BAB 6

Romance Completed 3997

Bibir Awrah bergetar. Menahan marah yang bukan sedikit. Bukan sahaja hasratnya untuk melihat Nasuha mati akal di hadapannya tidak menjadi kenyataan. Bahkan dia dibidas dengan begitu teruk. Sampaikan dia pula yang kelu tak ada suara. Ah, Nasuha melampau! Aset dia yang satu itupun dikritiknya. Perempuan ni memang nak kena.

Amarah yang menggila dengan bisikan syaitan membuatkan akal sering hilang kewarasan. Awrah mengangkat tangan kirinya mahu melempang pipi Nasuha. Mulut yang petah berkata-kata mengkritiknya sebentar tadi mahu diajar.

Tetapi sayang hasratnya kali ini juga tidak kesampaian. Nasuha yang menyedari tindakan Awrah pantas mengelak. Bukan sekadar mengelak, malah tangan kiri Awrah juga dicengkam dan dipusingkan. Terjerit Awrah dibuatnya.

“Tolonglah lepaskan aku Nasuha. Aku janji aku takkan bagi tau siapa-siapa. Sebelum ni pun kau selalu datang lambat aku yang tolong kau kan. Hari ni aja aku terlupa. Tolonglah maafkan aku. Aku dah tak tahan kena buli setiap hari macam ni.” Awrah menangis teresak-esak. Gaya dah macam heroin sinetron yang kena bantai dengan watak antagonis dah.

Nasuha bingung. Tangan Awrah dilepaskan. Perempuan ni bukan main tadi. Siap nak lempang dia lagi. Sekarang boleh pula buat drama air mata. Tak fahamlah. Psiko betul.

“Tolonglah, Nasuha. Janganlah kau fitnah aku macam kau cakap tadi. Aku nak kerja sini lagi. Kesian dekat mak aku. Dia tak berapa nak sihat. Adik-adik aku pun sekolah lagi. Aku nak kena guna duit untuk semua tu. Tolonglah jangan tuduh aku macam-macam dekat orang atasan Nasuha. Aku sanggup buat apa saja yang kau suruh, asalkan benda tu tak salah.” Awrah dah terduduk dekat lantai siap merayu-rayu dengan memegang kaki Nasuha. Mujur kawasan itu tersorok, kalau tidak percuma saja orang lain dapat tengok wayang free pagi-pagi lagi.

“Kenapa pula dah ni? Awrah ?” Suara lelaki yang menegur dari belakang membuatkan Nasuha berpaling spontan. Tertelan air liur dibuatnya.

“Awrah ?” Lelaki itu masih mahukan penjelasan daripada Awrah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience