BAB 11

Romance Completed 11423

Suria masih mencongak-congak dalam mindanya, dia pranoid terhadap kandungannya itu. Akankah dia kehilangkan kandungan itu lagi. ‘Kuatkan aku ya Allah, jika kandungan ini juga nanti hanya kau pinjamkan sementara’. Suria pejam mata ingin menyalur kekuatan buat dirinya dan nyawa yang sedang menumpang dalam rahimnya itu.

“Ermm. Doktor, sebelum ni saya dah pernah keguguran. Twice. Will it effect my pregnancy now?” Ada getar dalam suara Suria.

“Miscarriage is just one of those things, it often happens during the early of pregnancy. Dan selalunya dia tak efek your next pregnancy. Well, we can see here, the baby is growing healthy in the mommy. Kalau mengikut saiz baby, your pregnancy is about 16 weeks old.” Penerangan Doktor Hajar kepada Suria sedikit sebanyak menenangkan paranoid dirinya.

Lamunan Suria mati. Dia mengeluarkan gambar ultrasound daripada beg tangannya. Dipandang gambar janin itu, hasil cintanya bersama Haris. Cinta? Cintakah Haris padanya. Suria menghembuskan keluhan lemah. Dia bingung pada saat ini. Perancangannya dan perancangan Allah s.w.t seolah-olah tidak seiring.

Tetapi hati wanitanya itu tetap inginkan apa yang sudah dia rencanakan. Buku catatan yang ditinggal di atas katil ketika dia keluar tadi di capai. Suria membaca sekali imbas tulisan tangannya itu. “Ya, this is it.” Dia tekad. “There’s no turning back.”

‘How about the baby then?’ Hatinya berbisik.

“I am not sure about the baby either, neither do this marriage. We’re just gonna go with the flow. Flow yang aku buat.” Tutur Suria kepada dirinya sendiri. Deringan telefon pintarnya, mematikan benak Suria.

Dia membawa dirinya duduk. Beg tangannya di bawa ke riba dan mengeluarkan telefon yang berdering nyaring minta diangkat. ‘My Man’. Haris yang menghubunginya. Suria teragak-agak untuk menjawab panggilan itu. Dia berdehem beberapa kali untuk membetulkan suaranya.

“Waalaikumsalam.” Salam Haris dijawabnya.

“How do you feel now sayang?” Soal Haris di sebelah sana.

“Saya okay dah.” Jawab Suria cangkung. Terasa seperti dia sedang menyembunyikan sesuatu pula.

“Are you sure?” Haris tidak berpuas hati mendengar jawapan isterinya itu.

“Ya, I’d already gone to the doctor.” Suria tepuk mulutnya kerana terlepas cakap.

“So, doktor cakap apa?” Suara Haris yang tenang di sebelah sana hanya membawa gentar pada Suria.

“Well, just a normal fever.” Suria gelak kecil di hujung katanya untuk menutup getar pada suranya.

‘Inilah masanya Suria, bagitau Haris’ hati Suria berbisik. ‘Tak, tak. Haris tak boleh tahu’ dia sedang berperang dengan minda sendiri. Suria tidak ingin Haris kecewa dengan kandungan ini andai sahaja nanti ia tidak menjadi.

“Owhh, normal fever. Hurm.” Suara Haris kedengaran tidak yakin pada telinga Suria.

“Why?” Suria sedikit cuak. Haris mengesan sesuatu kah?

“No, nothing. Tak pe lah, kalau sayang perlukan apa-apa just call me okay. And don’t forget to eat your meal.” Pesan Haris sebelum memberi salam dan menamatkan panggilan mereka.

Suria menarik nafas lega, lepas sudah satu hal. Tapi dia tidak tahu bagaimana ingin berhadapan dengan Haris bila lelaki itu pulang nanti.

“Just forget about it now. Yang paling penting sekarang…” Gerrrrrr. Perut Suria sudah berbunyi minta di isi sudahlah dia belum mengambil sarapan. Suria segera keluar menuju ke dapur. Sekarang bukan hanya dia yang memerlukan tenaga tetapi juga zuriat dalam kandungannya itu.

“Let’s eat first okay baby.” Sandwich tuna yang disediakan oleh Haris pagi tadi dijamah Suria, sambil tangan mengusap perut kempisnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience