21 :Oh hati!

Romance Series 13583

Eylem menepuk bahu Mon dengan kasar. Dia begitu marah dengan Mon. Hari ini dia mahu tuntut penjelasan daripada Mon. Kenapa gadis sihir ini selalu cari masalah dengannya?

Mon menjeling tidak puas hati. Dia menghempas kain lap di atas meja. Pinggan yang dipegang diletak tepi. Dia berpeluk tubuh sambil memandang Eylem dengan perasaan yang meluat.

"Kau nak apa?" Tanya Mon kasar.

"Apa masalah kau sebenarnya?" Eylem bertanya sambil merenung tajam ke arah Mon yang bertingkah tidak endah kepadanya.

"Kau cakap apa ni?" Balas Mon pura-pura tidak tahu. Sesekali pandangan matanya memandang ke arah lain. Kemudian membelek kukunya seolah tidak ambil serius tentang percakapan Eylem.

"Kau jangan pura-pura tak tahu. Kau sendiri tahu apa kau buat pada aku. Aku tak kisah kalau aku yang kena tapi ini melibatkan customer. Kau memang melampau!" Marah Eylem.

Dia tidak peduli. Hari ini dia perlu tunjuk taring agar Mon tidak sesuka hati membulinya lagi tapi tindak balas Mon membuatkan dia lelah dan buntu.

"Excuse me. Aku buat apa pada kau? Ada bukti? Kalau tak ada bukti jangan nak main tuduh-tuduh. Diri sendiri tak competent, nak salahkan orang." Cemuh Mon. Dia menjeling benci ke arah Eylem.

"Kau jangan nak berdolak-dalih. Kau tahu apa yang kau dah buat. Jangan jadi budak kecil!" Tekan Eylem. Dia mahu Mon mengaku perbuatannya.

"Hei, sudahlah! Kalau aku buat sekalipun, kau boleh buat apa? Buang masa aku je, cakap dengan kau." Rungut Mon lalu menolak tubuh Eylem dengan kasar.

Eylem yang tidak bersedia, terdorong ke belakang hingga tubuhnya berlanggar dengan rak besi yang tidak jauh dari tempat dia berdiri. Dia menahan dirinya dengan telapak tangan tanpa dia sedari tapak tangannya terkena bucu besi tempat letak perkakas kafe. Seketika, Eylem mengaduh kesakitan.

Tidak hirau kesakitan yang dirasainya, Eylem terus mengapai tangan Mon dari terus pergi dari situ.

"Kau nak pergi mana?" Tanya Eylem mendesak. Mon menjeling geram ke arah Eylem.

"Kau apehal?!!" Marah Mon. Dia merentap tangannya dari dipegang oleh Eylem. Dia benci Eylem bahkan bila gadis itu menyentuhnya, dia berasa jijik.

Belum sempat Eylem membalas kata-kata Mon, dia terdengar namanya diseru. Eylem menoleh ke arah suara itu.

"Chef..." Suara Eylem bergetar bila menyembut panggilan itu. Dia tidak sangka perbuatannya telah menarik perhatian Chef Kyle.

"Apa masalah kamu berdua? Bergaduh? Kalau tak nak kerja biar saya bagitahu bos suruh pecat kamu berdua. Kat luar tu lagi ramai orang nak kerja. Ini bukan tempat permainan, suka hati kamu nak buat apa." Marah Chef Kyle.

"Maaf, Chef." Balas Eylem dan Mon serentak. Mereka sangat gerun bila berhadapan dengan Chef Kyle.

Chef Kyle seorang lelaki yang sangat dingin dan tidak mesra langsung. Auranya seolah dia bos kedua di kafe ini. Walaupun tidak jelas status hubungan Chef Kyle dengan bos mereka tetapi mereka berdua tahu kata-kata dari Chef Kyle ibarat mandatori dan bos biasanya hanya mengikut bulat-bulat kata Chef Kyle.

"Pergi buat kerja. Bergaduh lagi, tahulah nasib kamu berdua nanti. Jangan cakap saya tak warning." Arah Chef Kyle lalu berlalu pergi.

Mon merenung Eylem dengan perasaan yang meluat dan penuh kebencian.

"Gara-gara kau, aku kena marah dengan Chef. Kau ganggu aku lagi, siap kau!" Keras dan perlahan suara Mon memarahi Eylem lalu terus beredar sambil berlagar bahu dengan Eylem.

Eylem hanya diam tidak berkutik sedikitpun. Dia melepaskan keluhan berat. Kenapa semua tidak berjalan seperti yang dirancang? Sepatutnya, dia memberi amaran seperti itu kepada Mon tetapi sebaliknya pula. Bila dia cuba mempertahankan dirinya, begini pula jadinya. Apa yang perlu aku lakukan? Bisik hati Eylem. Runsing kepalanya memikirkan masalah antara dia dan Mon. Buntu, dia kembali meneruskan kerjanya yang di tinggalkan sebentar tadi.

Gabriel menyandar kembali tubuhnya di atas sofa. Menonton siaran televisyen yang membosankan.

Kurang asam punya Carl! Dia tinggalkan aku macam tu je? Aku cuma lambat 5 minit je. Keluh Gabriel di dalam hati. Apalah yang mustahak sangat sampai dia kalut semacam? Fikir Gabriel.

Setelah sekian lama menghadap televisyen akhirnya dia mengerling ke arah jam yang berada pada dinding. Dia melepas keluhan yang berat. Baru pukul 1.00 tengah hari. Terasa waktu berdetik begitu perlahan. Bila jam nak menginjak ke angka lima? Mereputlah aku dalam rumah ni. Desis hatinya.

Beberapa detik, mata Gabriel mula memberat. Dia menguap beberapa kali dan cuba mencelik kembali matanya tapi tidak berjaya. Akhirnya, dengkuran halus kedengaran menandakan dia sudah selamat berlayar ke alam lain. Tanpa dia sedar waktu terus berputar dengan pantas. Deringan telefon bimbit yang disetkan dalam mode senyap terus bergetar.

Carl berdiri agak lama di muka pintu bilik sakit yang dihuni oleh Mary. Dia teragak-agak untuk bertemu dengan gadis itu. Carl mengeluh kecil sambil tangan kirinya mengusap belakang tengkuknya. Hatinya begitu berdebar bila memikirkan apakah reaksi yang akan diterima nanti apabila Mary merasa masakannya. Dia tidak begitu yakin dengan masakannya yang satu ini.

Sedang Carl berkira-kira untuk masuk, dia terasa pinggangnya dicuit. Disebabkan dia begitu terkejut, tanpa dia sedar tubuhnya telah bertindak di luar kawalan. Tangan kirinya mencengkam kuat pergelangan tangan orang yang mencuit pinggannya manakala lengan kanannya tegap menekan ke leher pemangsa tersebut.

"Uhuk..huk..Le..pas!!!" Rayu gadis itu dalam kesesakan nafas. Dia menepuk-nepuk lengan Carl yang menekan kasar ke lehernya. Belum kira bahang kepanasan bekalan yang dipegang oleh Carl melekap elok di dadanya.

"Mary!!!" Seru Carl dengan nada yang terkejut. Bila dia sedar siapa lawannya, Carl terus melepaskan serangannya. Dia tidak menjangka tubuhnya yang sensitif boleh memberi respon sebegitu.

"Kau nak bunuh aku ke?" Marah Mary. Dia menjeling ke arah Carl yang beriak tidak tentu arah.

"Sorry! Aku tak sengaja. Kenapa kau tak bagi salam? Kalau tak aku tak akan..." Kata Carl tergesa-gesa. Hatinya dirundum serba salah yang teramat sangat.

"Tak akan apa? Aku cuit sikit je. Badan kau sensitif atau apa sampai macam tu sekali respon kau?" Bebel Mary dengan nada yang dibuat-buat marah walhal sebenarnya di dalam hatinya Tuhan saja yang tahu dia begitu kecut perut dengan tindakan spontan Carl.

Tanpa menunggu masa, Mary terus masuk ke dalam bilik sakitnya. Seketika, dia tidak mampu memandang wajah lelaki itu. Dia masih terkejut dengan apa yang berlaku.

Carl pula membuntuti Mary sambil bibirnya tidak henti mengungkap kata maaf. Mary yang berdiam diam diri akhirnya bersuara. Dia rimas dengan kata maaf Carl tanpa henti.

"Can you stop, now?" Tanya Mary dengan nada yang sedikit tinggi. Carl terdiam. Melihat wajah Carl yang sedikit suram membuatkan Mary pula berasa serba salah.

"Benda tak disengaja, apa boleh buat. Aku pun bergurau tak kena tempat. Aku cuma terkejut je." Jawab Mary. Nada suaranya mula kendur. Sedikit dia tidak memandang ke arah Carl.

Sungguh dia masih terkejut dengan kejadiaan tadi. Sesaat dia terfikir, dia boleh hilang nyawa kerana sesak nafas. Tidak akan sesekali dia bergurau lagi dengan lelaki ini. Walaupun detik itu hanya seketika, dia tidak boleh lupa wajah Carl yang merenungnya seolah-olah ingin membunuhnya pada bila-bila saja. Sangat berbahaya!

Mary menoleh ke arah Carl yang masih terkebil-kebil di sisinya sambil mata lelaki itu merenung simpati ke raut wajahnya. Mamat ni dah kenapa? Merajuk sebab aku marah tadi ke? Detik hati Mary.

"Kenapa diam?" Soal Mary dengan wajah berkeriut.

"Ak...aku..."Tersekat-sekat Carl ingin meneruskan kata-katanya. Dia menggosok perlahan pangkal tengkuknya untuk menghilang rasa gelisah di hati. Dia rasa serba salah sungguh. Tubuh Mary baru saja mahu pulih, dia pula dengan tidak sengaja hampir mencederakan gadis itu.

"Aku kata okay kan? So tak payahlah nak berdiri macam tugu kat situ." Kata Mary dengan gaya brutalnya itu.

"Kira kau okaylah ni? Tak ada sakit apa-apa?" Tanya Carl meminta kepastian.

"Aku okay." Jawab Mary sepatah.

"Nasib kau okay. Kalau tak, aku tak tahu nak cakap apa. Aku tak tahu kau nak bergurau. Tapi lain kali jangan attacked aku dari sisi yang aku tak boleh tengok." Terang Carl dengan nada yang lembut.

"Yalah...Mana ikan patin masak tempoyak aku?" Tanya Mary bersahaja tanpa rasa malu. Dia menadah tangannya sambil tersengih seperti kerang busuk. Dalam hatinya berdetik, no next time man, because after this I will never see you again! Hehehe...so I never care about that. I just care about my foooodd....

"Lapar ni..."Adu Mary lagi. Otaknya ligat untuk cuba mengubah topik. Dia tidak suka keadaan yang tegang bila perutnya semakin lapar. Lagipun memang dari tadi dia menunggu untuk makan.

Carl tersenyum nipis. Terbuai sedikit hatinya melihat senyuman kanak-kanak yang terukir di wajah Mary. Comel! Desis hati Carl tapi dengan cepat dia mengusir fikiran yang bertandang di benaknya. Dia lantas meletakkan bekas yang berisi makanan yang dimahu oleh Mary di atas meja yang telah disediakan.

"Nah! Your order princess." Kata Carl sambil memberi gelaran baru buat Mary.

"Kau panggil aku apa? Princess!?" Tanya Mary sedikit hairan kemudian tawanya meletus.

"Hahaha...tolonglah. Kelakar je bunyinya." Kata Mary dengan tawanya yang masih bersisa. Dia membuka satu persatu bekas makanan itu sambil dibantu oleh Carl.

"Kenapa pula? Okay apa aku panggil kau princess daripada Dragon." Balas Carl kembali dengan wajah sedikit serius.

"Yeah... that's better but I'm not in kindergarten, Mr.Carl. Panggillah bos ke, kak long kawasan ke, King ke...sedap sikit telinga ni mendengar. Nampak strong!" Ujar Mary sambil menunjuk gaya angkat biceps ke arah Carl. Carl ketawa melihatnya.

"No...no...you are not my employer. But thanks to that idea, I think Queen is better than King." Tapis Carl. Mary menjongketkan bahu.

"Whatever! Cepat! Tak sabar nak makan. Kau pun duduk lah sekali. Makan dengan aku." Ajak Mary. Dia menyediakan juga bahagian untuk Carl.

Mary tersenyum. Tiada rasa benci lagi terhadap lelaki bernama Carl. Saat ini hanya rasa gembira yang terpalit di hatinya. Penangan orang yang selalu memberi makanan memang luar biasa!

Carl sedikit terpaku melihat kemesraan Mary terhadapnya. Bukan mudah dia cuba mendekati Mary agak tahap layanan gadis berubah terhadapnya. Dengan pelbagai perkara yang berlaku antara mereka agak mustahil Mary menerimanya sebagai sahabat tetapi peluang yang ada jangan dilepaskan. Peluang keemasan seperti ini jangan dilepaskan. Ya...jangan dilepaskan. Bergema-gema kata-kata itu di dalam fikirannya tetapi bila merenung lauk pauk yang siap terhidang di depan mata, Carl meraung di dalam hati.

"Takpelah. Kau makanlah. Aku tak lapar." Tolak Carl bersahaja. Dia hanya boleh menelan air liur saja. Jujur dari pagi tadi hinggalah ke jam 2.00 petang ini tekak dia sedikit pun tidak menelan apa-apa lagi. Dalam otaknya hanya terfikir misi memasak ikan patin gulai tempoyak.

"Betul ni!?" Tanya Mary dengan nada tidak percaya. Muka Carl seperti hidup segan mati tak mahu, diteliti dengan penuh minat.

Tiba-tiba bunyi perut berkeroncong sangat kuat berkumandang di dalam bilik itu. Mary yakin walaupun perutnya sangat lapar saat ini tapi bunyi itu bukan datang daripada dia. Mary tergelak besar mendengarnya. Muka Carl sudah merah-kemerahan menahan malu.

"Hahaha...Kasihan chef I ni. Belum makan lagi rupanya. Kenapa tak cakap dari awal? Meh, aku suapkan. Utamakan orang yang kelaparan." Seloroh Mary dengan sisa ketawa yang masih bersisa. Tanpa dia sedar, sepatutnya sudu yang berisi makanan itu di masukkan ke dalam mulutnya sudah disua ke tepi bibir Carl. Carl tergamam. Dia merenung ke arah Mary.

Mary yang tersedar keterlajurannya hanya bertindak selamba. Di sua lagi dengan cara lebih kasar.

"Cepatlah. Lenguh tangan aku." Rintih Mary dan seakan terpukau Carl membuka mulutnya tanpa bantahan. Tempoyak yang dibenci selamat masuk ke dalam mulutnya. Hooray!!!

Saat makanan itu ingin menjelajah ke kerongkong Carl, dia menutup mulutnya dengan segera. Dia cuba menahan diri daripada meludah keluar makanan tersebut. Dengan penuh seksa dia menelan juga akhirnya. Mary yang melihat gelagat Carl mempamerkan reaksi pelik. Mukanya sudah berkerut seribu.

"Tak sedap ke?" Soal Mary. Baunya semerbak, bukan main sedap lagi menusuk lubang hidung aku, tak mungkin rasanya teruk. Detik hati Mary. Tanpa menunggu respon dari Carl, dia terus menyumbat isi ikan patin dan kuah gulai tempoyak ke dalam mulutnya.

"Wahh!!! Ni betul-betul sedap. The best!!!" Puji Mary sambil menunjukkan ibu jarinya ke atas.

"Kau memang terbaik tapi kenapa respon kau macam tu? Macam telan peria je aku tengok" Tanya Mary sangsi. Bila sebut peria dia paling tidak suka sayur itu. Pahit!!!!!

Carl terdiam.

"Ohh...aku tahu. Kau belikan? Baik kau jujur. Kau beli kat mana gulai tempoyak ni? Tak akan kau boleh masak sesedap ni." Balas Mary lagi. Kata-katanya seolah sudah tidak percaya dengan kepakaran Carl dalam memasak.

"My Queen Mary, I swear that food I cook specially for you." Balas Carl bersahaja menepis segala tuduhan Mary kepadanya.

"Ye ke? Habis tu kenapa respon kau macam..." Mary terus buat muka pelik. Carl tergelak melihat kelucuan wajah Mary meniru gaya mukanya menelan ikan patin gulai tempoyak.

"I swear. I did cook for you but never tasted it. Because I hate durian and I asked someone to teach me. Glad you really like it!" Terang Carl.

"Really!? Kenapa tak cakap? Kau alergi?" Mary bertanya lagi. Carl menggeleng kepala.

"Nope. Cuma tak suka makan."

"That's good! Kalau tidak. Tak pasal-pasal, sorong pula satu katil jadi jiran sebelah aku." Gurau Mary. Carl hanya tersengih.

"Takdelah sampai macam tu."

"Manalah tahu. Kita tak boleh predict imun badan seseorang yang ada alergik. So, kalau tak boleh makan tempoyak kau nak makan apa?" Tanya Mary agak perihatin. Carl tersenyum kecil melihat gelagat Mary. Hal kecil saja sudah buat hati lelakinya berlagu riang.

"Takpe. Balik nanti aku boleh makan." Tolak Carl. Walaupun dia kelaparan, melihat wajah Mary yang bersemangat makan masakannya, itu sudah cukup membuat perutnya kenyang. Ya ke? (Bisik hati penulis. lol...)

"Sekejap! Aku rasa ada sesuatu yang boleh kau makan untuk lapik perut kau." Ujar Mary dengan serius lantas dia mengambil sesuatu dari laci meja lalu dihulurkan pada Carl.

"Nah! Aku tak boleh biarkan chef aku kelaparan sedangkan aku berjoli dengan makanan yang kau masak." Kata Mary lagi sambil tersenyum.

Carl terpaku melihat sekeping bar coklat yang berada di tangannya. Hati lelakinya sedikit terusik. Hatinya tersentuh dengan pemberian Mary. Mary memandang Carl kehairanan.

"Kenapa tak makan? Sedap tau! My favourite chocolate." Celoteh Mary kemudian dia terdiam. "Jangan cakap kau alergi atau tak suka chocolate." Sambungnya lagi dengan wajah sedikit serius. Carl geli hati melihat riak muka gadis di depannya.

"Hahaha...Aku tak ada alergik. Actually, this also my favourite. Not bad. I will eat this." Kata Carl.

"Good!" Mary tersenyum riang. Masalah selesai. Sekarang ini dia boleh makan dengan senang hati tanpa rasa bersalah.

"By the way. Where did you get this chocolate?" Soal Carl sambil mengunyah kepingan coklat tersebut.

"Daniel." Jawab Mary sepatah.

Kunyahan coklat di dalam mulut Carl terhenti saat mendengar nama Daniel. Mary yang terlalu khusyuk menelan ikan patin gulai tempoyak tidak sedar sedikit pun riak perubahan yang berlaku di wajah Carl.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience