22 :Hati Hitam

Romance Series 13583

Mon memerhati gerak geri Eylem yang disambut oleh lelaki pujaannya. Sakit hatinya usah dikata.

"Sudahlah tu Mon. Kau tenung sampai tembus pun tak ada apa yang kau dapat. Jomlah balik." Ajak Sera.

"Aku tak boleh blah lah....Menyampah tengok betina tu. Nak sweet-sweet dengan laki pujaan aku. Pergi dan balik nak berhantar. Mengada betul! Tak tahulah apa yang bagus sangat tentang minah tu." Rungut Mon lagi.

"Beb, kumbang bukan seekor. Banyak lagi yang boleh jadi pilihan. Kau tak payahlah nak dengki dengan dia. Dah tuah dia, dapat laki hensem dan kaya macam tu." Tegur Sera. Mon menjeling ke arah Sera dengan tidak puas hati.

"Kenapa kau macam ni?" Tempelak Mon. Dia menjeling tidak puas hati.

"Apa maksud kau?" Sara saling berpandangan dengan Mon. Sungguh dia tidak mengerti.

"Yalah... Kebelakangan ini, kau asyik bela minah tu je. Kau kena sogok duit atau apa? Aku tahulah kau perlukan duit tapi tak akan nak tikam belakang kawan kot." Perli Mon.

Wajah Sera bertukar riak. Dia tidak senang mendengar kata-kata Mon seolah memperlekehkan dirinya.

"Kau cakap baik sikit. Aku penatlah layan karenah kau. Always do something useless! Lantak kau lah. Aku nak balik." Kata Sera dengan nada yang agak tinggi. Dia agak terasa hati dengan kata-kata Mon. Lantas dia terus berlalu pergi tanpa sedikit menoleh ke arah Mon.

Mon agak terpana melihat sahabatnya yang selama ini hanya mengikut telunjuknya sanggup bertegang urat dengan dia semata-mata kerana betina tidak sedarkan diri itu. Semakin bertempek-tempek rasa sakit hati dan benci dia terhadap Eylem.

Mon melangkah ke tempat letak kenderaan dengan penuh dendam yang membara di dalam hatinya. Dia tekad untuk membinasakan hidup Eylem biar gadis itu sedar diri dan tahu langit itu tinggi atau rendah.

"Kau siapa?" Soal Mon dengan nada yang agak terkejut. Yalah siapa yang tidak terkejut, tiba-tiba datang seorang perempuan menyapanya dari belakang. Siap dengan cermin mata gelap lagi tapi raut wajah perempuan itu seperti pernah dilihat tapi dia lupa di mana.

"Just call me G. I have something to discuss with you. Should we find any place to talk?" Ajak wanita bercermin mata hitam itu. Gaya angkuhnya membuat Mon sakit mata melihatnya.

"Hey, Miss G or what so ever. I never know you. Aku tak berurusan dengan orang macam kau ni. Suspicious and weirdo." Cemuh Mon selamba lalu dengan segera dia cuba meninggalkan wanita itu tetapi lengannya di tahan. Mon menepis dengan kasar.

"Don't you dare, touch me!" Marah Mon. Sudahlah hatinya masih sakit melihat kemesraan Eylem dengan lelaki pujaannya ditambah pula dengan sikap Sera yang semakin tidak sebulu dengannya menyebabkan hati Mon sebal tidak terhingga. Datang pula minah pelik menganggu dirinya, membuatkan dia naik angin.

"Alright. I'm sorry, okay. Huh! You are really hard to deal but it's fine by me." Rungut wanita bercermin gelap itu. Masih dengan gaya angkuhnya. Mon yang mendengarnya merenung tidak puas hati. Eee....minah gedik ni, ada sekejap lagi aku pelangkung dengan helmet ni karang. Marah Mon di dalam hati.

"By the way, I just want to help you, sis. Plus you can get cash of money from me. How it's? Interested?" Tawar wanita itu lagi.

Mon memberi pandangan pelik. Dia sedikit musykil jika melibatkan wang ringgit tapi memandangkan dia tidak rugi apa-apa, lebih baik dia dengarkan terlebih dahulu apa motif perempuan gedik ini bertemu dengannya.

"Apa maksud kau?" Tanya Mon kembali ingin tahu.

"That's why I said I need to discuss something with you." Kata wanita itu sambil berpeluk tubuh.

"Okay. Let's talk about it." Balas Mon setuju dengan permintaan wanita itu. Wanita itu tersenyum senget ke arahnya. Mon menggelengkan kepala melihat gelagat wanita di hadapannya. Firasat hatinya berkata, dia mungkin tidak sebulu dengan wanita itu tapi mereka mungkin mempunyai tujuan yang sama.

Gabriel memandu keretanya dengan tekun. Sesekali dia menoleh ke sisi. Raut wajah Eylem yang agak suram diteliti sekali imbas.

"What's wrong sweetheart?" Soal Gabriel prihatin dengan perubahan yang berlaku pada diri Eylem. Kebiasaannya, wajah buah hatinya itu ceria saja tetapi hari ini seperti ada sesuatu yang menyedihkan hati gadis itu.

Eylem hanya membatukan diri. Dia bersandar menghampiri pintu kereta sambil matanya memandang ke arah luar tingkap. Persoalan Gabriel ditinggal sepi tanpa balasan.

Jika tidak kerana dirinya sibuk memandu pasti sekarang ini tumpuannya hanya pada Eylem tetapi memikirkan keselamatan mereka berdua paling utama, Gabriel hanya bersabar melihat jasad Eylem yang zahir di sisinya tetapi minda gadis itu melayang entah ke mana.

Dua minit berdiam diri, terasa begitu lama buat Gabriel akhirnya dia meraih tangan Eylem dan menggenggam tangan yang kecil dan mulus itu memberi petanda bahawa dirinya masih wujud di sisi gadis itu. Seakan tersedar daripada lamunan yang panjang, Eylem segera memberi memberi respon.

"Ada apa?" Tanya Eylem sedikit terkejut. Pandangannya kini sudah beralih ke arah Gabriel yang masih fokus memandu. Dia cuba melepaskan genggaman Gabriel kerana dia tidak biasa tetapi semakin cuba dilepaskan semakin kuat genggaman lelaki itu. Akhirnya, Eylem mengalah membiarkan tangannya dipegang oleh Gabriel.

"Kenapa ni?" Tanya Gabriel sepatah. Soalan yang ringkas tetapi sangat bermakna buat Eylem bila mendengarnya.

"Tak ada apa-apa. Terima kasih sebab tanya." Balas Eylem sambil tersenyum nipis. Dia rasa terharu melihat keprihatinan Gabriel terhadapnya tetapi pada dia masalah yang dia hadapi ini bukanlah masalah yang berat jadi Gabriel tidak perlu tahu. Masalah di tempat kerja itu perkara biasa.

Sesaat Gabriel merenung wajah Eylem.

"Betul ni? Atau awak marah saya sebab datang lewat?" Tanya Gabriel memberi andaian. "Sorry, saya tak sengaja tidur sampai tak sedarkan diri tadi." Terang Gabriel lagi. Gusar jika itu punca wajah Eylem muram.

"Ke situ pula. Tak ada apa-apalah. Cuma penat sikit hari ni." Dalih Eylem sambil cuba menunjukkan wajah cerianya tetapi cubaan itu tetap tidak dapat menipu mata kasar Gabriel.

"Betul ni?" Tanya Gabriel lagi, meminta kepastian.

"Betul! Tak ada apa-apa. Jangan risau lah." Kata Eylem bersungguh-sungguh.

Gabriel mendiamkan diri seketika menghadam kenyataan buah hatinya.

"Okay saya terima alasan awak. Tapi bila awak dah bersedia, just tell me. Awak kena ingat, saya sentiasa ada untuk awak." Ucap Gabriel sedikit serius.

Eylem ketawa kecil mendengarnya.

"Kenapa awak ketawa? Saya serius ni." Kata Gabriel.

"Tak adalah. Saya dengar ayat awak macam ayat dalam buku je. Tak sangka saya dapat dengar secara life. Hehehe..." Tawa Eylem yang masih bersisa membuatkan hati Gabriel sedikit tenang.

Tak apa, Gab. Bagi dia masa. Bisik hati lelakinya.

"Tapak tangan ni kenapa ada plaster?" Soal Gabriel ingin tahu bila dia rasakan ada benda asing pada tapak tangan buah hatinya.

"Oh! Luka sikit. Tadi terlanggar rak besi." Kata Eylem. Gabriel yang mendengarnya segera mencari peluang memberhentikan kereta di tepi jalan.

"Eh! Kenapa berhenti?" Tanya Eylem sedikit panik. Tiba-tiba saja kenderaan mereka berhenti di tepi jalan.

Gabriel tidak menghiraukan pertayaan Eylem lalu dia terus membelek luka yang ada pada tapak tangan Eylem.

"Macam mana boleh luka?" Soal Gabriel semakin serius. Riak wajah Gabriel yang tenang dan penuh kebimbangan membuatkan Eylem sedikit tergamam.

"Biasalah ni. Tempat kerja macam tu kalau ada luka sikit-sikit tu perkara biasa." Jelas Eylem. Tenungan Gabriel membuatkan Eylem tak senang duduk.

Gabriel hanya berdiam diri. Dia membuka plaster tersebut tanpa izin. Eylem mengaduh sakit bila gam plaster yang terkena tempat yang ada luka ditanggalkan. Mendengar rintihan Eylem, Gabriel memperlahankan gerakannya dan lebih berhati-hati. Setiap respon Eylem diambil kira.

Eylem hanya menahan sakit. Disebabkan dia tiada masa yang banyak untuk merawat dan menilik lukanya ketika bekerja, dia tidak perasan saiz luka itu agak tidak padan dengan plaster yang digunakan. Seharusnya dia menggunakan kapas untuk menutup luka itu.

Eylem memerhati gerak geri Gabriel dalam diam. Bibir seksi lelaki itu terkunci rapat, hanya tangan sasa itu yang tangkas merawat lukanya. Eylem tidak sangka Gabriel seorang yang sangat bersedia dengan segala kelengkapan hingga peti kecemasan yang ada, sangat lengkap dengan segala isinya. Setelah siap, Gabriel mengusap perlahan bahagian luka itu dengan ibu jarinya lalu di lepaskan jari jemari Eylem dan mengemas segala peralatan yang telah digunakan.

"Kenapa tenung macam tu?" Eylem tersengih mendengar pertanyaan Gabriel.

"Tak sangka awak pandai rawat orang lain. Thank you."

"It's alright sweetheart. Kalau benda kecil saya tak boleh uruskan macam mana saya nak jaga awak, insan yang terpenting dalam hidup saya." Ucapan Gabriel yang bersahaja membuatkan Eylem tertunduk malu. Gabriel hanya tersenyum kecil melihat reaksi buah hatinya yang tersipu malu.

"By the way, luka tu nampak tak besar tapi agak dalam so be careful supaya luka tu tak terbuka. And next time, be careful with your body. I don't want you to be hurt." Pesan Gabriel lagi. Eylem hanya menganggukkan kepala.

"Good! So now, kita gerak pergi makan then pergi hospital lawat Mary lepas tu saya hantar awak balik." Kata Gabriel dengan ceria.

"Okay." Sahut Eylem sedikit gembira. Lupa sekejap dengan masalah yang melanda dirinya. Sekelip mata kereta mereka meluncur laju membelah jalan raya.

Maggie menguis-guis makanan yang ada di dalam pinggannya. Adelle yang memerhati gelagat Maggie yang tidak berselera itu membuatkan dia menghentikan suapannya.

"What's wrong, dear?" Soal Adelle bersahaja.

"Hey, sis. Did you really love my brother?" Soal Maggie dengan serius.

"Of course, I did love your brother, Mag. How many times did you want to ask me this question?" Kata Adelle dengan nada yang sedikit bosan.

"Really?" Tanya Maggie lagi.

"Hey, don't make me mad Maggie! You know me since childhood. I suka Gab dari I kecil lagi. Your brother dan Carl kawan I cuma Gab the special one." Ulas Adelle sambil menyambung kembali suapan di mulutnya.

"Tapi Gab tak suka you." Balas Maggie berterus terang. Umpama meletak minyak ke dalam api, Adelle hanya mampu merengus kecil mendengar kenyataan itu.

"Stop it. Don't ruined my mood, Mag. I tahu tapi cinta boleh dipupuk. I know, why you are like this. My brother awesome apa. Rugi you tolak dia." Usik Adelle sambil tersenyum senget.

"Euww...I'm not desperate and still young okay? You pastikan my brother kahwin juga dengan you. Tak boleh tidak." Desak Maggie.

"Don't worry, dear. I had my own way. Siapa tak kenal Maya Adelle? Apa yang dia nak, dia akan dapat." Kata Adelle dengan yakin.

"Tapi...." Kata-kata Adelle yang tergantung dengan senyuman nakal wanita itu menyebabkan Maggie kepanasan.

"Tapi apa?" Soal Maggie sedikit mendesak.

"Kalau I tak dapat apa I nak. You jelah jadi kakak ipar I. Hahahahahaha..." Usik Adelle sekali lagi dengan tawa besarnya.

"No! I tak akan biarkan. You kena work hard, Sis." Pujuk Maggie tidak berputus asa.

"Dear...tak baik tau tolak abang I. He is perfect man!" Puji Adelle, tidak henti mengusik Maggie yang semakin mencuka mendengar usikannya. Maggie mencebik bibirnya tanda meluat.

"Jangan buat muka macam tu, dear. Kalau I ingat masa kecil-kecil dulu. You selalu mengekor abang I pergi mana-mana." Balas Adelle sengaja buka cerita lama.

"Ye ke?" Tanya Maggie pura-pura lupa. Siapa punya angkara dia jadi begitu. Disebabkan Gabriel, Carl dan Adelle sebaya, mereka selalu tinggalkan dirinya bermain seorang diri. Akhirnya, Brad yang selalu menemaninya. Itu semua cerita lama. Tiada apa yang menarik untuk dikatakan lagi berbanding isu Gabriel dan Adelle pada fikirnya.

"It's okaylah. The past is the past. Right now, you kena tackle abang I sampai dia setuju kahwin dengan you. Kalau you perlukan bantuan, I siap berkhidmat untuk you. Anytime." Janji Maggie.

"Wow! That's awesome, Mag. Tak sangka, kesungguhan you tak nak kahwin dengan abang I boleh sampai ke tahap ni. So you ada planned apa-apa?" Tanya Adelle bersahaja. Tidak habis-habis dia mengusik gadis muda itu.

"Ada. Sebab itu I ajak you keluar." Sambut Maggie dengan serius tidak ambil pusing dengan usikan Adelle.

"Alright. Let's talk about it."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience