15 :Dari hati ke hati II

Romance Series 13583

Gabriel dan Eylem duduk di bangku yang tersedia di perkarangan hospital. Ketika itu, waktu malam, hampir semua pesakit mahu rehat jadi tidak ramai orang yang lalu lalang. Pemandangan di taman hospital itu menenangkan sedikit hati mereka yang tidak tenteram. Selepas beberapa detik berdiam diri, akhirnya Gabriel bersuara.

"Awak tak rasa yang awak perlu jelaskan apa-apa pada saya?" Tanya Gabriel. Dia bersandar di dinding menanti Eylem memberikan jawapan.

Eylem bermain dengan jari jemarinya. Mukanya dari tadi gelisah. Duduknya juga serba tak kena. Sesekali jari dia memintal baju di hujung pergelangan tangan. Dia tidak tahu bagaimana untuk menerangkannya. Semua sudah jelas, apa yang perlu dikatakan lagi?

Gabriel yang melihat Eylem seperti cacing kepanasan terus menggenggam sebelah tangan gadis itu. Begitu sejuk dirasakan. Pergerakan Eylem terhenti.

"Everyone has their own secret. Sometimes, they are lying to keep the secret. Saya bukan marah. I just want to know the reason, why you did that?" Tanya Gabriel dengan kata yang penuh makna. Harapan dia agar Eylem bersifat lebih terbuka dengannya.

Eylem menarik nafas lalu dia menghembusnya dengan perlahan-lahan hingga genggaman di tangannya dapat dirasakan oleh Gabriel.

"Okay. Sebelum tu, ada satu perkara yang awak perlu tahu. Saya terpaksa kerana itu permintaan Mary. Dua kali pertemuan kita tidak berakhir dengan baik jadi kami bimbang awak dan Carl akan naik angin sebab ulah Mary mengenakan awak berdua. Jadi saya ikut idea Mary kerana kami beranggapan awak berdua bukan orang sebarangan dan mungkin akan balas dendam terhadap perbuatan Mary. Mary tak mahu ada kaitan dengan awak dan Carl, jadi saya terpaksa tipu awak sebab kami fikir itu saja jalan untuk melepaskan diri. Lagipun, kita bukan siapa-siapa masa tu." Kata Eylem terhenti seketika.

Gabriel mendiamkan diri. Mendengar dengan setia.
"Memang saya tahu menipu tu salah tapi awak juga sendiri faham dalam sesetengah keadaan kita perlu menipu. Saya yakin, dalam kehidupan awak, awak pun pernah menipu walaupun sekecil hama." Ungkap Eylem.

Kata-kata Eylem seolah-olah mengatakan bahawa setiap tindakan yang dia dilakukan itu adalah wajar.

"Yeah, you're right. But I hope, I'm not the one you deceived." Lirih Gabriel berkata sambil menatap mata Eylem.

Dia tidak tahu mengapa tapi hati dia sedikit kecewa. Bagi Gabriel, dalam sesebuah perhubungan kepercayaan itu penting. Terlalu banyak rahsia dalam perhubungan akan membawa kepada salah faham dan penipuan yang boleh melukakan hati kedua-dua pihak. Umpama barah yang merebak. Mula-mula kita tidak sedar tapi pada akhirnya boleh sampai ke satu tahap yang tidak boleh dipulihkan lagi.

Gabriel tidak mahu, dia dan Eylem menghadapi situasi itu. Hatinya resah. Dia fikir dirinya sudah begitu rapat dan boleh dipercayai oleh Eylem hingga gadis itu mampu meluahkan segala-galanya kepada dia. Rupanya tidak.

"Cara awak cakap menampakkan saya seperti seorang yang teruk." Lirih Eylem berkata.

Kesalahan aku kecil sahaja tetapi keseriusan topik ini macam berbicara dalam mahkamah. Kenapa? Kenapa? Hati Eylem menjerit kegeraman.

"Bukan itu maksud saya." Dalih Gabriel. Sungguh itu bukan niatnya.

"Habis tu apa maksud awak?" Gesa Eylem. Tidak suka mendengar kata-kata yang berbelit.

"Saya harap awak tak berahsia dengan saya hal-hal macam ni. Walaupun nampak kecil, tak elok untuk permulaan hubungan kita. Awak tahu saya bukan seorang yang mudah melatah. Semuanya boleh bawa bincang." Jelas Gabriel. Pertayaan 'Jadi kenapa awak perlu tipu saya?" tidak terluah. Hanya hatinya terdetik bertanya. Terasa berat untuk mengeluarkan perkataan 'tipu' itu.

"Awak pasti? Semua orang bukan seperti awak Mr.Gorgeous. Kalau awak tak suka orang lain berahsia dengan awak, awak pun kena buat perkara yang sama." Templak Eylem.

Dia menarik perlahan tangannya daripada genggaman Gabriel. Gabriel ingin menggapai semula tangan gadis itu tetapi melihat Eylem tangkas berpeluk tubuh bila terlepas dari genggamannya, dia hanya mampu membiarkan sahaja.

"Apa maksudnya tu?" Soal Gabriel perlahan. Eylem sudah merengus kegeraman.

Kadang-kadang awak ni blur juga, Mr. Gorgeous.

"Nampaknya, awak dah lupa apa yang terjadi di restauran tadi. Awak tak rasa awak tipu dia? Tipu saya juga? Saya sedar kedudukan saya jadi saya tak akan banyak tanya sebab itu urusan awak. Tapi kerana awak juga suka berahsia, akibatnya tunang awak salah sangka. Saya dah jelaskan apa yang patut. Apa yang awak tak puas hati lagi?" Ucap Eylem dan dia merenung wajah Gabriel sedalam-dalamnya.

Mesti kakak seksi tu tunang dia. Kalau tidak, kenapa dah rancang nak kahwin? Baru aku teringat sesuatu. Belum kira gadis yang ada bersama dia masa di kafe dulu. Hish... Aku paling tak suka kalau aku jadi orang ketiga. Memang dalam hati, aku tergilakan lelaki ini tapi aku bukan perampas!

Renungan Eylem membuatkan hati lelaki Gabriel berdegup pantas.

"Awak kena percaya yang dia bukan girlfriend saya jauh sekali tunang saya. Apa yang Adelle cakap itu adalah kehendak orang tua kami. Saya dengan dia memang tak ada apa-apa hubungan." Terang Gabriel lagi. Matanya menghantarkan mesej yang dia bercakap benar.

"Sekali lagi saya cakap. Saya tahu kedudukan saya. Apa yang awak cakap tu tak ada kaitan dengan saya." Tegas Eylem.

Darahnya mula mendidih. Apa? Ingat perempuan seperti dia tak boleh nak marah? Jangan ingat awak boleh buat saya seperti bola. Marahnya di dalam hati.

"Siapa kata perkara ni tak ada kaitan dengan awak? Semua ni ada kaitan dengan awak. Tak kan awak tak perasan layanan saya pada awak? Kalau saya anggap awak teman biasa, saya tak akan layan awak special." Kini giliran Gabriel pula. Nadanya semakin serius dan sedikit meninggi. Mukanya juga sedikit ketat.

Eylem tertelan air liur. Kali pertama dia melihat Gabriel beriaksi seperti itu. Baru sikit, dia sudah kecut perut.

"Habis tu, awak nak saya buat apa?" Tanya Eylem dalam pasrah.

Tipu kalau kata dia tidak perasan. Jika tidak kenapa dia berasa dirinya sentiasa berada di awang-awangan setiap kali dia berjumpa dengan Gabriel. Raut wajah Eylem menjadi suram. Bila Gabriel melihatnya, ekspresi wajah dia kembali lembut dan tenang.

"Saya nak tahu apa perasaan awak terhadap saya." Kata Gabriel dalam satu ayat.

Eylem sudah mengelabah. Hati yang tenang kembali berkocak. Mak aihh...tak terlalu cepat ke nak bercerita soal hati? I'm not ready!!!

"Awak sepatutnya faham bila saya bercerita tentang mak cik saya. Bila saya fikir semula, kita banyak perbezaan dan saya tak rasa..." Eylem cuba melarikan diri dengan memberi pelbagai alasan dan dia terus terdiam bila dia terasa bibirnya disapa dengan jari telunjuk Gabriel yang panjang dan runcing. Tergamam dia seketika.

"No.No. Itu bukan jawapan dia. Saya tanya, awak suka saya atau tak? For me, you're the only one and I love you, Eylem. I really, really love you. Start from the first time my eyes meet you." Luah Gabriel bersungguh-sungguh. Dia berjeda sebelum menyambung kata-katanya kembali. "So, back to my question. The answer is yes or no? That's it." Desak Gabriel.

Gabriel tahu dia agak memaksa dan keadaan ini tidak begitu romantik dengan bau hospital di mana-mana tapi dia terpaksa kerana plan awalnya semua hancur. Dia mahu perkara ini selesai juga hari ini agar bila dia tidur malam ini, dia boleh bermimpi yang indah-indah.

Dia sudah tidak peduli dengan rancangan kedua ibubapa. Dia juga sudah tidak kisah tentang penyebab perbalahan mereka malam ini, yang penting dia perlukan kepastian tentang perasaan Eylem terhadap dirinya.

"Eylem..." Panggil Gabriel lembut. Apabila melihat Eylem masih membatu diri. "No excuse, sweetheart. Saya cuma nak tahu perasaan awak. Yes or no? Please..." Rayu Gabriel lagi. Lantas dia kembali meraih kedua-dua tangan gadis itu.

Eylem melepaskan sedikir keluhan. Dia lemah kalau berhadapan dengan lelaki itu. Dalam pada dia terkumat kamit akhirnya satu perkataan saja yang terkeluar dari bibirnya.

"Yes." Jawab Eylem sepatah. Pipinya mula merona merah. Gabriel tersenyum bahagia.

"Yes! I know it. Hahaha..." Tawa Gabriel keriangan hingga beberapa orang yang ada di sekitar, memandang ke arah mereka. Hatinya melonjak kegembiraan bila mendengar jawapan Eylem. Lupa dia seketika dengan orang di sekeliling. Terasa saat itu juga dia ingin memeluk gadis yang ada di hadapannya namun dia berjaya mengawal dirinya.

Eylem yang mendengar suara tawa Gabriel bergema di sekitar hospital terus menepuk peha lelaki itu. Dia menjengilkan matanya dan membuat isyarat diam dengan meletakkan jari telunjuk di bibir mungilnya itu.

"Okay, sorry. Tak ingat kita kat hospital." Balas Gabriel lalu memperlahankan tawanya yang masih bersisa. "Saya rasa sangat lega sekarang ni. Thank you sweetheart, sebab terima cinta saya. Now we are official boyfriend and girlfriend. So, starting today, no lying, no secret between us. Okay?" Kata Gabriel dengan nada yang teruja.

"That's impossible!" Namun kata-kata itu tidak terluah di bibir Eylem. Dia hanya menanam kata-kata itu di lubuk hatinya yang paling dalam.

Dia hilang kata-kata. Jika kita tidak jujur masalah yang timbul tapi bila kejujuran menjadi harganya dia pasti kesakitan menerima kebenaran itu lagi parah rasanya. Eylem menganggukkan kepala dan tersenyum pahit.

Akhirnya, dia pasrah. Eylem tidak mampu menipu dirinya sendiri. Dia sudah lama jatuh hati dengan Gabriel. Tidak perlu dia jual mahal bila insan yang dia cintai turut mencintai dirinya. Dia tidak mahu merosakkan detik-detik yang menyatukan hati mereka berdua.

Keesokan harinya, Carl menjinjing sebuah beg berisi makanan dan berjalan dengan penuh rasa gembira. Semalam dia tidak berkesempatan bercakap dengan Mary kerana selepas doktor memberi sedikit laporan kepada mereka, dia dapat panggilan daripada seorang perempuan untuk segera ke lapangan terbang. Kelam kabut dibuatnya. Tambahan pula, Mary perlukan istirehat yang cukup maka dia terus bergerak meninggalkan hospital.

Lewat cermin yang kecil di pintu, dia dapat melihat seorang gadis yang masih terlena. Dia memulas tombol pintu itu dengan berhati-hati agar tidak menganggu tidur gadis itu.

Carl meletakkan beg makanan di atas meja lalu dia duduk di birai katil. Kerusi pelawat tidak digunakan. Dia lebih selesa duduk dekat di sisi Mary. Dia duduk sangat rapat hingga wajah Mary yang polos itu dapat ditatap dengan jelas. Ini kali pertama dia dapat merenung wajah gadis itu semahu-mahunya.

Hatinya sedikit terusik melihat keadaan Mary. Di dahi gadis itu ada kesan lebam dan ditampal plaster. Manakala kakinya pula dibalut. Seingat Carl, tulang rusuk Mary hampir patah tapi syukur keadaan gadis itu tidak terlalu serius.

Walaupun keadaan Mary begitu, gadis itu tetap kelihatan cantik di pandangan Carl. Kulitnya mulus dan putih berseri. Tiada cela serta kesan jerawat yang terhias di kulit wajah gadis itu. Hidungnya mancung terletak. Bibirnya pula merah bak delima merekah. Di tambah pula dengan rambut yang ikal mayang berwarna oren merah keperang-perangan atau senang panggil 'strawberry blonde'. Bila terkena sinaran cahaya matahari, rambutnya berkilauan. Sangat cantik!

Carl fikir itu adalah warna natural rambut Mary kerana warna alis kening gadis itu juga kelihatan persis dengan rambut gadis itu. Mungkin sebelum ini dia tidak dapat lihat dengan jelas kerana rambut gadis itu ditutupi dengan topi dan malam semalam dia tidak begitu fokus dengan kecantikkan gadis itu bila sampai ke hospital. Dalam fikirannya, dia mahu gadis itu cepat dirawat.

Bagai bidadari dari kayangan. Fikir Carl. Rambut yang hampir menutup sebahagian mata gadis itu, diselak ke tepi. Masih tidak puas melihat. Dia seolah terpukau. Tanpa dia sedari, bibirnya sudah mengukirkan senyuman yang manis.

Carl kembali ke alam realiti apabila telefon bimbitnya bergetar di dalam poket seluarnya. Dia melihat skrin di telefon. Tak boleh tengok orang bahagia sikit! Gerutu hati Carl.

Ketika itu juga matanya melihat nombor jam yang tertera di muka telefon. Mungkin terlalu awal dia ke mari. Dia mengambil sehelai tisu yang terletak elok di atas meja. Setelah itu, jarinya pantas mengapai sebatang pen yang terselit pada poket vest yang dipakai. Usai menulis sesuatu, dia selitkan tisu tersebut dibawah beg makanan yang dibawa tadi. Selepas dia memastikan semuanya dalam keadaan baik barulah dia pergi melangkah keluar dari bilik itu.

Bila terdengar bunyi pintu sudah terkatup rapat, serta merta Mary membukakan matanya. Dia menghelakan nafas lega. Mahu gugur jantungnya apabila dia sedar melalui ekor matanya yang masuk melawatnya adalah Mr.Annoying. Apabila lelaki itu menyentuh dahinya, terasa saat itu juga jantungnya mahu berhenti dari berdegup.

Sebenarnya ketika, Mr. Annoying mula melangkah masuk ke bilik, dia sudah terjaga tetapi matanya masih memberat. Tapi bila dia tahu siapakah gerangan pelawat tersebut, dia terus pura-pura tidur. Dia tidak bersedia untuk berhadapan dengan lelaki itu walaupun lelaki itu sebenarnya hero yang menyelamatkan dirinya.

Mata Mary berkalih ke arah meja di tepi sisinya. Dia bangun perlahan-lahan dan bersandar di kepala katil. Sesekali dia mengeluh kesakitan. Tangannya mencapai sebuah beg dan melihat ada sehelai tisu terselit yang jelas ada tulisan di atasnya. Dia membaca tulisan yang tertera pada tisu tersebut.

'Aku bawakan bubur ayam. Kau baru nak pulih jadi elok makan bubur je. Waktu lain aku akan bawa makanan yang lebih sedap. Makanlah baru cepat sihat. Carl.'

Mary sudah termenung panjang. Apa maksud lelaki ini? Adakah lelaki ini akan melawatnya lagi? No way!!!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience