Completed
11423
Suria belum lagi memberikan apa-apa keputusan kepada Haris. Pada Suria buat apa meminta izin daripada dirinya, adakah Haris akan membatalkan perancangannya untuk berkahwin dengan Wardah sekiranya dia mengatakan tidak bersetuju. Sudah tentu Haris tidak akan berbuat demikian. Suria sedar akan perbezaan antara dia dan Wardah. Gadis itu indah paras rupanya, baik pekertinya tidak ada yang kurang pada matanya dan semestinya tidak ada kurang pada mata Haris juga.
Apa yang paling utama ialah Suria yakin Wardah juga memiliki hati Haris, suaminya. Tidak ada apa yang tinggal lagi buat dirinya.
‘Perlukah aku minta cerai je dengan Haris kalau memang dia nak kahwin dengan Wardah’ bisikan hati wanita Suria pula menghasut dia meminta perkara yang sangat dibenci oleh Allah s.w.t itu.
‘Tapi kalau aku masih isteri Haris dan terpaksa bermadu, aku mungkin juga akan tetap berlaku nusyuz. Aku tak kan ikhlas dengan Haris’ Suria sudah menarik keluh panjang.
“Assalamualaikum.” Suara yang menyapa Suria menyentapkan dia dari lamunan. Akibat daripada terkejut juga dia yang segera berpaling itu telah terlanggar gelas kaca yang diletakkan di atas meja.
Haris yang terkejut melihat kejadian itu segera menerpa Suria. Telapak tangan Suria berdarah akibat daripada serpihan kaca daripada gelas itu. Namun kerana tidak menyedari akan hal itu Suria sudah pula cepat-cepat ingin membersihkan serpihan-serpihan kaca yang sudah bertaburan dilantai. Takut akan mencederakan mereka pula nanti jika tidak dibersihkan dengan segera.
Dia yang ingin berlalu tersentap semula ke belakang. “Sayang bleeding ni.” Pergelangan tangannya sudah berada dalam genggaman Haris. Suria bingung sekejap lalu membawa pandangannya pada telapak tangan sendiri. Suria menelan liur yang terasa kering di kerongkongnya.
Haris sudah menyeret Suria perlahan menuju ke arah sinki ingin membersihkan luka telapak tangannya itu. Dia yang teringat kembali pada permintaan Haris dua hari lepas membawa bara ke dalam hatinya.
“It’s okay. Saya boleh buat sendiri.” Dia cuba meleraikan genggaman Haris. Lelaki itu mendesit.
“Dah. Jangan nak mengada-ngada. Suria tu takut darah. Biar abang yang buat.” Haris berkata dengan tegas.
“I have to learn to handle this kind of thing. Lepas ni kena buat sendiri juga kan.” Ada maksud tersirat dalam kata-katanya itu. Tetapi Haris tidak mengendahkan. Tangan Suria dibawa kepada air yang mengalir dari paip.
“I told you yang abang tetap akan laksanakan tangungjawab abang sama seperti sekarang takkan ada yang kurang.” Tutur Haris menangkap akan topik yang cuba Suria timbulkan.
“Yes of course.” Suria memandang Haris yang sudah memandang tepat wajahnya itu. Meminta kepastian akan kata-kata Suria tadi.
“Marry her. Abang tak payah pun sebenarnya minta izin daripada saya. Abang mampu.” Suria menundukkan pandangannya. Tidak kuat dia memandang kegembiraan pada sinar mata Haris mendengarkan perkhabaran itu meskipun lelaki itu cuba untuk mengawalnya.
Share this novel