BAB 12

Romance Completed 11423

Suria sedang menyediakan makan malam di dapur. Fikiranya sudah dibuang jauh tentang bagaimana dia ingin berhadapan dengan suaminya nanti. Meskipun rasa bersalah sedang menyelubungi diri Suria, namun dia terpaksa. Tidak ingin melihat kekecewaan lagi pada diri Haris nanti. Cukuplah hanya dia sendiri.

“Assalamualaikum.” Suara memberi salam dari muka pintu dapur menyentak fikiran Suria.

“Waalaikumsalam, awal abang hari ni.” Kening Suria sedikit bertaut melihat Haris yang sudah pun berada di rumah sejam lebih awal daripada kebiasaan dia pulang dari pejabat. Lelaki itu meleraikan ikatan tali lehernya. Lengan kemejanya sudah pun disinsing sampai ke siku.

“Isteri abang ni kan tak sihat sebab tu abang balik awal.” Haris mendekati Suria.

“Lagipun abang sendiri tak rasa sedap badan juga. Daripada abang stay office lama-lama dan kerja tak jalan-jalan juga better abang balik. Dapat juga bersama dengan isteri abang ni.” Tutur Haris. Suria sudah berada dalam rangkulannya. Erat.

Lama mereka begitu, Suria memeluk pinggang Haris kejap. Wajahnya pada dada lelaki itu. Jantung Haris yang berdetak membawa irama yang menyenangkan pada Suria. Rasa bersalahnya terhadap sang suami semakin meningkat.

‘What should I do’ Bisik hati Suria, dan tanpa sedar dia mengeluh perlahan.

“What’s wrong?” Haris menyoal hairan.

“Tak da apa-apa. Tiba-tiba rasa rindu pula dekat abang.” Jawab Suria jujur. Entah mengapa kerinduan itu datang tiba-tiba. Adakah mungkin kerana dia menyedari akan hakikat yang sedang dia rancangkan itu.

‘I am sorry’ bisik hati kecilnya.

“Nak rindu apanya. Abang kan dah ada depan Suria ni.” Haris gelak kecil. Dia juga rindu.

Pelukan Haris dileraikan Suria. “Well, tak siap lah Suria masak kalau kita macam ni je.” Suria tergelak kecil teringat dia yang sebenarnya tengah memasak itu.

“Ada apa yang abang boleh tolong. Suria dah sihat ke ni. Kalau tak biar abang je yang masak.” Haris tenung Suria meminta kepastian.

“Saya dah okay lah abang. Tapi kalau abang nak tolong boleh juga.” Senyuman dilemparkan pada Haris yang sudah mengambil pisau daripada tangan Suria.

“Bagus juga. Cepat siap, dapat makan awal sikit sebelum maghrib.”

Petang itu hari mereka berjalan seperti suami isteri biasa. Tidak ada kebimbangan Suria tentang perkahwinan Haris dengan Wardah nanti. Haris juga leka melayan telatah Suria yang manja itu. Rutin mereka yang dulu berjalan seperti biasa.

‘Let’s just cherished what left now…’ bisik hati Suria, gembira melihat sinar mata Haris ketika memandang dirinya. ‘…While it lasts.’

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience