BAB 10

Romance Completed 11423

Genggaman pada stering keretanya kejap, pemanduan Suria lancar tidak tergopoh-gapah. Tidak seperti hatinya yang sedang berirama penuh dengan okestra, bermacam-macam instrumen seolah-olah sedang dimainkan dalam benaknya. Sesampai di perkarangan rumah, kereta segera diparkir. Suria berlalu masuk terus ke dalam rumahnya, menuju ke dalam bilik mereka.

Tubuhnya terasa sangat berat dan penat, walhal dia langsung tidak ada melakukan apa-apa aktiviti. Dia penat dengan kehidupan yang sedang dia jalani. “Ataghfirullahal’azim.” Suria meraup wajahnya, terasa berdosa mempersoalkan ujian yang sedang Allah s.w.t berikan dalam hidupnya. Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata : “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan). (Al-‘Ankabut :1).

Dirinya dibawa berbaring di atas katil, kepalanya mendongak memandang siling. Tangannya mengusup perut yang kempis, terlalu kecil untuk seseorang yang sedang mengandung empat bulan.

“Congratulation, Puan Suria. You’re pregnant.” Doktor Hajar beserta senyuman pada wajahnya mengkhabarkan pada Suria. Perkara yang cuba dinafikan oleh Suria kini sudah pasti. Bagaimana dengan hidupnya bersama Haris nanti, perlukan dia memberitahu suaminya itu. Tapi bagaimana pula nanti jika kandungan ini sama sahaja dengan kandungannya sebelum ini – gugur.

Doktor Hajar tersenyum, dilihatnya ibu mengandung itu kaku seketika. Dan pada pandangannya Suria mungkin terharu sebagai seorang ibu berita itu semestinya adalah sebuah kejutan buat mereka.

Doktor Hajar melakukan imbasan ultrasound memandangkan Suria juga kurang pasti bila kali terakhir dia datang bulan. Masakan dia ingat sedangkan fikirannya sangat bercelaru dengan memikirkan tentang Haris dan perkahwinannya.

Suria memang tidak sedar yang dia sedang mengandung selama empat bulan itu. Sewaktu dia mengandung dulu, Suria sudah pun mengalami morning sickness seawal dua minggu usia kandungannya. Namun tidak pula pada kali ini.

“Well, Puan Suria morning sickness memang selalunya happens during the first trimester of the pregnancy and for most women it seems to stop after the 12th week of pregnancy. But in some other cases juga, ada yang tak experienced morning sickness at all. It’s all hormonal changes during pregnancy. There’s nothing to be worried about.” Doktor Hajar menerangkan dengan jelas.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience