Completed
11423
Suria meghembuskan nafasnya. Perlahan langkahnya menuju ke arah di mana dia memarkir keretanya. “Terima kasih Suria. Terima kasih sebab restui Abang Haris untuk berkahwin dengan akak.” Begitulah luah Wardah ketika bertemu dengannya tadi. Wardah sebaya dengan Haris yakni tua tiga tahun daripada Suria. Terpancar kegembiraan pada wajah gadis itu tadi.
“Abang pun mesti gembira macam tu kan.” Berbicara sendiri, Suria tersenyum. Namun senyuman itu datang ditemani dengan air mata yang semakin deras mengalir pada lekuk wajahnya.
Suria mencengkam dadanya kuat. Sakit terasa. Bagaimana dia akan melalui semua ini pada masa-masa yang akan datang sepanjang hayatnya. “Kuatkan aku Ya Allah.” Kepala Suria sudah tesandar pada stering keretanya. Seolah-olah merehatkan kepenatan yang dia lalui. Penat menanggung perasaan sendiri.
Setelah Suria mengkhabarkan akan persetujuan yang sudah semestinya kerana terpaksa dia lakukan itu, Wardah meminta untuk bertemua dengannya. Meskipun dia sebenarnya tidak kuat untuk berhadapan dengan gadis tersebut, namun Suria gagahkan juga demi menjaga air muka suaminya.
Air mata Suria semakin deras mengalir, terasa penyesalan menyelubungi dirinya. Tegahkah dia melihat Haris berbagi kasih dengan wanita lain. Dadanya semakin kuat dicengkam. Teringat akan Wardah yang sudah pun membahaskan Haris dengan panggilan abang.
Begitu mudahkah hati Haris beralih-arah. Suria senyum sinis. Hati Haris tidak pernah beralih-arah, Wardah itu sememangnya adalah individu yang telah pun menghuni hati suaminya lama sebelum dia memiliki Haris.
Atau adakah sebenarnya Haris tidak pernah mencintai dirinya, dan dia tidak pernah pun memiliki Haris. Suria semakin bermain dengan perasaan sendiri. Segala andaian buruk semakin menerjah minda dan hatinya.
“Astaghfirullahal’azim.” Kepalanya dibawa tegak dan bersandar pada kerusi kereta. Suria menghapus sisa air mata pada wajahnya. Enjin kereta dihidupkan dan dia berlalu dari tempat itu.
Share this novel