BAB 3

Romance Completed 3997

Aksi slow motion adegan jatuhnya terasa lambat benar. Apa fasal tak landing dekat lantai lagi ni? Sempat lagi kepala sengalnya berfikir. Tiba-tiba sel-sel neuronnya seolah-olah baru nak hidup. Kenapa macam ada tangan yang pegang aku? Aku dekat mana ni?

Nasuha pantas mencelikkan mata. Memang betul. Tak adalah pula dia terlentang di atas lantai dengan gaya yang penuh kewanitaan. Tak ada maknanya Nasuha nak jatuh terlentang, okay! Tapi, ada benda lain terjadi! Ada seseorang sedang memautnya. Dengan kata lain lebih kurang tengah peluk dialah. Lelaki pula. Muka tak nampak, sebab wajahnya membelakangkan Nasuha. Nasuha pun pusing muka ke belakang. Nak tahu juga siapa mamat tu!

“Allahuma bariklana fima razaqtana waqhina azabannar!” Sebaris penuh doa makan pantas terluncur keluar daripada bibir Nasuha. Mana tak terkejut? Pusing saja muka, nampak jelas muka mamat yang sedang memaut tubuhnya itu. Kalau setakat paut tak apa. Ini wajah mereka hanya seinci lagi nak berlaga. Menyesal pula Nasuha turn back tanpa memberi signal. Sudahnya mulut dia pula yang sanggup khianat dekat tuan. Kalau melatah, Oh My Gucci kan nampak macam diva sikit. Tak pun, kalau keluar istighfar, adalah nampak macam sopan dan sesuai. Ini doa makan! Okay, Nasuha rasa macam nak buat-buat pengsan!

“Awak okay tak Miss?” Suara mamat dekat hadapannya itu berbunyi.

Nasuha pula ralit merapikan diri. Kononnya membetulkan baju dan rambut. Padahal nak tutup malu.

“Miss, saya tanya ni? Okay ke tidak? Kalau tak okay beritahu. Boleh saya tolong. Mana tahu karang salah bagi ubat ke, salah inject ke, tak fasal-fasal hospital kena saman. Dahlah jatuh pun melatah doa makan, sekarang orang tanya tak jawab pula. Ni, siap pakai high heels, lagi. Nak datang kerja ke, nak mengorat patient? Macam-macamlah!” Mamat tu tengok Nasuha atas ke bawah sambil senyum sinis sebelum bergerak pergi dari situ.

Nasuha rasa macam udang kena panggang. Habis merah muka. Berani betul mamat tu kata dia macam tu. Ingat dia apa? Dia best student kot. Apa kaitan melatah keluar doa makan dengan cuai dalam kerja? Bab kasut tumit tinggi? Itu stail kot!!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience