BAB 7

Romance Completed 11423

Suria sudah asyik mengeluh memikirkan segala kemungkinan yang akan berlaku pada masa akan datang. Hari ini juga hari minggu, Suria sudah tidak mengharapkan apa-apa daripada Haris. Sedangkan minggu yang lepas dia mengajak Haris keluar membeli barang keperluan dapur mereka, suaminya itu malah menyatakan yang dia punya urusan di luar.

Hanya kerana tidak ingin menyakitkan hati Suria, Haris tidak memberitahu bahawa dia akan bertemu dengan Wardah untuk menempah baju pengantin mereka. Suria tahu sebenarnya Haris akan keluar dengan Wardah, tetapi dimaniskan juga raut wajahnya agar si suami tidak mengesan riak kecewa di situ.

“What’s for breakfast sayang?” Haris menuju ke arah Suria yang sedang mengacau kopi di dalam mug. Dirangkul erat Suria dari belakang lalu menghadiahkan kucupan pada pipi isterinya itu. Suria agak terkejut, dengan perlahan dia cuba meleraikan rangkulan Haris pada bahunya.

“Erm, tak keluar ke hari ni? Saya ingat abang keluar jadi saya tak prepare breakfast.” Terang Suria masih cuba untuk lepas dari pelukan suaminya itu. Terasa janggal pada Suria, dan dia tidak tahu kenapa.

“Amboi, suka ke abang tak duduk rumah? Suria tak rindu abang ke? Rasanya dah jarang abang dapat bermanja dengan isteri abang ni, malam penat siang kerja.” Tutur Haris sambil mengeratkan pelukannya yang sudah beralih pada pinggang Suria itu. Meskipun dia sedar Suria yang tidak selesa tetapi tidak dihiraukannya.

‘Tau tak pe, dia yang sibuk sangat dengan buah hati dia tu.’ Suria berbisik, kecil hati.

Suria sedar apa yang dimaksudkan oleh Haris, memang dia seakan cuba untuk mengelak daripada Haris. Kerap kali Suria akan masuk tidur terlebih dahulu daripada Haris. Kalau sebelum ini dia tidak akan lelap jika Haris tidak berada di sampingnya, tapi kini Suria ingin mengubah segalanya.

Dia tidak ingin terlalu bergantung dengan Haris. Suria ingin membiasakan dirinya dengan rutin itu, kerana tinggal beberapa bulan sahaja lagi rutin itulah yang akan menjadi kebiasaan buat dirinya nanti.

“Tak pe lah abang duduk dulu sementara Suria sediakan breakfast yer.” Sengaja Suria ingin melarikan diri daripada rangkulan suaminya itu. Namun Haris masih dalam posisi yang sama, bahkan semakin erat dia memeluk Suria.

“Abang nak makan apa-apa tak?” Masih cuba memancing Haris. ‘Hailah, suami aku ni nak jadi belangkas lah pula.’

“Abang nak makan sayang boleh?” Seloroh Haris sambil membawa wajah turun ke bahu Suria. Mengucup bahu si isteri.

“Silly.” Suria tergelak kecil mendengarkan kata-kata Haris.

“No?” Haris sudah teleng kepala mendongak memandang Suria.

“Ermm. No. I am gonna prepare our breakfast okay.” Lingkaran tangan Haris dileraikan.

Suria sudah ingin melangkah sebelum Haris terus menarik semula lengannya. Haris membawa langkahnya sambil menarik Suria bersama ke tingkat atas. Menuju ke dalam kamar mereka.

“Abang, Suria nak sediakan breakfast kita.” Genggaman tangan Haris yang kejap cuba dileraikan.

“No. It’s okay. Abang tak rasa lapar pun. Come.” Haris tidak mengendahkan, Suria sudah dibawa berbaring di atas katil mereka. Meyelimuti tubuh mereka berdua, Suria dibawa dekat ke dadanya merangkul isterinya itu ke dalam pelukan. Suria hanya membiarkan.

Lama mereka dalam keadaan begitu, senyap sebelum Haris mula bersuara. “Now, bagi tau abang. Kenapa Suria macam asyik nak mengelak daripada abang?” Soal Haris.

Suria tarik nafas dalam, dapat dia mnghidu haruman tubuh suaminya. Memang seperti apa yang dikatakan oleh Haris. Suria memang sengaja ingin mengelak daripada Haris. Dia tidak kuat untuk memandang orang yang dicintainya semakin hari semakin dekat untuk menjadi hak milik orang lain juga.

Setelah Haris melangsungkan pertunangan dengan Wardah, Suria sudah kurang bermanja dengan Haris. Kebiasaan Suria yang sering kali bercerita dengan Haris tentang aktiviti hariannya dan bertanyakan Haris akan aktiviti harian lelaki itu juga sudah tidak dilakukan oleh Suria.

Haris sangat perasan akan perubahan itu, dan dia tahu puncanya. Mungkin dia dibutakan dengan perasaan cinta terhadap Wardah sehingga tidak memikirkan sakit hati seorang wanita ketika dia meminta untuk berkahwin lagi.

“I am sorry.” Tutur Haris perlahan. Suria hanya diam, tidak ada apa yang ingin diperkatakan.

Minta maaf untuk apa. Untuk perkahwinannya dengan Wardah kah. Untuk perasaan sakit yang dia berikan pada Suria kah. Atau untuk perkahwinan mereka yang selama ini tidak pernah ada cinta buat dirinya. Suria namun tidak mampu meluahkan semua itu.

Dia ingin menangis namun kelopak matanya sudah kering. Air mata Suria sudah habis tumpah dari hari pertama Haris meminta izin untuk berkahwin dengan Wardah. Dan kekeringan itu juga sudah semakin menjalar ke hati Suria. Tanpa disedari Haris cinta dalam hati Suria juga sudah semakin kering.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience