17 :Tertanya-tanya

Romance Series 13587

Mary membelek beberapa majalah seperti Impiana, Seni Hias dan Anjung Seri yang dibawa oleh Eylem petang tadi. Maklumlah, pelajar pereka hiasan dalaman seperti Mary sangat tertarik membaca majalah-majalah seperti itu. Nak dapatkan sebuah ilham perlukan kajian dan pemerhatian. Salah satu caranya ialah dengan membaca majalah sekaligus menghilangkan kebosanan yang melanda dirinya.

Sudah tiga hari berturut-turut dia terperuk dalam hospital ini. Makan, tidur, makan, tidur, sampai lemak-lemak tepu sudah mula menghuni lapisan kulitnya. Sejujurnya, dia kurang selesa berada di atas katil tanpa boleh lakukan apa-apa. Dia merenung jam di dinding yang sudah menunjukkan angka 8.00 malam. Terasa begitu lama jam itu berdetik.

Manalah dia ni? Kata nak datang. Detik hati Mary. Hatinya setia menunggu dengan sabar.

Dia menoleh bila terdengar bunyi pintu yang dikuak dari luar. Senyuman yang mula terukir disembunyikan, diganti dengan wajah cemberut tanda tidak puas hati apabila terjonggol wajah seorang lelaki yang dinanti-nantikan.

"Kenapa lambat? Kata nak datang petang. Ni dah pukul berapa baru nak sampai. Kalau terpaksa lain kali tak yah datang." Protes Mary seperti anak kecil.

Belum sempat lelaki itu memberi salam, mulut Mary sudah bersembur-sembur mengeluarkan kata-kata yang telah tersimpan di dalam hatinya.

"Sorry." Jawab Daniel sepatah. Dia mengerling jam di tangannya. Kepalanya digeleng beberapa kali. Awal lagi. Mulut mengalahkan mak nenek. Desis hati Daniel.

"Muka tu kenapa? Macam ayam berak kapur je." Komen Mary bila dilihat wajah Daniel yang kusut dan muram. Makin tua dari biasa. Kutuk Mary di dalam hati. Wal hal usia Daniel baru menginjak ke 39 tahun. Bak kata Eylem lelaki yang hampir 40 tahun sudah kira tua.

"Pernah tengok ke?" Seloroh Daniel dengan muka ketatnya, cuba menghidupkan suasana dengan aura kelam yang ada dalam dirinya.

Mary menjeling geram.

"Aihh...main-main pula dia ni. Ada karang yang tidur dalam wad malam ni." Mary memberi amaran. Meletus tawa Daniel mendengar kata-kata Mary.

"Hahaha...mampu ke?" Saja diusik gadis brutal itu. Melihat keadaan Mary yang terlantar atas katil mustahil untuk gadis itu mengotakan kata-katanya. Mary merengus bila melihat senyuman sumbing yang terukir di bibir Daniel. Dia tahu apa yang ada dalam fikiran lelaki itu.

"Humph! Tak nak cerita sudah." Balas Mary mengalah. Lega dia mendengar lelaki itu ketawa. Mendengar Daniel ketawa seperti mencari emas di lombong. Daniel tersenyum sedikit lalu mengambil tempat di kerusi pelawat yang tersedia. Caring juga budak ni dekat aku. Desis hati Daniel.

"Hmm...biasalah Suzie buat hal." Ulas Daniel sebaris. Mary yang mendengarnya tidak terkejut.

"Kenapa? Dia minta cerai ke?" Soal Mary selamba. Kalau betul perempuan hantu tu minta cerai, bagus sangatlah tu. Eee...tak sanggup ada kakak ipar macam tu. Fikir Mary.

Melihat Daniel hanya mendiamkan diri membetulkan lagi telaahnya terhadap Suzie.

"Ceraikan jelah perempuan macam tu. Seorang pergi 1000 yang mari tau?" Kata Mary lagi tanpa simpati. Buat apa nak simpan perempuan meroyan macam tu kat rumah. Tambahnya di dalam hati.

Nak komen lebih-lebih risau Daniel berkecil hati dan marah. Nampak saja Daniel seorang lelaki dewasa yang gagah perkasa fizikalnya tapi hati lelaki itu sangat sensitif seperti tisu. Tambahan pula, bukan dia tidak tahu Daniel sangat mencintai isterinya walaupun wanita itu perangai macam hantu.

"Mary, cerai berai bukan perkara yang senang. 10 tahun hidup bersama, sayang tu tak hilang macam tu je." Balas Daniel perlahan.

"Hmm...ikut sukalah. Kalau dah sayang nak buat macam mana. Nasihat orang lain dah tak boleh pakai." Kata Mary lagi. Melihat Daniel kembali mendiamkan diri, dia cuba mengubah topik. Kalau cakap fasal Suzie sampai bila-bila tak habis. Buat pening kepala je.

"Datang sini tak bawa buah tangan ke?" Tanya Mary sambil matanya meliar melihat kedua-dua tangan Daniel yang kosong.

Kebelakangan ini, perutnya sentiasa lapar. Bila banyak rehat, mulalah mulutnya gatal ingin mengunyah sesuatu. Tiba-tiba, fikiran dia teringatkan Carl. Lelaki itu kalau melawat dia tidak pernah lupa bawa makanan untuknya. Mary mengeluh kehampaan.

Daniel mengabaikan riak kecewa yang terpapar di wajah Mary lalu menyeluk saku seluarnya dan mengeluarkan dua keping bar coklat yang bersaiz sederhana. Dia menghulurkannya kepada Mary. Mary tersenyum sehingga menampakkan giginya yang putih berseri.

"Wahhh...ingat lagi favourite orang. Ni yang sayang lebih ni." Ucap Mary teruja. Hujung bibir Daniel terangkat sedikit tetapi Mary tidak dapat melihatnya kerana dia khusyuk menjamah coklat kegemarannya. Satu bar coklat lagi diletakkan di atas meja yang berhampiran dengannya.

"Emm...time macam ni jelah sayang." Omel Daniel.

"Alah! Mengada betul orang tua ni." Kritik Mary sambil terus-menerus mengigit dan mengunyah coklat yang ada di tangannya.

"Bila boleh keluar?" Tanya Daniel.

"Doktor kata kecederaan tak serius tapi perlukan pemeriksaan lebih lanjut takut ada kecederaan dalaman yang lain. So, kalau tak ada masalah, dua hari lagi dah boleh keluar. Rehat kat rumah." Balas Mary. Daniel menganggukkan kepala.

"Nampaknya, kena cancel pergi Melaka." Kenyataan Daniel membuatkan Mary terhenti mengunyah coklat yang ada di dalam mulutnya.

"Tak boleh hantar orang pergi sana?" Soal Mary. Matanya merenung ke arah Daniel.

"Bukan tak boleh tapi nak confirm kan sesuatu so better kita ada sana terus." Balas Daniel bersahaja. Mary mengeluh sedikit.

"Boleh tak kita stop je?" Tanya Mary. Tiba-tiba wajahnya menjadi sugul.

"Kita dah lama buat benda ni. Tak akan nak berhenti sekerat jalan?" Pertanyaan Daniel membuatkan wajah Mary semakin muram.

"It's okay. If anything happens, I'm always with you." Pujuk Daniel. Dia tahu Mary berat hati tapi dia tiada pilihan kerana dia juga ada tujuan dia yang tersendiri.

"I have to go somewhere else. Take care of yourself. Kalau ada apa-apa jangan lupa call." Pesan Daniel setelah melihat Mary seperti termenung panjang. Dia ingin beredar tetapi kedatangan dua tetamu yang tiba-tiba muncul menyebabkan dia masih menanti di bilik sakit ini.

Maggie mengambil gelas kosong lalu menuangkan jus oren ke dalam gelas tersebut. Dia meneguk minuman itu sambil matanya menjeling ke arah bapa saudaranya yang tersenyum ceria sambil menyanyi kecil. Dia melihat tingkah Carl yang tangkas membungkuskan makanan tanpa mempedulikan keadaan sekeliling.

Berkerut dahi Maggie melihatnya. Sejak beberapa hari kebelangkangan ini Carl sering masuk ke dapur dan masak sesuatu. Kemudian lelaki itu akan lesap entah ke mana. Maggie menjenguk ke dalam tray makanan yang dipegang oleh Carl. Fulamak! Puding roti. Detik hati Maggie. Dia cuba mencapai secebis dari potongan puding roti yang telah dikerat oleh Carl tetapi tangannya ditepis kasar.

"Ouchh! Sakitlah. Nak sikit je pun. Kedekut!" Kata Maggie sambil menggosok tangannya yang terasa pedih. Penangan orang lelaki memang sakit. Itu baru sikit.

"Kalau nak makan ambil dalam peti ais, potong sendiri. Ni nak bagi kat orang tak boleh main sentuh je. Tangan tu dah basuh ke belum?" Tegur Carl sambil matanya masih fokus melakukan tugasnya.

Mata Maggie sudah juling ke atas bila mendengar kata-kata Carl. Macam mak-mak je. Rungut hati Maggie.

"Nak bagi pada siapa?" Soal Maggie ingin tahu.

"Kawan." Kata Carl sepatah. Matanya masih fokus dengan tugas yang dilakukan.

"Kawan ke girlfriend?" Soal Maggie lagi dengan nada yang mencurigakan. Biar betik? Masak bagai just for friends? Ridiculous! Fikir Maggie.

"Kawan." Sahut Carl lagi. Kali ini nadanya sedikit keras. Maggie mencebekkan bibir. Untunglah...

"Nak jumpa kat mana? Clubbing?" Tanya Maggie lagi. Carl memandang tepat ke arah Maggie sambil mencekak pinggang.

"Kenapa banyak tanya sangat ni?" Soal Carl kembali mula hilang sabar.

"Eee..Nak tanya pun tak boleh!" Kerana sebal Maggie terus bergerak ke ruang tamu. Saat dia melepasi anak tangga, dia terdengar Gabriel bercakap di telefon. Suara bukan main lembut dan manis sekali. Sekejap-sekejap ketawa.

Dia lihat penampilan abangnya dari atas ke bawah. Amboi...bukan bese-bese. Segak semacam. Ni seorang lagi. Rajin benor kuar malam kebelakangan ini. Sebelum ini asyik terperap di rumah. Kadang-kadang risau juga bila lelaki bujang asyik duk rumah nampak macam tak ada life tapi bila berubah 180 darjah risau lagi bertambah. Ini mesti ada sesuatu. Fikir Maggie.

"Brother, nak pergi mana?" Tanya Maggie setelah melihat Gabriel telah mematikan panggilan. Bagus! Malam ini dia jadi detektif tak bertauIiah.

"Keluar." Jawab Gabriel sepatah dengan senyuman masih tersungging di bibir.

"Jumpa siapa? Kawan?" Tanya Maggie lagi. Carl yang mendengar soalan Maggie sudah menggelengkan kepala. Menyibuk je kerjanya. Desis hati Carl lalu terus keluar dari villa mereka.

"Girlfriend." Balas Gabriel sepatah lalu terus berjalan melepasi Maggie.

Jawapan Gabriel menyebabkan Maggie kaku di situ. Dia terpana. Dia tak salah dengar kan? Abangnya ada girlfriend? Ini berita baik tetapi kenapa hatinya kurang senang. Girlfriend...girlfriend...kata Maggie berulang kali di dalam hati. It's good news but I don't feel good. Why? Bisik hati Maggie.

Maggie tersentak kerana hampir berlanggar dengan seseorang. Dia melihat kedua ibubapanya berpakaian kemas dan anggun. Datuk Justin sudah keluar rumah tanpa ungkap sepatah kata. Maggie sudah terbiasa jadi dia tidak kisah.

"Mama, where are you going?" Tanya Maggie saat melihat Datin Sheryl mengekor ayahnya mahu keluar dari villa mereka. Maggie tidak tahu berapa kali soalan itu keluar dari bibirnya. Walaupun bukan urusan dia, hatinya tetap ingin tahu.

"Dinner party. Yang lain pergi mana?" Tanya Datin Sheryl sambil membetulkan perhiasan di pergelangan tangannya.

"Keluar." Jawab Maggie sepatah.

"Em." Datin Sheryl hanya mengeluarkan bunyi 'em' tanda dia mengerti.

"Mama, I thought brother got himself a girlfriend." Adu Maggie saat Datin Sheryl mula melangkah keluar. Walaupun Datin Sheryl tidak selalu mesra dengan dia ataupun Gabriel tapi wanita itu masih ibunya. Kadangkala dia akan menyuarakan isi hati atau fikiran dia terhadap Datin Sheryl walaupun hanya satu perkataan.

Langkah Datin Sheryl terhenti. Dia berpaling menghadap Maggie. Wajah ibunya kelihatan bersahaja dan tenang tetapi sepasang mata wanita itu sangat tajam menikam tangkai hati Maggie. Maggie rasa gerun melihatnya.

"If that is true, so you're in trouble right now." Kata Datin Sheryl senada.

"Hah!? Why me?" Maggie bertanya dengan nada pelik. Mungkin dia terlupa sesuatu? Itu yang membuat dirinya gelisah dari tadi bila mendengar abangnya ada teman wanita.

"It's better if Adelle is your brother girlfriend. If not, I'm afraid that you need to married Brad." Kata Datin Sheryl dengan selamba. Wajahnya tetap tenang dan mula melangkah pergi tetapi langkahnya terhenti bila terdengar jeritan Maggie.

"No!" Jerit Maggie sedikit tinggi. Arghh!!! Bagaimana dia boleh lupa tentang itu?

"So, you better prevent it before it becomes a nightmare." Datin Sheryl memberi amaran.

"What do you mean?"

"Do whatever you can do as long as he married Adelle. Other than that is not important. I think you should know what you need to do because you are his sister and he loves you. I doubt he will ignore you for your sake happiness." Selepas Datin Sheryl berkata dia terus meninggalkan Maggie yang masih tergamam mendengar ucapan ibunya.

Apa benda semuanya ni??!!! Adakah dia sebagai umpan untuk menjayakan segala rancangan ibubapanya? Kalau tidak berjaya, dia jadi korban? Ini sungguh tidak adil!!! Hati Maggie sakit memikirkannya. Tak ada hati perut!!! Jerit hati Maggie.

Sudahlah dia keseorangan di rumah di tambah pula dengan nasib malang yang bakal menimpa dirinya. Dia terasa ingin mengalirkan air mata saat itu juga. Sanggupkah dia hancurkan kebahagian abangnya? Tapi, bagaimana pula dengan kebahagiaan dia? Kenapa lah dia tiada teman lelaki? Kalau ada pun, apa yang dia boleh buat? Pening kepala dia. Dia perlu buat sesuatu kalau tidak dia terpaksa kahwin dengan Brad duda anak satu. Haru hidupnya nanti.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience