Completed
11423
Kalau kau tanya apa dilemma atau benda yang menjadi igauan ngeri setiap wanita bergelar isteri adalah diduakan atau dimadukan? Akan ada pelbagai reaksi yang kau terima daripada kaum hawa tatkala kau ajukan pertanyaan apakah mereka boleh hidup berpoligami.
Selama ini perkara yang sering menghantui diri setiap wanita sedang dia hadapi. Ya, dia sendiri. Tutur kata yang terluah dari bibir sang suami melukakan hati kecilnya.
“In sha Allah, abang akan berlaku adil. Tanggungjawab abang pada sayang akan tetap abang laksanakan.” Haris meminta daripada Suria, isterinya yang sedang tunduk menekur jari jemari.
Suria tidak menyangka akan pertemuan semula Haris dengan Wardah ternyata membawa kepada permintaan suaminya ini. Bagaimana dia ingin berkata, apa yang kurang pada dirinya. Selama ini tidak pernah dia tidak memenuhi segala tanggungjawabnya sebagai seorang isteri. Hanya pada satu perkara sahaja dia belum mampu.
“Anak.” Suria cuba bersuara. “Sebab anak ke bang?? Sebab Suria belum dapat melahirkan zuriat abang.”
Suria bukan tidak mampu begitu juga dengan Haris. Bahkan Suria sudah pernah mengandung sebelum ini. Namun manusia itu hanya mampu merancang tetapi perancangan Allah s.w.t pastilah yang lebih baik. Kandungan Suria tidak pernah lekat lama, sudah dua kali dia mengalami keguguran dalam tempoh lima tahun perkahwinan mereka ini.
Kepedihan dan bagaimana remuk hati yang dia alami itu subhanallah hanya tuhan yang tahu. Namun selama kehidupan rumahtangga mereka ini Haris tidak pernah menampakkan kekecewaan yang amat kerana dia yakin akan apa yang Allah s.w.t simpan buat mereka suami isteri. Tetapi mengapa sekarang Haris meminta untuk berkahwin lagi satu.
“Abang…” Haris cuba meleraikan simpulan pada kata-katanya. Bagaimana hendak dia menerangakan segalanya pada Suria.
Share this novel