BAB 8

Romance Completed 11351

“Are you sure tak nak abang teman kat rumah?” Haris sudah bersiap untuk ke pejabat tetapi risau melihatkan Suria. Isterinya itu demam, mungkin perubahan cuaca yang tidak menentu kadang kala hujan dan kadang kala panas terik itu yang menyebabkan Suria tidak sedap badan.

“Suria okay abang. Biasalah ni demam biasa je bukannya tak boleh nak bawa diri sangat. Lagipun abang kan banyak hal nak urus nanti. Don’t worry, I’ll be fine.” Suria lempar senyuman pada Haris.

Lagipun dia sudah terbiasa dengan Haris yang agak sibuk kebelakangan ini. Majlis perkahwinan suaminya dengan Wardah hanya tinggal sebulan lebih sahaja lagi.

‘Yeah, I get used to it now.’ Bisik hati Suria dengan makna yang penuh dalam. Haris membawa dirinya dekat pada Suria, diberikan kucupan di dahi isterinya itu.

“Alright. Apa-apa nanti call abang okay. Love you.” Haris mengucup Suria sekali lagi sebelum beredar untuk ke pejabat nya. Sepemergian Haris, Suria tersenyum sinis. “Love me? Yeah right.” Terasa lucu dia mendengarkan kata-kata Haris itu.

“Tapi apa Suria dengar hari tu bukan macam tu abang.” Tuturnya perlahan. Kepalanya terasa berdenyut. Suria seolah-olah mengalami tekanan perasaan. Semakin dekat tarikh perkahwinan Haris dengan Wardah semakin serabut mindanya memikirkan. Apatah lagi bila mengingatkan perbualan Haris dengan kawan baiknya Azam yang yang secara tidak sengaja didengari oleh Suria.

Azam baru pulang dari Australia bersama Lisa isterinya, yang juga merupakan kawan baik kepada Suria datang melawat mereka beberapa hari yang lepas. Suria dan Lisa meninggalkan Haris dan Azam dengan perbualan lelaki mereka. Manakala Suria dan Lisa pula jauh dalam perbualan mereka sendiri sambil menyiapkan makan tegah hari di dapur.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience