BAB 7

Romance Completed 3997

Awrah hanya menggeleng. Dia sudah berdiri tetapi wajahnya masih menunduk memandang hujung kasut yang tersarung di kaki. Lelaki itu memandang sejenak ke paras wajah Nasuha sebelum mendengus kuat.

“Awrah, awak masuk bilik saya sekarang. Dan awak. Sebelum balik dari kerja hari ini pastikan awak berikan penjelasan kepada saya untuk semua benda yang saya dengar tadi.” Lelaki itu memberikan arahan dan berlalu pergi.

Awrah membuntuti lelaki itu. Seketika dia berhenti daripada melangkah. Berpaling ke belakang. Dan dihantarnya sebuah senyuman yang cukup sinis dengan wajah yang penuh kepuasan kepada Nasuha.

Nasuha hanya kaku di tempatnya. Lelaki itu ialah lelaki yang sama di koridor semasa dia masuk kerja pagi tadi. Doktor rupanya. Sempat dia mengintai nama lelaki itu di nama tag yang dipakai. Karnain.

“Pandai betul Awrah ni berlakon. Ni dah masuk dalam bilik doktor, entah apalah yang direka cipta. Boleh bagi anugerah penulis skrip terbaik sekali dengan pelakon terbaik. Ah, lantaklah. Penyelia aku Dr. Eqbaal bukannya Dr. Karnain. Itu yang Kak Habsah, Ketua Jururawat di Wad Pediatrik beritahu. So, kalau Awrah ni nak cerita apapun, ikut suka dialah. Ada aku kisah? Lagipun kebenaran pasti akan menang walaupun pada awalnya nampak macam nak kalah aja kan? Ala, biasa macam tu kan dalam filem, tambah kalau filem Hindustan!

Nasuha memulakan rutin pada hari itu. Insiden bersama Awrah disimpan rapi. Tak perlu nak cerita kepada siapa-siapa. Tak payah nak buat dosa kering dengan menjaja cerita. Wad Pediatrik dikunjungi. Rona wajah dimaniskan. Senyuman indah terletak elok di hujung bibir. Nampak cantik lekuk yang terhasil pada pipi sebelah kirinya. Sudahlah kulitnya putih mulus. Hanya dilekapi dengan mekap yang nipis. Bibir dioleskan dengan pelembab. Bulu mata dengan maskara. Memang manis wajah seorang jururawat bernama Intan Nasuha.

Bagi Nasuha sendiri, dia berhias bukan mempunyai niat lain yang tersorok. Tidak langsung terlintas untuk menunjuk-nunjuk kecantikan diri atau berasa bangga dengan apa yang dimiliki. Dia bukan perasan. Tetapi memang ramai yang memuji kecantikan dirinya. Dan keanggunannya akan lebih terserlah jika bersolek dengan gaya yang diva. Dia hanya tampil ringkas ke hospital. Namun, penampilan tetap dijaga kerana pelanggannya terdiri daripada golongan kanak-kanak.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience