BAB 9

Romance Completed 3997

Meskipun sakit. Hadid tetap ceria. Dengan bahasa yang mungkin hanya dia sahaja yang fahami, Hadid riuh bercerita. Pergerakannya lincah. Kalau berjaga pasti tidak mahu diam di tempatnya. Ada sahaja yang mahu dilakukan. Ada sahaja yang mahu disepahkan. Penat jururawat di sini untuk mengawalnya. Bahkan nama Hadid agak popular di Wad Pediatrik ini kerana selalu juga dia keluar masuk.

Sehinggalah, Nasuha berpraktikal di situ. Bagaikan ada tarikan magnet antara Nasuha dan Hadid. Jika jururawat lain mengalami kesukaran untuk mengawal Hadid tetapi tidak bagi Nasuha. Dengan mudah sahaja dia dapat menundukkan kenakalan Hadid. Nasuha sama sekali tidak mengumpan Hadid dengan coklat atau permainan. Bagi Nasuha pemberian seperti itu tidak ubah seperti membentuk pemikiran negatif dalam minda kanak-kanak. Apa yang Nasuha lakukan hanyalah sentuhan. Sentuhan penuh kasih-sayang yang lahir dengan keikhlasan membuatkan ada hubungan hati yang terjalin antaranya dan Hadid. Lalu tidak hairanlah, Hadid boleh mendengar kata Nasuha dengan mudah.

“Kaicha!” Hadid yang baru tersedar daripada lena menggoyangkan tangan Nasuha yang duduk di situnya.

Nasuha yang sedang mengelamun tadi tersenyum nipis. Kelakar pula mendengar Hadid memanggilnya sebegitu. Sepatutnya bunyi yang perlu kedengaran adalah Kak Nasuha, tetapi Hadid yang memang ada masalah pertuturan itu memanggilnya dengan versi yang tersendiri. Tak kisahlah. Yang penting dia faham. Sweet apa panggil Kaicha!

“Ya, Man? Kak Nasuha ni. Man nak apa?” Nasuha membelai rambut Hadid yang lebat. Luqmna masih lagi berbaring.

“Kaicha, Man lapar.” Hadid buat muka kesian, sambil mengusap-usap perut.

Nasuha melihat ke meja di sebelah katil. Ada dulang makanan di situ yang masih banyak berbaki. Mungkin tak terusik.

“Akak dah suruh dia makan tadi. Dia tak nak. Dia kata nak tunggu Kak Nasuha dia suapkan. Lepas tu akak tengok dah tertidur. Tak sampai hati pula akak nak gerak dia.” Kak Merla yang juga salah seorang jururawat di Wad Pediatrik di situ bersuara sambil melayan seorang lagi kanan-kanak yang merengek selang beberapa katil di dalam wad itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience