20 :Nanti Kau!

Romance Series 13583

Sebagai seorang pekerja, hujung minggu adalah waktu untuk berseronok sama ada dengan teman-teman atau ahli keluarga. Tidak pun gunakan saat-sata ini untuk merehatkan minda tapi tidak bagi Maggie. Kali ini dia ada misi dia tersendiri.

"Brother! Tak keluar hari ni?" Sapa Maggie lalu duduk di atas sofa berdekatan dengan abangnya. Dia sudah bersiap untuk keluar. Lengkap dengan pakaian blouse dan seluar jeans yang tersarung cantik ditubuhnya.

"Petang sikit kot. Lepas asar macam tu. Kenapa?" Balas Gabriel sambil baring di atas sofa panjang. Dia mengiring sambil menongkat kepalanya dengan tangan di depan televisyen. Matanya sedikit pun tidak berkalih dari skrin televisyen yang bersaiz 96 inch itu.

Maggie menganggukkan kepala tanda dia mengerti.

"Nothing. Just asking. I nak keluar dengan kawan-kawan pagi ni." Kata Maggie lagi.

"Okay." Jawab Gabriel sepatah. Pelik. Selalunya Maggie tidak pernah memberitahunya ke mana adik perempuannya itu mahu pergi atau bertanya ke mana pula dia mahu keluar pada hujung minggu.

Dia menjongketkan bahu. Tidak mahu ambil tahu. Biasalah tu, kadang-kadang ada satu ketika manusia akan bertindak di luar tabiat.

Maggie tersengih penuh makna. Dia sudah tahu perjalanan aktiviti abangnya hari ini. Settle! Dia terus bergerak ke dapur mencari Carl. Pagi-pagi lagi lepas subuh, bapa saudaranya itu sudah bertungkus lumus di dapur. Apa yang dilakukan oleh lelaki itu tidak pula dia ambil tahu.

Dia mengintai membelakangi tubuh Carl yang sedang tekun menyediakan sesuatu. Dia melangkah masuk sambil kepalanya terjenguk-jenguk melihat apa yang menyebabkan Carl terlalu khusyuk hingga kehadiran dia di situ tidak disedari. Lelaki itu siap memakai mask menutup bahagian hidung dan mulutnya.

Mak aihhh... macam-macam bau ada. Bau apalah yang menusuk hidung sangat ni? Patutlah, Carl siap pakai mask. Kalau bukan disebabkan dia tertinggal satu maklumat, jangan harap dia menempel di dapur mencari lelaki ini. Dapur hanya tempat untuk orang memasak dan dia paling benci memasak kerana aktiviti itu melecehkan. Tapi kalau suruh dia makan, dia suka.

Mata Maggie tertancap pada sesuatu yang tidak pernah dilihat olehnya. Baunya...ya ampun, menyengat!!!

"What is this?" Tanya Maggie sambil membelek bekas yang berisi cecair kuning yang begitu likat strukturnya dan berbau. Sesekali dia menghidunya lalu mengepit hidungnya dengan dua jari. Tidak mahu bau yang menyengat itu menerobosi lubang hidungnya lagi.

"Tempoyak." Balas Carl sepatah. Tangannya ligat menyiang ikan patin di singki.

"What?!! Toyak? Apa benda tu?" Tanya Maggie pelik. Kali pertama dia mendengarnya.

"Bukan toyak cik adik oii....tem-po-yak. Itulah, nama je duk Malaysia. Makanan Melayu tak tahu. Kalau nak tahu, itulah tempoyak durian namanya." Jelas Carl sambil membasuh kepingan isi ikan patin yang telah siap di potong.

"Uhh...I don't like durian. Smelly!" Kata Maggie sambil mengipas-ngipas tangannya menolak bau tersebut.

Mata Carl sudah juling ke atas hingga menampakkan mata putihnya. Kau ingat kau seorang je yang tak suka? Aku yang kena masak benda alah ni lagi lah merana. Desis hati Carl.

"Whatever. You don't like durian but most Malaysian people like durian." Balas Carl malas melayani karenah Maggie.

"Cakap orang, dia pun sama. Mana dapat tempoyak ni?" Tanya Manggie ingin tahu. Musykil dibuatnya.

"Pasar."

"You pergi pasar?!" Tanya Maggie sedikit terkejut.

"No. Apa guna ada Mek Eti. Dia tolong belikan."

"OMG! Nowadays, what happens to you, Uncle? You masak pagi petang. Beli tempoyak durian. Nak buat apa? I know, you hate durian but this....arghh...what happen to you? Dengan bau ikan yang hanyir ni?" Bebel Maggie sambil bersandar di pintu peti ais. Agak jauh daripada Carl dan juga barang-barang masak yang elok tersusun rapi tanpa di sentuh. Paling penting, dia duduk jauh daripada benda alah itu.

"Mag, can you stop be annoying? Dah lah, I serabut kepala nak masak benda alah ni." Rungut Carl.

Bau ikan patin dia tidak kisah lagi tetapi bau tempoyak yang menusuk hidungnya membuatkan dia rasa ingin menangis di situ juga. Dia nak telan durian macam telan ubat hospital. Punyalah payah. Inikan pula nak memasak guna tempoyak durian yang memerlukan dia rasa terlebih dahulu sebelum dia hidangkan kepada Mary.

"Kalau susah tak payah lah buat." Kata-kata Maggie menyebabkan dia mendapat jelingan daripada Carl. Takut dengan jelingan lelaki itu dia terus menukar cara percakapannya dengan memberi cadangan yang sedikit membantu.

"Okay. I stop. Tanyalah Mek Eti kalau susah sangat." Fikir Maggie, kalau Mek Eti iaitu pembantu rumah mereka tahu fasal tempoyak pasti wanita tua itu tahu memasaknya.

"Mek Eti bukan orang kampung tulen. Sebatang kara pula tu. Masakan kampung ni manalah dia tahu." Balas Carl sambil menilik skrin telefon bimbitnya membaca sesuatu yang terpapar di situ.

Maggie termenung mendengar. Betul juga. Kalau difikirkan, dalam rumah ini tidak pernah dihidangkan masakan kampung lagipun mereka sekeluarga bukan penggemar makanan kampung.

"Cuba Google! Uncle google kan ada." Cadang Maggie bila terlihat telefon bimbit di tangan Carl.

"Banyak sangat resepi. Tak tahu mana yang sedap." Kalau cari kat google, dia pun boleh fikir sendiri.

Pulang dari hospital semalam terus dia menaip resipi ikan patin gulai tempoyak di carian Google. Tak cukup dengan itu dia melihat pula cara-cara memasak makanan tersebut di YouTube. Ikutkan hatinya, dia paling tidak suka berguru dengan internet tapi dia terpaksa.

Masak cincai-cincai pun dikira masak juga tapi dia tidak suka begitu. Dia lebih suka kalau masak sesuatu makanan tu biar orang kata ada rasa air tangan. Sedap, enak dan tidak dapat dilupakan. Kalau boleh biar masakannya digilai dan di tagih oleh si pemakan. Disebabkan itu, dia pergi kelas memasak. Kalau ada salah boleh diperbaiki terus. Kadang-kadang ada tip-tip tertentu yang diberikan bagi menjadikan makanan itu lebih lazat dan enak rasanya.

"Alah...kalau tak menjadi hari ni, lain kali boleh cuba lagi. Practice makes perfect!" Maggie cuba bagi kata-kata semangat tanpa dia sedar kata-kata itu telah melemahkan lagi semangat tuan punya badan yang mendengarnya.

"No time to practice." Jawab Carl sedikit gusar. Tidak henti dia mengeluh.

Apalah yang dia kalut sangat ni? Bisik hati Maggie. Maggie baru tersedar dia terlupa sesuatu kerana tempoyak durian punya fasal.

"Hmm...Uncle! I nak tanya sesuatu ni." Kata Maggie seakan berbisik.

"Apa dia?" Balas Carl dengan nada yang malas.

"Siapa nama girlfriend Gab?" Tanya Maggie. Nada Maggie semakin perlahan di perdengaran Carl.

"Tanyalah Gab sendiri." Apasal semua hal kena tanya dia?

"Cakaplah. I tahu, Uncle tahu nama perempuan tu. Nak tahu nama bakal kakak ipar pun tak boleh ke?" Rayu Maggie sambil menunjukkan muka kasihan.

Carl memandang tidak percaya. Semalam selepas pulang dari hospital, dia terus naik ke bilik untuk tidur tapi siapa sangka terjonggol Maggie di dalam kamarnya. Hampir setengah jam juga dia terpaksa melayan semua pertanyaan Maggie berkaitan dengan Eylem. Hari ini, anak saudaranya bertanya lagi fasal teman wanita Gabriel. Tak sabar nak dapat kakak ipar ke? Bisik hati Carl.

"Eylem." Balas Carl sepatah. Dia malas berteka-teki dengan keadaan dirinya yang tengah darurat sekarang ini. Lagi cepat dia menjawab pertayaan gadis itu lagi cepat Maggie beredar dari sini. Dia kenal sangat anak saudaranya itu, selagi tidak dapat apa yang dihajati selagi itu gadis itu akan bertenggek di situ mengacau aktiviti hariannya.

"Okay, Uncle. Thank you so much!" Ucap Maggie sambil tersenyum riang. Sejurus itu, dia terus berlari keluar dari dapur tinggalkan Carl seorang diri.

See? Apa aku dah kata? Carl hanya menggelengkan kepala melihat tubuh Maggie yang sudah lesap dari pandangannya. Macam-macam. Sedang dia terfikir apa yang perlu dia lakukan untuk menjadikan ikan patin gulai tempoyak satu realiti, dia teringatkan seseorang. Kenapalah dia tidak terfikir untuk berguru dengan wanita itu? Cepat-cepat Carl mengemaskan barang masakannya. Dibungkus rapi untuk di bawa pergi.

Gabriel yang mula bosan menonton televisyen menegur Carl yang agak tergesa-gesa untuk keluar.

"Nak pergi mana Carl?" Tanya Gabriel senada. Terasa hujung minggunya begitu membosankan. Mahu berjumpa dengan Eylem, gadis itu tengah bekerja ketika ini.

"Jumpa Mama Rose." Balas Carl lalu segera menyarung sneakers di kaki.

"Nak ikut! Tunggu jap, aku pergi tukar baju." Kata Gabriel seperti anak kecil.

Baru sebentar tadi dia kata kepada Maggie dia akan keluar waktu petang. Alahai...nama pun perancangan. Bila-bila boleh berubah. Fikir Gabriel.

"Cepat sikit!" Laung Carl tidak mahu membuang masa.

Mon melanggar bahu Eylem dengan sengaja hingga jatuh cawan-cawan kertas yang di pegang oleh Eylem. Tidak cukup dengan itu, saat Eylem cuba mengutip cawan-cawan tersebut, Mon dengan bersahaja berjalan di hadapan Eylem lalu memijak cawan-cawan tersebut sehingga kemek tidak boleh digunakan. Bukan Mon tidak tahu cawan-cawan itu digunakan untuk mengisi air coffee yang telah diorder oleh pelanggan tetapi perempuan setan ini sengaja menguji kesabaran Eylem. Perbuatannya itu selalu terlindung daripada penglihatan orang lain.

Eylem menjeling ke arah Mon tapi sedikitpun tidak terkesan di hati gadis itu. Sejak Eylem berani bertekak dengannya, Mon mula melancarkan serangan hendapnya. Jika Leo tidak kelihatan, lagi senang dia membuli Eylem. Sera pula hanya sekadar menjadi pak turut tapi tidak terlalu agresif mengenakan Eylem.

Kadang-kadang Mon sengaja memijak kasut Eylem ketika dia sibuk melayani pelanggan hingga kadang-kadang Eylem mengaduh sakit. Disebabkan ramai pelanggan yang bertandang ketika itu, Eylem tidak mampu lakukan apa-apa dan hanya berlakon seolah-olah tiada apa yang berlaku. Di depan pelanggan, Eylem tidak mahu menunjukkan dia ada sengketa dengan rakan kerja jadi dia hanya mampu bertahan. Jika Eylem memarahi Mon, perempuan itu hanya buat bodoh saja. Ibarat Eylem bercakap dengan tunggul kayu. Buat sakit hati saja.

Hari ini, Mon buat lagi. Memang tak sah, kalau dalam satu hari perempuan sihir itu tidak mengacau hidupnya. Apa masalah nenek sihir ni? Fikir Eylem.

Eylem tidak mahu melayani karenah Mon lantas diteruskan kembali kerjanya. Cawan yang sudah rosak perlu diganti. Sebelum ini, sudah menjadi isu kenapa terdapat banyak sangat cawan kosong yang rosak terutama ketika dia ditugaskan menyediakan pesanan minuman atau makanan untuk pelanggan. Dia tiada bukti mengatakan semua itu adalah perbuatan Mon. Malah, Sera pula menjadi saksi kepada perbuatan yang tidak dilakukan olehnya. Jadi, terang lagi bersuluh bos akan lebih mempercayai mereka berdua daripada dia.

Eylem menekan buzzer menandakan pesanan sudah siap. Dari jauh Eylem dapat melihat seorang gadis yang sangat cantik dan polos tersenyum manis ke arahnya. Wajah perempuan itu seperti pernah dia lihat tetapi dia lupa di mana. Biasalah, dalam dunia ini ramai saja manusia yang mempunyai muka yang hampir seiras. Pakaian yang menutupi tubuh perempuan itu pula kelihatan sopan dan mempunyai gaya elegan yang tersendiri walaupun hanya memakai blouse dan berseluar jeans. Eylem membalas senyuman itu kembali. Bila bisnes, senyum pada pelanggan adalah perkara utama.

"Eylem..." Gadis itu membaca perlahan sambil merenung tag nama yang tertera pada apron yang tersarung pada tubuh Eylem. Walaupun perlahan Eylem dapat mendengarnya dengan jelas dan dia hanya memberi anggukan kecil. Gadis itu seolah terperajat kerana perilakunya diketahui oleh Eylem.

"Sorry...I tak sengaja. Nama you unik sangat. Bila terpandang nama you I teringat pada kawan I yang tinggal di luar negara. Nama dia seperti nama you. Sebab itu, I tenung lama tag nama you." Kata gadis itu dengan ramah. Eylem hanya memberi senyuman manis tanda dia tidak kisah.

"It's okay. Ni pesanannya." Ucap Eylem.

Saat Eylem menyerahkan empat cawan coffee kepada wanita itu, dia terasa tangannya disiku dari belakang. Bukan sikit-sikit tapi cukup kuat hingga tubuhnya terdorong ke depan. Tidak perlu bertanya siapa pelakunya, dia sudah tahu siapa. Syukur pegangan dia pada bekas minuman tersebut kuat jadi ia hanya berkocak deras dan tidak berlaku eksiden yang tidak diingini.

"Opps! Sorry. Saya tak sengaja. Cik okay?" Tanya Eylem sedikit terburu-buru. Dia risau gadis cantik itu akan memarahinya walaupun tiada apa yang berlaku kepada gadis itu.

Wajah gadis itu sedikit terkejut kerana dia menjangka dirinya akan disimbah dengan air coffee yang panas atau berais itu. Tidak gadis itu sangka, Eylem sangat cuai tetapi dia sedar kecuaian Eylem bersebab kerana matanya bagai helang yang menyambar. Tiada apa yang boleh terlepas dari pandangannya. Dia tersenyum sinis.

"It's okay. Thanks for the coffee." Kata gadis itu. Dia mengambil minuman tersebut pada tangan Eylem sambil memberi pandangan yang sinis. Setelah itu, gadis itu terus berlalu pergi ke arah meja yang ditunggu oleh rakan-rakannya.

Eylem terpaku seketika. Sikap wanita itu sekelip mata berubah. Sekejap ramah sekejap dingin. Pusing Eylem memikirkannya. Dia melepaskan lelahnya dan menoleh ke arah Mon yang sedang rancak mengelap pinggan.

Eylem mengambil kesempatan bila dilihat kaunternya lengang dengan pelanggan. Dia meletakkan signboard 'sila ke kaunter sebelah' yang sedang diuruskan oleh Sera. Eylem cuma memberi alasan dia mahu ke tandas. Dia mendekati Mon dengan perasaan panas yang meluap-luap.

Mentang-mentang aku lembut. Kau pijak kepala aku. Selama ni aku sabar je, nanti kau! Desis Eylem. Hatinya berkobar-kobar ingin memberi pengajaran kepada Mon.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience