BAB 12

Romance Completed 3997

“Doktor tolong saya doktor. Tolong selamatkan Hadid. Dia pengsan. Badan dia panas sangat. Saya takut jadi apa-apa dengan dia doktor. Cepat doktor!” Nasuha tidak memberikan ruang kepada Doktor Karnain bersoal-jawab. Ditariknya lengan doktor muda itu ke Wad Pediatrik.

Sesampai di wad yang menempatkan Hadid, sudah ada jururawat lain yang memberikan bantuan kecemasan.

“Bawa dia ke bilik rawatan.” Arah Doktor Karnain sambil berlalu ke bilik rawatan. Jururawat tadi mengangguk seraya membawa Hadid ke bilik rawatan.

Nasuha terduduk di situ. Tangisannya mula bergema. Biasanya dia kuat. Tetapi entah kenapa dia menjadi lemah pada hari itu. Mungkin kerana sayangnya tumpah kepada Hadid melebihi seorang jururawat kepada pesakitnya.

Ah, polosnya Hadid ! Apakah sudah waktunya dia dijemput Tuhan? Fikiran Nasuha sudah berkecamuk. Bermacam-macam yang mendatangi ruang emosi.

Tak lama. Sekejap sahaja Doktor Karnain berada dalam bilik rawatan. Kemudian kelibatnya datang mencari Nasuha yang masih sendu di atas katil Hadid.

“Nasuha.” Sepatah Doktor Karnain memanggil. Namun, Nasuha tetap begitu. Kaku tidak bereaksi.

“Hey, Nasuha.” Doktor Karnain mendaratkan punggung di sisi Nasuha.

“Doktor jangan cakap apa-apa. Saya tak dapat nak terima kenyataan. Hadid tu masih kecil. Polos. Suci. Dia tak tahu apa-apapun tentang dunia ni. Hidupnya cuma makan, main dan tidur. Saya bahagia sangat dengar dia panggil saya Kaicha. Bagi orang lain mungkin dia budak lembam. Tapi saya suka dia. Hati dia bersih.” Nasuha tidak dapat lagi membendung kesedihan. Air mata sudah mula berjuraian. Sangkanya Hadid sudah tentu telah pergi kepada penciptanya.

Doktor Karnain mengeluarkan sapu tangan berwarna merah hati bercorak geometri dari kocek seluarnya. Diberikan kepada Nasuha. Nasuha menyambut. Dikesatnya air mata. Dibuang hingus sekali!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience