Completed
11423
Ketika Suria ingin berlalu ke tingkat atas di mana Haris dan Azam sedang berada di dalam bilik kerja suaminya itu, tanpa sengaja dia telah menangkap perbualan mereka.
“What about Suria, man?” Agak perlahan suara Azam namun masih dapt didengar Suria.
“Our marriage is not based on love Zam. Semua atas pilihan keluarga.” Kata-kata Haris sedikit menghiris hati Suria. Tangannya yang ingin mengetuk pintu bilik itu dikepal erat. Dia cuba untuk menarik nafas bagi menenangkan kecamuk hatinya, tetapi dia seolah-olah kehabisan udara disekelilingnya.
Suria tersentak apabila ada tangan yang menepuk perlahan bahunya. Lisa tersenyum lemah memandang Suria, dia juga mendengar perbualan antara Haris dan suaminya itu. Tidak jadi untuk memanggil Haris dan Azam, Lisa segera menarik tangan sahabatnya itu kembali turun ke tingkat bawah.
“Hey, don’t cry. I am here okay.” Lisa genggam erat tangan Suria.
“Huh?” Suria baru perasan kesukarannya untuk bernafas ialah kerana disebabkan oleh air mata yang sedang mengalir bisu daripada kelopak matanya.
“Suria. Lisa nak tanya satu benda?” Lisa memandang tepat anak mata Suria.
“Apa dia?” Suria ingin tahu.
“Suria redha ke dengan semua ni? Atau Suria terpaksa?” Lisa ingin kepastian. Bagaimana Suria begitu mudah untuk membiarkan Haris berkahwin dengan wanita lain. Lisa tahu tentang perasaan cinta Suria yang sangat dalam buat Haris. Dia sahaja yang mendengar berita itu terasa sangat sakit hati.
“Dia mampu Lisa. He made the right choice.” Suria hanya mampu tersenyum hambar dengan kata-katanya itu.
“That’s not the answer.” Lisa berasa geram pula dengan Suria.
“Yes it is.” Suria memutuskan kata-katanya itu. Dan berlalu meninggalkan Lisa yang dengan perasaan yang berdongkol geram dan marah.
“Astaghfirullahal’azim.” Lisa mengusap wajah, dia terbawa-bawa dengan perasaan sensitif seorang wanitanya. Suria yang sudah berlalu dipandang sepi.
Suria mematikan ingatannya terhadap kejadian beberapa hari yang lepas. Kepala yang berdenyut dibiarkan, dia bangun mencapai telefon pintarnya yang berada di atas meja. Yasmin dihubungi untuk mengkhabarkan ketidakhadirannya ke pejabat hari ini.
Untung sahaja kerjayanya sebagi seorang editor di syarikat penerbitan Yasmin itu membolehkan dia untuk melakukan kerja-kerjanya dari rumah. Suria kemudian bangun mengambil buku catatannya, dan kembali berbaring semula di atas katil. Pen dalam tangan bermain-main pada muka surat buku catatan tersebut. Suria sedang mecatat perancangannya.
Sudah memang kebiasaan Suria untuk menyedikan segala plan ketika dia ingin merancang apa-apa. ‘Tapi ini adalah perancangan buat hidup kau Suria.’ Hatinya mulai berbisik menghantar keraguan namun minda Suria menolak segalanya, kepalanya digeleng-gelengkan.
“It’s me or him. One of us have to make the move.” Suria memerhatikan contengan tangannya pada beberapa helai muka surat buku catatan itu. Merancang hidup semudah mencatat pada buku catatan, Suria sememangnya tekad.
“What else?” Kepalanya digaru cuba untuk memikirkan apa-apa yang kurang pada perancangannya itu. Pen di tangan Suria lepas dari genggamannya. Tiba-tiba dia segera bangun dari baringnya. Tekaknya meminta untuk mengeluarkan sesuatu, dan perutnya yang memulas pula seolah-olah membantu proses itu. Dia berlari masuk ke dalam bilik air mereka.
Suria menghamburkan segala isi perut yang sememangnya hanyalah berupa cecair itu kerana dia belum mengambil sarapan, ke dalam mangkuk tandas. Suria sudah mencangkung di lantai tandas, kepalanya kembali berdenyut. Manakala perutnya pula semakin memulas.
Dia kemudian bangun sambil tangan masih pada perutnya. Membasuh wajahnya di sinki, dan berlalu keluar dari bilik air. Suria bersiap-siap untuk keluar. Dalam mindanya cuba untuk menidakkan sesuatu. Abaya disarung, dan tudung segeranya dipakai. Langkahnya pantas diatur keluar daripada rumah mereka.
Share this novel