BAB 5

Romance Completed 3997

“Sejak bila pula hospital ni jadi milik bapa engkau, sampaikan aku kena bagi laporan bagai dekat kau?” Nasuha tidak menjawab persoalan Awrah. Sebaliknya dibalas pula dengan pertanyaan dengan nada suara yang sarkastik. Ini Nasuha la, bukan sebarang lubang kalau nak jolok. Lagi hebat dari sarang tebuan tau. Silap hari bulan, lari kerja dekat hospital lain!

“Kau jangan nak kurang ajar pula! Tak sedar diri. Baru masuk nak tunjuk kepala. Sudahlah baru praktikal. Tak hormat langsung dekat senior.” Awrah tidak mahu mengalah. Kalau dulu tak ada siapapun yang berani nak lawan cakap dengan dia. Tetapi sejak Nasuha masuk, selamba aja kata-kata dia dibalas. Berapi pula tu. Tambahan ramai pula staf yang nampak macam memihak kepada Nasuha. Rasa terancam itu memang bertambah-tambah di dalam hati. Nak pula Nasuha memang cantik. Tak seperti dia yang kena tempek bedak sekilo untuk tutup lubang jerawat yang bersepah dekat muka.

“Memanglah adat orang muda hormat orang tua. Yang baru respect yang lama. Tetapi kena tengok keadaan jugalah. Kalau nak orang hormatkan engkau, kau sendiri kena hormat orang lain dulu. Jangan asyik hendak saja, tapi memberinya langsung tidak. Rasionallah sikit.” Nasuha tetap dengan prinsipnya. Mengalah hanya pada yang layak untuk dia kalah. Dengan perempuan tak berapa nak betul macam Awrah ni, kena ajar sedikit. Kalau dia mengalah, makin naik tocanglah Awrah nanti. Boleh jadi haru-biru hidupnya, baki hari praktikal dekat situ bukannya sehari dua, lama lagi.

“Kau tak payah nak berfalsafah sangatlah. Ingat diri tu baik sangatlah. Tudung pun tak pakai. Nak ajar orang pula!” Awrah semakin galak membidas. Sengaja dia menyentuh hal menutup aurat. Biar kelu mulut Nasuha nak menjawab. Tak sabar dia nak tengok Nasuha terdiam kematian hujah.

“Kau ingat kalau pakai tudung tu dah kira baiklah. Macam engkau ni, memang pakai tudung. Tapi sayang tak cukup kain. Nasi lemak 50 sen kau tu, kau ada tutup ke? Kalau nasi lemak biasa tu tak apalah juga, ini kes nasi tambah! Boleh pula kau tayang. Sampaikan mamat Bangla cuci tandas tu pun meleleh tengok. Yang tu kira dah cukup sopan? Baik? Pleaselah!” Kalau Awrah mahu lihat dia tewas, minta maaf sajalah. Ini Nasuha. Pendebat terbaik zaman sekolah dulu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience