BAB 14

Romance Completed 11423

Atas permintaan Suria sendiri, Haris tidak menghantarnya ke lapangan terbang. Suria hanya menggunakan perkhidamatan teksi. Bila Haris bertanyakan kenapa Yasmin tidak mengambilnya. Suria menyatakan yang Yasmin sudah terlebih dahulu berangkat ke Singapura sehari lebih awal daripadanya.

“Abang. Suria nak minta maaf about last night, and about everything.” Suria tenung anak mata Haris. Dalam maksud kata-kata Suria itu. Dia meminta maaf terhadap apa yang akan dia lakukan, pada masa akan datang ini.

“I was wrong too sayang. But, anyway apology accepted.” Haris berseloroh. Suria hanya ketawa. Perkara ini lah yang dia suka pada Haris, tidak pernah ada pergaduhan antara mereka yang berpanjangan. Haris bukanlah seorang suami yang meletakkan ego lelakinya pada aras yang tinggi. Haris adalah seorang yang pemaaf.

Namun andai sahaja Haris tahu akan apa sebenarnya yang akan dilakukan oleh Suria, mampukah lelaki itu memaafkannya nanti. ‘I am sorry abang. I really am’ kata-kata itu hanya berbisik dalam hati Suria.

Sebuah teksi sudah pun menanti di hadapan rumah mereka. Suria berpamitan sekali lagi dengan Haris. Kucupan hangat lelaki itu di dahi Suria, menyamankan dirinya. Mungkin itu – tidak, itu ialah pasti, ialah kucupan terakhir daripada suami yang dicintainya itu.

Suria memasuki teksi tersebut, yang kemudian meninggalkan kawasan rumah mereka. Membawa pergi bersama luka dalam diri Suria. Perutnya diusap. Andai satu nyawa itu tetap terus hidup dalam rahimnya, Suria minta dikuatkan semangatnya untuk membesarkan anaknya itu nanti.

Dan andai sahaja itu hanya pinjaman sementara buatnya, Suria berharap agar dia tetap tabah menempuh segala dugaan dalam kehidupan itu. ‘Ampunkan segala dosa-dosa ku ya Allah’ Suria bebisik lemah. Titis-titis air mata, tidak segan-segan membasahi pipinya.

Telefon pintarnya dikeluarkan. Akaun gmail nya di buka. Folder draft Suria buka, membaca semula isi kandungan sebuah email yang sudah dia tulis ketika membuat perancagan ini. Email untuk Haris, dimana Suria telah menyatakan permintaannya untuk berpisah dengan Haris.

Suria minta diceraikan, segala sebab-sebab atas permintaannya iu juga terkandung sama dalam email tersebut. Dan email itu akan dia hantar kepada Haris sebaik sahaja setelah seminggu dia menjejakkan kaki di bumi asing itu. Suria akan berhijrah ke Australia. Dia berharap agar bumi Australia itu akan memberikan permulaan baru baginya.

Selamat tinggal kehidupan lama, selamat tinggal Haris. Meskipun tindakan Suria ini agak kelihatan memberontak. Namun inilah kehidupannya sewaktu belum berkahwin dulu. Sering mengembara. Atas sebab itulah juga ibu bapa Suria yang risau akan anak mereka itu mengambil keputusan untuk mengahwinkan Suria dengan Haris.

Tetapi, bermula saat ini. ‘We’re back to the beginning’ sebagaimana semuanya bermula, beginilah akhir cerita Suria. Monolognya membawa kepada permulaan yang baru. Mungkin inilah jalan hidupnya, sebab cinta tidak bererti memiliki. Doa Suria semoga Haris berbahagia dengan cinta pertamanya. Haris bertuah kerana dapat berstu dengan cinta pertamanya.

Dan dia? Biarlah dia membawa kedukaan dan gantikan dengan kebahagiaan yang Allah akan aturkan padanya. InsyaAllah..

Share this novel

Sarimah Yaakob
2021-02-13 08:36:51 

best cerita ni bila nk sambung.


NovelPlus Premium

The best ads free experience