylem membiarkan saja seolah dia sudah terbiasa. Ini bukan kali pertama Gabriel memegang tangannya.

"Carl kenapa kau boleh ada kat sini?" Terus soalan itu diutarakan oleh Gabriel apabila dia ternampak kelibat Carl sedang berdiri di luar bilik sakit.

Lelaki itu masih dengan pakaian kerjanya. Walaupun sudah tidak sekemas pagi tadi dengan tie sudah tercabut dan hanya tergantung dileher saja, lengan kemeja disising ke siku, Carl tetap tampak segak dan menawan sehingga jururawat yang lalu lalang di situ saling berbisik sesama sendiri. Kadang-kadang mereka tersenyum manis ke arah Carl.

"Kenapa kau lambat? Aku telefon kau banyak kali." Rungut Carl. Wajahnya sedikit sugul. Kasihan Gabriel melihatnya. Jelas terukir kepenatan di wajah lelaki itu.

"Sorry ada hal tadi. Dah lama kau kat sini?" Soal Gabriel.

"Tak lah lama sangat. Baru juga." Balas Carl dan matanya memandang ke sisi Gabriel. Dia melihat muka Eylem begitu serius dan khusyuk merenung wajahnya. Walaupun hati dia sedang gundah gulana, Carl ingin ketawa geli hati apabila melihat wajah Eylem seperti itu tapi ditahan dirinya.

"Ingat lagi siapa saya?" Tanya Carl dengan nada yang mengusik.

Dahi Eylem berkerut. Dia memerah otaknya untuk mengingati lelaki di hadapan dia. Wajah lelaki itu memang pernah dia lihat di mana-mana. Matanya membulat dan bibirnya terbuka luas apabila memori yang semakin pudar dalam ingatan kembali jelas.

"Oh! Saya dah ingat. Awak lah Mr. Annoying tu kan?" Tanya Eylem dengan nada sedikit terkejut. Dia terlupa tentang panggilan yang digunakan untuk Carl.

"Hahaha..." Akhirnya meletus juga tawa Carl yang ditahan dari tadi. Gabriel yang mendengarnya juga tidak menyangka Carl dapat panggilan, lelaki yang 'annoying'. Pertama kali dia dengar. Biasanya, perempuan selalu memuji ketampanan pak ciknya itu.

"Amboi! Gab awak panggil Mr. Gorgeous tapi saya, awak panggil Mr. Annoying. It's not fair, little girl." Rajuk Carl selepas tawanya terhenti.

Eylem jadi serba salah. Bukan dia sengaja. Semua itu spontan keluar dari bibir dia. Bimbang pula Mr. Annoying naik angin dekat hospital malam-malam ni.

"Sorry, saya bukan sengaja. Saya tak tahu nama awak. Itu sebab saya panggil..."

"It's okay. Nama saya Carl. Lepas ni tak perlu panggil saya Mr. Annoying lagi." Ucap Carl tenang.

Dia pun sudah tidak larat nak marah-marah di sebabkan hal kecil macam ni. Semua kemarahannya sudah dilempiaskan kepada lelaki yang hampir memperkosa Mary. Eylem hanya tersengih dan tiba-tiba dia teringat sesuatu lalu pandangannya beralih kepada Gabriel yang ada di sisinya.

"Awak kata nak jumpa Uncle awak. Mana Uncle awak?" Tanya Eylem sambil matanya meliar mencari lelaki yang sedikit berumur tetapi tidak berjumpa.

Gabriel berdeham beberapa kali.

"Inilah Uncle saya yang saya maksudkan tadi." Kata Gabriel sambil tangan dia menunjukkan ke arah Carl.

"Hah! Carl, uncle awak? Unbelievable!" Kata Eylem dengan nada tidak percaya. Anak-beranak sama-sama 'gorgeous'. Fikir Eylem.

"Little girl percaya atau tak itu kenyataannya." Balas Carl bersahaja.

"Okay, back to the real topic. What's going on?" Gabriel kembali bertanya.

"Mary ada dekat dalam. Dia cedera. Doktor tengah periksa. Sebab tu aku suruh kau bawa Eylem sekali. Aku tak tahu sedara terdekat Mary kecuali Eylem." Terang Carl.

Eylem terkejut. Mendengar Mary cedera, serta merta dia menjadi kalut. Malam ini banyak sangat perkara yang membuat jantungnya tidak henti berdegup pantas.

"Mary cedera? Macam mana dia boleh cedera? Teruk ke?" Tanya Eylem bertubi-tubi. Nadanya sudah bergetar. Dia risau. Gabriel yang sedar perubahan itu menepuk-nepuk bahu Eylem memberi semangat kepada gadis itu.

Carl menceritakan kejadian tersebut dari mula hingga akhir membuatkan Eylem dan Gabriel terdiam. Usai bercerita, Carl memandang serius ke arah Gabriel.

"Aku nak tanya kau, Gab. Kenapa kau tipu aku? Kau kata Mary dah tak kerja di kafe tu lagi." Kata Carl sedikit sangsi. Nadanya sedikit keras.

"Aku tak tipu kau. Eylem bagitahu aku, Mary tak kerja kat situ lagi." Balas Gabriel sambil memandang Eylem yang mula mengelabah.

"So, maknanya Eylem yang tipu kau." Ungkap Carl sambil berpeluk tubuh. Nadanya serius dan pandangan matanya tepat ke arah Eylem.

"Carl. Aku tak suka cara kau cakap dengan Eylem. Please respect her like I had respect all your women." Tegur Gabriel perlahan.

Dia benci melihat situasi ini. Hari ini, dia fikir hari yang bahagia tapi rupanya banyak perkara yang tidak terduga berlaku secara serentak. Bak kata pepatah melayu, ku sangka panas hingga ke petang rupanya hujan di tengah hari.

"Okay, fine! Aku bukan sengaja. Tapi aku frusted bila benda ni berlaku pada Mary." Luah Carl lagi.

Eylem sudah berdiam diri. Gabriel mengeluh sedikit. Dia merenung wajah Carl yang sedikit kusut dan tidak tenteram.

"Aku tak pernah tengok kau macam ni. Kau suka Mary?" Saja Gabriel bertanya. Dia tidak pernah tengok Carl terlalu peduli kepada seorang perempuan. Lagi-lagi gadis yang tiada hubungan dengannya. Sekurang-kurangnya dengan persoalan itu, Carl akan buka matanya untuk mengenal pasti perasaannya sendiri.

"What nonsense you're talking about?" Sangkal Carl sedikit terkejut. Tidak mengiyakan, tidak juga menidakkan kenyataan itu. Gabriel sudah menggelengkan kepala.

"So, kalau bukan sebab tu just relaxed brother. Sekarang ni Mary dah selamat. Lepas ni, bukan tanggungjawab kau nak peduli fasal Mary. Kau boleh balik dan rehat." Kata Gabriel. Dia malas letak harapan yang tinggi pada Carl.

"Tak. Aku akan tunggu kat sini sampai aku tahu keadaan sebenar Mary macam mana." Tegas Carl berkata.

"It's up to you. Aku nak cakap sekejap dengan Eylem. Apa-apa nanti panggil saja kami." Kata Gabriel. Carl menganggukkan kepala. Gabriel memandang Eylem yang setia di sisinya.

"Eylem, let's talk. Shall we?" Ajak Gabriel.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience