BAB 2

Romance Completed 3997

“Janganlah doktor tu datang hari ni. Kalau tidak masak aku dibuatnya! Kalau masuk kerja pun lewat, yang lain-lain tak perlu cakaplah kan? Ni semua si Farihah punya fasal. Paksa orang pergi karaoke. Mentang-mentanglah dia tu fanatik Ziana Zain, habis disapunya lagu-lagu yang high pitch. Bingit telinga Nasuha mendengar Farihah menyanyi. Maisara pula sekadar menahan tawa. Nak kutuk, kawan sendiri. Nak gelak, tak sampai hati. Sudahnya, Nasuha dan Maisara sekadar mengikut saja rentak Farihah yang sempat merosakkan tiga lagu Ziana Zain berjudul ‘Berpisah Jua’, ‘Tiada Jodoh Antara Kita’ dan ‘Madah Berhelah’. Ambik engkau! Semua lagu sentap, okay! Almaklumlah, kawan baru break up dengan boyfriend.

Nasuha memberhentikan Viva berwarna biru miliknya itu di tempat letak kenderaan khusus untuk staf. Pusing-pusing, jumpalah juga satu petak. Dah datang pun lewat, takkan nak jumpa tempat parkir yang baik punya kot. Selesai menarik brek tangan, Nasuha mengeluarkan cermin kecil yang tersedia dalam beg tangan Lacoste miliknya. Nama saja gempak, Lacoste. Tapi harga dia tak adalah mahal sangat. Beli onlinesaja. Versi ciplak kot!

Wajahnya dibelek. Mana tau, still ada tahi mata yang elok terletak, habis jatuh saham dia dekat hospital. Dahlah sekarang ni dia antara jururawat yang menjadi bualan dekat situ, haruslah menjadi penampilan. Biasalah orang glamor, semua nak pandang!

Puas hati dengan penampilan, Nasuha keluar dari Viva. Button kunci automatik ditekan. Kemudian, Nasuha pantas melangkah ke arah bangunan hospital. Sempat lagi dia menilik jam tangannya. 8.28 minit pagi. Hampir setengah jam dia lewat. Mulutnya terkumat-kamit. Bukan menjampi serapah. Cuma baca mana-mana doa yang terlintas di kepala. Kalut dia berjalan, sampai dah tak ingat gaya diva berjalan. Pada masa ini, hanya Wad Pediatrik yang nampak di mata. Lain-lain ditolak ke tepi. Sah-sah, punch card dia akan jadi merah hari ini.

Sedang Nasuha melangkah, tiba-tiba langkahnya sumbang. Tumit tinggi yang dikenakan, entah macam mana boleh berlaku kejam kepada tuannya sendiri. Itulah nak sangat jaga diva, sampaikan datang kerja pun bertumit tinggi. Nasuha pasrah kalau hari itu memang ditakdirkan menjadi hari yang malang buat dirinya. Sudahlah datang lewat. Boleh pula jadi macam ni. Sebolehnya, Nasuha tak mahu melihat aksi dirinya jauh terlentang di hadapan umum. Dengan macam-macam mata yang memandang. Sah, saham dia jatuh merudum hari ni. Jadi eloklah dipejamkan saja matanya. Tapi mulutnya tetap terkumat-kamit. Bacalah doa apa saja, asalkan terlepas dari bala!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience