BAB 4

Romance Completed 3997

“Nak kena mamat ni tau! Kau tunggulah mamat, siap kau nanti. Eh, siapa mamat tu, hah? Mamat ke? Bukan kalau tengok attire dia macam doktor ke?” Melopong sekejap mulut Nasuha.

“Doktor ke? Kenapa tak pernah nampak sebelum ni? Jangan cakap dia yang akan jadi penyelia aku! Oh My Prada!” Kelam-kabut Nasuha mengatur langkah ke Wad Pediatrik yang terletak di tingkat satu bangunan hospital itu.

Pintu lif terbuka. Nasuha meloloskan diri keluar dan menuju ke arah Wad Pediatrik. Ruang staf dihampiri. Beg tangannya dimasukkan ke dalam locker dan flat shoes yang tersedia di dalam locker diambil bagi menggantikan tumit tinggi yang dikenakan. Memanglah tumit tinggi itu bergaya tetapi tidakkah gila jadi jururawat ke hulu ke hilir dengan tumit tinggi!

“Awal hari ni?” Tegur suatu suara. Yang pasti suara itu milik perempuan. Nasuha boleh mengagak gerangan siapa suara itu. Nada suara yang lebih kepada sinis itu dibiarkan sepi oleh Nasuha. Malas nak melayan.

“Amboi, sombongnya! Hei, aku tengah cakap dengan kau ni, tengoklah sini.” Naik satu oktaf suara perempuan itu.

Nasuha bengang. Sudahlah hari ini serupa tak kena sahaja dalam diari hidupnya. Datang pula perempuan ni nak cari fasal. Menyampah betul bila terpaksa kerja satu tempat dengan perempuan yang meroyan sebelum beranak ni!

“Kau nak apa?” Nasuha tetap juga memalingkan wajah menghadap Awrah. Staf tetap di hospital itu.

“Nak apa? Aku tak nak apa-apalah daripada kau. Yang kau tu, suka hati aja nak datang kerja ikut suka, ingat hospital ni bapa kau yang punya ke?” Awrah yang memang suka mencari gaduh dengan Nasuha sudah memulakan sesi perang mulut.

Sejak Nasuha datang berpraktikal di situ beberapa minggu yang lalu, kedua-dua mereka tak pernah sebulu. Ada saja yang tidak kena pada pandangan mata Awrah tentang Nasuha. Padahal Nasuha tidak pernah pula melakukan apa-apa yang tidak sepatutnya. Mula-mula, Nasuha rasa semacam juga. Tetapi bila ada beberapa jururawat lain menjelaskan bahawa perangai Awrah yang sememangnya begitu lebih-lebih lagi kepada orang yang boleh dianggap sebagai pesaingnya, maka diabaikan sahaja perangai tiga suku Awrah itu. Biasalah perempuan yang kurang keyakinan diri seperti Awrah itu memang mudah rasa terancam, apatah lagi dengan dirinya yang penuh ciri kewanitaan yang anggun lagi diva. Sempat lagi Nasuha masuk bakul angkat sendiri!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience